Ada satu hari ni keluar dengan kawan tempat kerja lama. Daniel namanya. Nampak je kecik cekeding tapi umur dah 26. Awet muda sangat!
Dia lah rakan seperjuangan bertinju, mengumpat, gossip2, hilai ketawa bersama dulu waktu di Customer Service Department Parkson Pavilion. Kami buddies, kami takkan terpisah *gituhhh iklan DiGi mentang2 DiGi bagi buffered earning kat Nuffnang kan...harhar
Tapi seronok kawan dengan Daniel. Kitorang agak sekepala juga. Kalau berjumpa memang ketawa manjang, segala mcam benda boleh jadi bahan topik perbualan kami. Tapi sejak dah tak kerja sama ni, susah sikit nak jumpa. Apatah lagi sekarang dia dah ala-ala promoted ke jawatan lagi penting uols. Jaga floor sekarang. Hebat!
Macam previous entry, kami ambil masa n peluang keluar berjalan. Plan asal memang nak tengok movie. Tapi sebelum tu kita berfoya-foya lah seakan-akan window shopping beli itu ini sikit kat Sungai Wang, terus menghala ke Pavilion.
First, kita checked n beli tiket dulu dekat GSC. Kita tengok Skyfall time ni. Hall penuh walaupun masa ni dah boleh tahan lama jugak cerita ni keluar dekat pawagam. Tapi sebab showtime yang awal semua dah penuh kita terpaksa amek yang kemudian punya. Dekat 2 jam lebih juga kita terpaksa berjalan tak ada hala tuju dalam Pavilion tuh. At last, end up dekat Daily Kopitiam. Dulu waktu kerja kat Parkson, selalu makan sini. Memang sedap!
Daniel lah tukang bebel. Asyik tengok jam sebab waktu menunggu tu macam lambat sangat...huhu
Good thing is, walau kebosanan melanda n terpaksa menunggu plus semua tak sabar excited sangat nak tengok Skyfall, kita dihidangkan dengan makanan yang sedap-sedap dekat Daily Kopitiam ni. Pastries, roti, kuih muih tradisional pun ada. Cukup untuk buat kita terleka sekejap. Good food, nice ambiance lead to exciting fun conversations :)
Seronok kan dapat berborak ketawa bagai nak giler dengan orang yang kita senangi. Inilah namanya persahabatan yang baik *cehhhh nanti gaduh sentap2 jugak dekat twitter tuh
Itu dia! Itu dia!!!
Berpinggan-pinggan kita amek...hehe..alhamdulillah sedap mata memandang, sedap juga tekak menelannya. Tiada pembaziran ye.
Nampak tak yang bulat-bulat sebelah kiri tuh? Itu macam roll bread dalam dia ada kastard tapi yang ada kelapa sikit atas dia tuh isinya kaya. Favourite nih! Rotinya yang lembut n kaya yang manis sangatlah enak.
Yang panjang tu pulak macam stick gitulah konsep dia. Vanilla n chocolate flavoured. Itu pun sedap juga. Tapi sebab bukan aku punya so tak leh makan banyak...huhu
Overall makanan dekat Daily Kopitiam, Pavilion ni memang memuaskan. Pekerjanya pun ramah, bersih. Harga tu tak lah mahal sangat tapi tak juga murah. Kalau harga minuman tu mungkinlah agak mahal sikit berbanding yang dihidangkan. Tapi makanan dia memang ok. Highly recommended.
:)
Rating : 3.9 bintang
No comments:
Post a Comment