Followers

Monday, June 3, 2013

Konsert Jamal Abdillah, Istana Budaya ;)


Okayh. My weekend started with a good start, Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah untuk P. Ramlee dekat Istana Budaya hari Jumaat lepas. Tidak plan pun. Langsung!

Kalau tengok harga dekat tiket tu pun, haihhhh tak mampu lah...huhu plus aku bukan peminat Jamal Abdillah n P.Ramlee sangat. Lagu-lagu diorang aku dengar macam tu je. Filem P.Ramlee pun...ermmm aku tidak tahu sangat...hahaha

Tapi sebab atas ajakan orang so terima aje. Siapa tak nak tiket free uols! hahaha

Daripada tidak ada buat apa malam tu so aku pergi je lah. Dah sampai sana agak terkejut jugaklah sebab ramai jugak orang okayh yang pergi. Hoi, macam mana lah tak ramai? Raja Pop Malaysia kot nyanyikan lagu-lagu fames P.Ramlee.

Tiket asal mcm kat atas tuh duduk belah tepi sikit lah, macam wing, kot. Tapi tiba-tiba sampai sana si Haze jumpa kengkawan dia n kitorang dapat pulak seat yang up sikit. Up banyak ler. Duduk tengah-tengah. Harga Rm400++ kot. Yang penting depan row untuk VIP/VVIP. 

Nak tahu tidak siapa duduk kat belakang row VIP tuh? Heh. Jap nak tarik nafas jap. Sebab masih tak caya.

Dia nih. (T.T)


Siti Nurhaliza! Penyanyi yang palingggggggggg aku minat. Ok that was the very first time aku jumpa, tengok dia depan-depan. Reaksi?? Aku buat lek je, buat cool je, buat peaceee je. Hahaha

Sedangkan hati excited gilaaa! Omg dia memang cantik ye. Kulit dia tuh wow sangat. Sepanjang show dia antara orang paling excited, rajin tepuk. Heh. 

Tak sempat nak snap gambar atau jumpa salam pun. Lepas habis je show dia terus gerak keluar dengan Datuk K. Ramai dah berkerumun beratur nak tunggu dapat peluang salam. Tak apa, nanti 7hb Julai nanti harap-harap dapat jumpa n salam dia untuk konsert Siti Nurhaliza in Symphony Live with the MPO kat KLCC. hehehe 

 

Habis je konsert terus gegas cari makan. Lepas waktu kerja dari office terus balik rumah untuk bersiap, dalam pukul 8pm gerak pergi Istana Budaya. Memang tak sempat makan. So masing-masing lapar teruk. We end up dekat Kedai Thai area Kampung Baru. Hajat di hati nak makan Pulut Mangga tapi tak terjumpa pula. Sob sob......


Bubur Berlauk yang sangat meriah lauknya. Seriously sangat sedap ye. Lagi-lagi Daging Salai tu. Garing rangup krap kruppp makan.

Inilah permulaan untuk hujung minggu yang agak produktif dan terisi. Eh ke dipenuhkan dengan makanan aje? (-.-)"

Hahahaha.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...