Followers

Thursday, December 13, 2012

(SelebRetis) Datuk K, Suami Dato' Siti Nurhaliza Terlibat Kemalangan Teruk Di New Zealand


Dikhabarkan Dato' Siti Nurhaliza telah menarik diri pada saat-saat akhir kemunculannya dalam konsert di Banjarmasin, Indonesia atas sebab-sebab tertentu. 

Pelbagai spekulasi mula meliar selepas Siti mengeluarkan tweet seperti di bawah.


Namun, ada pula khabar angin yang mengaitkan cerita ini dengan berita yang bersifat peribadi. Siti Nurhaliza walaupun telah berada dalam kapal terbang menuju ke Banjarmasin bergegas keluar atas berita mengenai suaminya.

Berita tersebar mengenai suami kepada penyanyi terkenal itu terlibat dengan sebuah kemalangan di New Zealand dan kecederaannya agak teruk. Siti terpaksa membatalkan kemunculannya di konsert tersebut, dan konsert itu yang turut dijayakan oleh lagenda rock Amy Search dan Shila Amzah terpaksa diteruskan tanpa kehadiran Siti.

Berita mengejutkan itu telah disampaikan kepada Siti Nurhaliza sewaktu mereka sudah berada di dalam pesawat menuju ke Banjarmasin. Datuk Khalid terlibat dalam kemalangan motorsikal di New Zealand dan tercedera di bahagian bahu, kaki dan tangan. Namun, keadaannya dilaporkan stabil.

Siti dan kakak iparnya akan berlepas ke New Zealand esok untuk melihat keadaan Datuk Khalid.

Mari kita berdoa dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja. Amin.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...