Followers

Thursday, October 4, 2012

[ FoodLover ] Little Taiwan : Yummmyyy!!


'U, nanti jangan lupa tau tag gambar I ni dekat fb or twitter' - berulang-ulang kali aku pesan nih kat si JR. Excited benor sebab dah beberapa purnama tak ada gambar baru...hihi

Yeler, kalau sebelum ni setiap minggu atau sejujurnya hampir setiap hari ada je gambar baru, rajin snap gambar kan, tapi sejak bb aku rosak so jakun ler bila dapat bergambar-gambar nih. Sepanjang ketiadaan hp ni sangat geram n jeles tengok orang lain pakai hp. Even bangla pun pakai Galaxy Note yek! Diulangi Galaxy Note!! (-.-)

Berbulu je aku tengok orang lain tekan2 smartphones memasing. Dah 3 minggu jugaklah aku tak pakai hp since bb aku rosak. Bosan teramat weiiiii.



Ini kesinambungan cerita hari tuh. Right after tengok wayang plan asal nak catch up makan meatball kat Ikea. Tapi bila tengok jam alahai macam tak sempat je even Ikea n The Curve tu sebelah menyebelah je. Petang tu kitorang dah pergi tapi was full packed with people. Nak menunggu memang tidak ler kan. Ada yang dah beli makanan pun masih belum dapat seats. Plus, Malaysians kadang-kadang ramai yang tak ada hati n perasaan jugak. Setakat duduk 2 orang tapi amik meja yang boleh duduk satu team bola. huh!!



Sebelah kanan tu JR n sebelah kiri Ifa. So disebabkan masa mencemburui, kitorang pun fikir makan kat tempat lain je lah. Memasing perut dah cramp lapar. On the way gi kereta lalu depan Little Taiwan.

I nak beli air kejap kat sini - JR memulakan bicara

Ok.

Eh kita makan kat sini je lah. I lapar lah tak tahan dah ni. Jom cepat-cepat duduk 

Ok

Haaaaa nampak tak permainan dia di situ?? hahaha



Tapi tak menyesal sangat makan sini. Even ini pertama kali bagi aku tapi sedap! Paling suka dengan Fried Dumplings dia. Yummy sangat!




Yang ini Ifa punya. Ada macam-macam jenis kat plate ni. Boleh tahan lah not bad.




Ini Egg Pudding which came with the Chicken set. Actelli ayam dia macam Shihlin's or Uncle Bob. Besar portion dia. 




Yang ini aku punya. Mushroom. Sedapppppp. Suka dengan tepung dia rangup krappp kruppp makan habis dah...hukhuk



Set yang nampak mewah sangat ni JR punya. Kelas!! Makan ni memang kenyang satu malam...haha




Sedap ke tidak? Memang sedap makan dekat sini. Highly recommended untuk yang suka jenis Chinese food macam ni. Harga?? Slightly expensive jugaklah bagi aku sebenarnya tapi kualiti makanan agak bagus.

(^,^)

Rating : 4 bintang


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...