Sebentar tadi berlangsungnya majlis sidang media Memorable Moments with Dato' Siti Nurhaliza sempena minggu setiausaha pada bulan April di Royale Chulan Kuala Lumpur.
Siti Nurhaliza yang sudah diketahui umum akan penampilan terbarunya bertudung penuh kelihatan anggun dengan sepersalinan dress berwarna biru turquoise dan hitam. Dengan gaya yang cukup ringkas namun elegan, tidak dinafikan penyanyi terunggul Malaysia ini seakan makin kurus dan tampak jauh lebih muda ketika imej berselendangnya dahulu.
Info : 11 April 2013 adalah tarikh bagi persembahan minggu setiausahanya di Taming Sari Grand Ballroom, Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati daripada harga Rm350, Rm450, RM550 atau hubungi talian 03-26889688
Lagi gambar-gambar terkini Siti Nurhaliza
cantik..tapi kalau sederhana je pakai lagi cantik hehe
ReplyDelete