Followers

Friday, October 12, 2012

[ FoodLover ] Spaghetti Meatball Yang.....Huh!!!


Ramai kata blog aku ni dah macam tempat cari info pasal makanan n movie sekarang ni. Hahaha semuanya sebab segment 'Review' n 'FoodLover'. Juz to be clear, aku memang suka makan n selalu update dengan new movies. Eh mostly yang aku update tu yang aku suka je ler. Mana yang aku nak tengok memang aku follow.

Btw, hari tu before tengok Dredd dekat Pavilion, ada jugaklah sesi mencari-cari makanan dekat Food Republic. Kebiasaannya kalau kat sana memang aku prefer makan Korean cuisine. Sedap kot. Aku pernah buat review pasal foods depa. Highly recommended! Tapi sekarang ni macam dah bosan sikit. Iyelah takkan asyik makan benda sama je kan kalau pergi sana.

So aku pilih untuk makan benda lain. Menu yang lain. Jalan-jalan punya jalan dari hujung ke hujung tapi tak terjumpa apa yang seronok untuk dimakan. Lagipun penat nak berjalan ke hulur ke hilir kan...haha lenguh kaki!

Ternampak ada western so try je lah. This one yang dekat dengan tenpayaki tu tahu tak? betul-betul sebelah lif. Tengok macam ok, bersih, harga pun ok. Try je lah. 

Tapi....


Indah khabar daripada rupa, itu je lah yang aku mampu cakap. Presentation, cara plating memang cantik sangat. Waktu nak pilih menu pun ibarat menitik-nitik air liur atas kaunter depa tuh. Aku pilih Spaghetti Meatball. Harga kalau tak silap RM14.90 kot. Rasanya?? Hurmmm....hurmmm.....almost tasteless, tak ada rasa, tapi ada banyak hirisan chili dalam ni. So agak pedas tapi pedas yang nan hado sedap!

Haihhhh kecewa giler! Yang sedapnya cuma broccoli dia jek..sedeyyy kan?? (-.-)



Yang ini pulak Beef Lasagna. Portion dia alahaiii kecik cenonet je. Bagi budak kecik makan pun tak kenyang. Another sedeyyyy moment kat sini. Tapi dari segi rasa much better than spaghetti aku yang tasteless tuh. Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain memang cannot ler. 

Pekerja-pekerja dia yang aku rasa most of them bangla tu tak rasa ke apa diorang masak ek? Hairan aku. Even Chinese couple kat meja sebelah pun terkulat-kulat depa makan nak habiskan makanan diorang. Muka awek dia masam mencuka tak habiskan makanan dia.

Tempat cantik, ada konsep tapi???

Misi mencari spaghetti yang sedap gagal (>.<) 


Rating : 1 bintang




6 comments:

  1. 1 je bintang? ni mesti prnh rse yg lbh sdp kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap
      n masak sendiri pun lebih sedap drpd nih
      (-.-)

      Delete
  2. MAKAN MAKAN MAKAN ! tapi tak gemuk :P jeles nih !

    ReplyDelete
  3. WAH EMY TENGOK SPAGHETI DEPA PN TELAN AYAK LIUR BANAYK KALI NI..tapi iz ckp tak sedap plak..huhuhu...btw yg another food tu pn tgk mcm melazatkan...slurrpp hahahahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...