Masih ada ke mood nak Raya? Sebagai kesinambungan Raya yang paling membosankan dalam sejarah aku, plus balik ke KL pun agak awal, aku belum sempat beraya gi rumah siapa2...hukhuk...even open house pun haremmm satu pun tak jejak lagi.
Sobs sobs .....
Sib baik mama ada bekalkan kuih2 Raya macam Kek Kukus, Kek Lapis, Kerepek/Rempeyek, Kuih Semprit, Tart Nenas, bahulu gulung semua ada! Tapi??? Tak sampai dua hari tinggal separuh stok2 kuih tuh...hahaha
Kek Lapis Asam ni memang fav!! Saudara dekat jugaklah yang buat. Nenek tu pandai buat kek ni n kerepek/rempeyek dia pun sedap. Kitorang selalu order daripada dia :)
Time Raya macam ni kemain banyak program2 TV tema Hari Raya kan? BErlambak2 bersepah2 dari TV1 ke TV3, TV9 berjangkit ke Astro jugak. Hamekkkk ko! Tak tahu nak pilih tengok yang mana. Agak2 yang macam takde motif tu kita takyah tengok, tukar channel lain yang lebih happening.
Masa Raya ketiga hari tu tak sempat tengok cerita Lemang Sebatang ni sebab time tu dah gerak balik KL pun. Tapi tak risau, sebab Astro kan terkenal dengan program ulang tayang dia...hehe..tapi ada bagusnya sebab yang ketinggalan macam aku boleh tengok. Yang tak bestnya kalau kerap ulang tayang sangat tu yang orang marah tuh....hewhew
Zul Yahya jadik Ajuan Hali..haha.. imitate sebijik macam the real Azwan Ali. Dengan kipas, cermin mata besar ngan bulu2 tuh semua.
Sharifah Shahira ni pulak jadik Yunak...kihkih...agak kecoh jugak cerita ni dekat Twitter sebab director nya artis sensasi penuh kontroversi Diva Azwan Ali!! Hahaha...terkekeh2 ketawa tengok cerita nih. Lucu sangat!
So ini lah aktiviti waktu Hari Raya zaman sekarang kat Malaysia. Duk ngadap tv jek....hahaha
Apa macam Hari Raya korang? ok tak :)
Kenapa bosan pulak? sedap ape makan kek lapis tu..
ReplyDeletesambil tengok tv.
haha
Deleteada masa sedap ada masa sunyi jgk