Followers

Wednesday, March 20, 2013

SAH Parlimen Bubar!



Yeah dengar khabar daripada sumber-sumber yang percaya dapat daripada orang besar atau orang kuat Bukit Aman dikatakan Parlimen telah dibubarkan selepas mendapat perkenan daripada yang DiPertuan Agong oleh Perdana Menteri Malaysia. 

Adakah berita ini memang benar selepas kita disajikan dengan kisah yang sama sejak minggu lalu selepas kenderaan rasmi Datuk Seri Najib Razak dilihat berada di perkarangan Istana Negara atau propaganjil semata-mata lagi? Hari ini kita diberitahu benda yang sama sejak pagi tadi. Malah ada yang menyebarkan berita palsu kononnya press release pembubaran sudah ada walaupun?? sebenarnya itu press release zaman Pak Lah.

Adoiiyaiiii.....

Ramai dah bersorak sakan dekat Twitter. Malah ustazah paling fames dekat sana pun gembira excited sungguh..hewhew

Sama ada benar atau tidak, mari kita tunggu pengumuman daripada PM kita kononnya tengah hari atau petang ini. Kalau tiada jugak Parlimen bubar, kita humban orang yang menyampaikan tu buat bubur! Heh.

Lambat laun akan dibubarkan juga tapi korang yang dah boleh mengundi tu dah ada pilihan tetap ke? Nak bagi mandat dekat siapa. Bang Jib ke Pak Nuor? hehehe

Singkirkan saja wakil rakyat yang cuma mewakili poket sendiri n family. Ubah apa yang xcukup. Tapi elakkan yang memecah belah n menabur janji kosong semata-mata :)





3 comments:

  1. pemimpin yang bukan menjanjikan kate-2 kosong patut dipilih

    ReplyDelete
  2. dengarnyer parlimen wajib bubar ujung bulan 4 ni kan?

    ReplyDelete
  3. aku tau sape ustazah paling feymes kat twitter tu.. haha

    manifesto pembangkang tu sbnarnye akan dilaksanan JIKA ambil alih kerajaan masa PRU12 dulu.. tapi tak menang, acaner nk laksanakan manifesto tu?

    point manifesto tu la yg dijadikan modal kak mah and the gang utk memburukkan pembangkang..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...