Hari tu masa balik Raya hari Jumaat dengan kawan saya nih. Norain namanya. Tapi napa glamour? JR ...dia pernah masuk masa kat entry sebelum2 ni jugak. Rasanya banyak jugaklah aku mention nama JR ni before this. Masa entry pasal Tahun Baru Cina, makan kat IKEA, main pool n tengok bola semua tuh.
So, masa Raya ketiga kitorang pun plan balik sama2. Lagipun JR drive sorang2. Kitorang share lah duit minyak n tol. Daripada aku naik bas or KTM sesorang better naik dengan kawan kan? Boleh borak2 sakan.
Tapi tidak macam masa balik Raya, otw balik ke KL agak azab jugaklah. Dengan hujannya yang lebat n kejap ada kejap berhenti, plus jalan jammed. Fuhhhhhh....sangat mengundang ye! Kalau berhenti kat RnR nak gi toilet pun kemain panjang queue nak kena tunggu (-.-)"
Btw, JR was rushing sebab dia ada wedding to attend. Plus, dialah wedding planner untuk kawan dia nih. haaaaa....hamek! Dengan jalan jammed, pastu tersesat pulak sampai ke hulu banad mana entah sampai kat sana lambat. I had to follow her lah coz plan asal, dia patutnya drop aku kat umah tapi kesian pulak tengok dia tengah rushing. So I had to cancel my plan keluar gi makan2.
Kelasss x venue wedding dia? actelli temple ni aku pernah buat cerita untuk assignment masa kelas English dulu under tajuk 'Places of Interest in KL' tapi hakikatnya aku tak pernah tahu mana ceruk lokasi dia actelli. Ni first time pergi...huhu
Kawan si JR ni Indian ye, tapi kahwin dekat tokong nih. As you can see penuh dewan ni dengan all the tanglungs...hahaha..wedding planner pulak Melayu. 1Malaysia sangat kan?
Azza nyanyi untuk wedding nih. See? Penyanyi pun Melayu siap berhijab lagi. Yang penting dapat tepukan gemuruh dari guests. Rata2 puji nyanyian dia :)
Depa ni pulak agak menghiburkan. Yang bagusnya, diorang nyanyi macam miming, sedangkan actelli diorang memang nyanyi live! Maksudnya suara diorang bagus, macam suara dalam album...gitteww
At first I was like teragak2 jugak nak makan bila yang lain dah start menjamu selera.
'Halal ke?' aku tanya JR
'Hey, I yang order katering dia lah...haha..of courselah halal!'
Hahaha....mutton curry dia yang belah kanan tu sangatlah sedapppppp!! Daging dia lembut sangat. No beef lah sebab Indians tak makan daging tu. Papadom dia pun terbaikkkk!
Haaaa yang ini pinggan orang sebelah bukan I punya ok! Sapa punya? hurmmm *kekening kat JR
hahahaha...
Yang lelaki tengah dance dengan wife dia tuh MC of the event. Sangatlah sporting n sweet bila depa dance sesama atas tuh. One more thing diorang sangat peramah.
(^_^)
No comments:
Post a Comment