Followers

Thursday, November 8, 2012

(Review) Zaiton Ceritaku : Sedih Dan Menangis Kerana Zaiton Sameon



Ber'camwhoring' depan cermin itu adalah kebiasaan remaja muda belia bergetah masa kini *nampak tak penekanan usia di situ?? hahaha

Hari Rabu, 7 November 2012 dengan gigihnya aku mencari peluang untuk tengok filem tempatan yang satu ini. Sebab dengar khabar kurang mendapat sambutan so that would be the last day dekat cinema katanya. Entah betul atau tidak tapi ikut syarat kalau tak silap ler, filem-filem yang kurang dapat sambutan memang sekejap je tayangannya. Bagi laluan untuk filem lain.

Oukeyh syarat itu difahami. Kesannya baaaaaaanyak filem-filem tempatan yang terpaksa ditarik dan dihentikan tayangannya walaupun ada sesetengah filem tu memang laris dan laku. Tertanya-tanya juga, filem tempatan je ke terima nasib macam ni ye? Filem luar kalau masih laku, suam-suam suku or memang dah tak laku kena tarik tak ikut syarat Wajib Tayang?

Kalau ada yang kata syarat tu diletakkan untuk semua kategori/jenis filem TAPI kenapa ada filem-filem luar yang dah lama ditayangkan n dah basi pun tapi masih ada slot tayangan? Kalau tak silap dekat GSC pun sebelum ni filem macam animasi Madagascar masih ada showtime walaupun dah lama ditayangkan. Hurmmm.....

Tak apa lah abaikan.....

Aku nak menceritakan pasal one of the most anticipated local films of 2012, biography-film Zaiton Ceritaku. Rasanya dengar tajuk pun dah tahu kan menceritakan pasal apa? 




Filem ni secara ringkasnya berkisarkan pengalaman hidup jatuh bangun penyanyi yang sangat popular pada zamannya, Zaiton Sameon. Terkenal dengan lagu Menaruh Harapan, ketika berada di puncak kegemilangan, Zaiton Sameon berdepan dengan sebuah tragedi kemalangan. Bukan hanya terpaksa berhenti menyanyi disebabkan masalah kesihatan, yang paling menyedihkan bila beliau kehilangan anak lelakinya dalam kemalangan itu.

Sejak daripada itu, ada khabar angin yang mengusik mengatakan Zaiton hilang sedikit kewarasan. Benar atau tidak, itu tidak pasti. Hanya yang tahu kebenaran cerita itu dapat membezakan realiti dan filem.



Walaupun tidak mendapat sambutan dan atas sebab-sebab kerja suntingan *mungkin yang kurang memuaskan filem ini masih wajar ditonton. Memang tidak sehebat karya luar dari genre yang sama, tapi filem ini ada 'jiwa' dan ada jalan ceritanya sendiri. Bermaksud, filem ini ada fokus! So tak ada plot yang meleret-leret yang merepek. Kita dibawa menyusuri kehidupan Zaiton Sameon apabila dia hilang hampir segala-galanya; kemewahan, harta, nama yang masyhur, populariti.

Lepas tengok filem ni, aku ada tweet pandangan aku tentang filem ni. Pengarah dia, Esma Daniel ada RT tweet aku tuh. Mungkin dia setuju dengan pandangan aku...huhu




Selain sedih dan hampir menangis *yes i said that! (-.-) huhu menonton filem ini apatah lagi waktu ibu Zaiton meninggal dan ketika dia menerima belas kasihan daripada keluarga Rahim lepas diabaikan keluarga sendiri, another sedih moment bila tengok keadaan panggung yang sepi. Sesepi mungkin! Hanya ada 5 orang yang tengok waktu tu. Plus, betapa menunjukkan pihak pawagam sendiri tak berapa ambil kisah akan filem ni, bila habis je filem tak ada pekerja yang bukakkan pintu exit macam kebiasaan. Ok ini first time aku alami. Kitorang semua tercengang like eh mana exit ni? nak keluar ikut bawah ke keluar ikut depan je ni?? 

Haaaaaa....so ada dua kesedihan di situ..huhuhu

Filem ini menasihatkan kita walau hebatnya kita mencipta nama, tapi andai kita lupa akan pegangan, keluarga andai waktu kita jatuh nanti semua itu mungkin akan hilang. Buat pengajaran juga untuk artis-artis baru kat luar sana. Jangan riak takbur dan sombong. 

Jangan dulu menaruh harapan, tapi lepas jatuh mengharap menadah impian......


Rating : 3.8 bintang




16 comments:

  1. wah, mesti best tengok cerita nie.terasa nak tengok jugak. :)lyke the word :

    Jangan dulu menaruh harapan, tapi lepas jatuh mengharap menadah impian......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xtahulah ada lagi ke x tayang kat pawagam
      huhu
      ouh actelli itu dialog watak Zaiton dalam cerita tuh

      Delete
  2. Replies
    1. Yuyu Zulaikha baca blog i??
      like seriously???
      haha
      this film is worth to watch
      ;)

      Delete
  3. maybe kurang promotion kot pasal this movie then tak ramai yang tahu...rakyat malaysia sekarang tak ramai yang alert dgn movies yg dihasilkan oleh rakyat tempatan dan panggung wayang kat malaysia sendiri yg meng'anak tiri' kan filem malaysia...*eh,,terbanyak pulak membebel...keh3

    ReplyDelete
  4. dh tngok.. second day release.. mmg bes la kisah hidup dia.. tp sayang yg g menonton xramai..
    p/s: visit my blog please for my review.. =]

    ReplyDelete
  5. Nice blog :) siapa watak utama die. mcm x sesuai je...aku rasalah kan pelakon watak utama patutnyer si mislina mustaffa yg tgh hidup bergelandangan skrang ni.muke die sejibik mcm si zaiton ni.suara n style pon lebih kurang je. btw prefer cerita action. peace XD

    ReplyDelete
  6. Nice blog :) siapa watak utama die. mcm x sesuai je...aku rasalah kan pelakon watak utama patutnyer si mislina mustaffa yg tgh hidup bergelandangan skrang ni.muke die sejibik mcm si zaiton ni.suara n style pon lebih kurang je. btw prefer cerita action. peace XD

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...