Followers

Saturday, November 17, 2012

Balik Bercuti Makan Rendang Sepuas-puasnya! ;)



Hari tu ada update entry pasal tak dapat balik raya waktu Aidiladha sambil type sambil sedu-sedan *gituhhh...haha but then ada sms mama nak balik JB sebab?? Nak makan rendang!!

Orang lain dah dekat dua minggu merasa, aku baru dapat rasa. Nasib baik mama masak memang sedap so terubat nak makan lauk pauk raya...hehe thanks mama! mmuahhhh

Mula-mula plan nak balik naik KTM dekat KL Sentral. Tapi sebab takut susah mama nak amik, we had to change the plan instead naik bas saja lah dekat TBS. Memang ler dekat je dengan Bandar Sri Permaisuri ni tapi bangunan besar yang tersergam indah tu tak dapat nak 'lawan' rasa naik KTM walaupun slowwwww :)

Apa yang bestnya naik bas dekat Terminal Bersepadu Selatan tu sebab bangunan baru n cantik. Kiranya projek tu bagus n berhasil untuk keselesaan pengguna. Aku suka!

Tapi yang tak bestnya harga makanan sangatlahhhhh merepek! Bayangkan roti yang depa jual dekat tempat menunggu or balai berlepas tu harganya tak sesuai dengan rupa n rasa yang nan hado sedihhhhh!

Kali ni tengok cuma ada 2-3 kedai je yang jual. Sebelum ni ada lagi banyak kot. Bankrap gulung tikar mungkin? 

Apa yang menarik perhatian, Transnasional ada sediakan perkhidmatan baru. Daripada apa yang aku tengok, kita boleh sewa tablet/gadget untuk kita guna sewaktu perjalanan dalam bas. Tapi syaratnya kalau tak silap kena lah naik bas Transnasional. Bagusnya. Kalau bosan-bosan boleh online dalam bas.





Kalau bawa kamera tapi tak snap gambar apa guna kan? Meh kita snap gambar sikit ;)


Kita letak kamera atas luggage then letak self-timer je. Senang kan? hehe takkanlah nak suruh orang lain tolong amik kan? semua buat muka garang..hewhew



Tak ramai sangat orang. Aku ingat ramai tak balik cuti sebab Deepavali esoknya tapi silap tengok kalendar ler. Aku ingat Deepavali on Saturday rupanya Selasa....huhu



Blur!



Teleng sikit ke kiriiiiii



After cubaan beberapa kali, akhirnya! Wallahhhhh perfect! 


Selamat bercuti kepada semua pembaca blog Izz

(^,~)



Update : Stok terbaru Tabita & Beutskin Essence sudah ada. Kepada semua yang sudah buat tempahan sila sahkan order anda untuk proceed kepada penghantaran ye. Sila pastikan nama, no telefon, alamat dan butiran pembayaran lengkap. Kepada sesiapa yang berminat untuk order boleh terus contact.

Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)





4 comments:

  1. bestnya trans ada perkhdmtan tu..pasni nk try la,heeh

    ReplyDelete
  2. Aik, kata haircut baru? Apsal cover ngn cap ni...har3x! :D

    ReplyDelete
  3. wah, xtahu pulak Transnasional ade buat service mcm tu, menarik ! tapi masalahnya xminat pulak naik bas trans tu, haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...