Followers

Friday, December 14, 2012

Sesedap Sushi King


Gambar perhiasan semata-mata. Tak ada kena mengena dengar cerita entry ini. haha


I have been craving for sushi like for months kot. Kalau 2-3 tahun lepas ada lah peneman pergi makan sama, tapi since then tak ada dah. Kawan-kawan pun tak ramai yang suka makanan Jepun ni. 

Ada kata tak lalu nak makan sebab emosi. Emo pasal dulu orang-orang Jepun datang buat porak peranda zaman tok nenek moyang depa. So tak nak makan nanti terkenang kesengsaraan orang-orang zaman dulu. Ok. 

*a moment of silence sat*



Alhamdulillah. Yeayyyyy dapat juga meng'happy'kan perut.

Mata berpinar tengok deretan sushi bergerak depan mata. Nyum2 sedapnya!



Makan dekat Sushi King, Mid Valley. Disebabkan tak familiar dengan Mid Valley, so merata mencari tempat ni. Rupanya dekat level LG tu je. Heh!



Tak banyak gambar kita snap. Malas. Perut lapar so kita dahulukan nafsu makan. 



Tak tahulah n tak pasti orang lain makan macam mana ea? Kalau I senang je. Just capai nak makan yang mana *walaupun tak tahu nama* then letak soy sauce/kicap dalam piring kecik tu letak sekali wasabi. Cicah then makan. Ouh sedap! Kalau terlebih letak wasabi akan menggelupur sikit. Menyengat rasa dia dekat bahagian hidung, tapi kejap je pastu rasa wahhhhh sedap! hahaha

Kalau tak silap sekarang ni ada promotion sempena Christmas. Pergilah dengan kawan-kawan atau family. A good place to enjoy your foods with beloved ones. Tempat pun bersih je. 

(^_^)





5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...