Followers

Monday, September 24, 2012

(Gambar) Fashion Lelaki : Perlu Bijak Bergaya


Berbicara tentang fashion pasti akan lebih tertumpu kepada wanita. Bagitu mudah bagi kaum hawa untuk memilih apa yang ingin dipakai atau diperaga. Kalau kita tengok kepada trend shopping via online pun pilihan yang lebih menyeluruh dan utama diberikan kepada mereka.

Bagi lelaki, kadang kala sukar untuk mengikuti perkembangan trend fesyen terkini. Apatah lagi peredaran trend fesyen terbaru dalam kalangan lelaki juga boleh dikatakan tidak semeriah wanita dengan pilihan yang pelbagai. Namun, lelaki juga semakin bersifat terbuka. Berpakaian kemas dan menarik mengikut trend terkini menjadi pilihan para jejaka.

Menurut website OhBulan! lelaki semakin bijak bergaya mengikut arus masa. 

Tambil bergaya kemas namun stylish, pasti anda akan menjadi perhatian!







Pilih gaya yang sesuai kerana cara pemakaian kita melambangkan personaliti kita. Warna juga memainkan peranan yang penting. Elakkan daripada memilih warna yang tidak sesuai dengan tona kulit, pastinya kita tidak mahu kelihatan pelik kan? :)

Pada saya, barang-barang yang berkualiti tinggi tidak semestinya datang daripada brand yang dikenali dan mahal. Ada masa kita kena berani untuk suai-padan sesuatu dan tampilkan kelainan yang selesa untuk diri masing-masing. Pilih baju atau seluar, jacket mahupun kasut yang memberi keselesaan kepada anda dan jangan terlalu membuta tuli mengikut nasihat orang lain. Andalah yang seharusnya pilih apa yang mahu dipakai, because you are the boss of your own self.

(^-^)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...