Hamek! Merah menyala kan? hahaha...ni wakil2 Umno ke apa entah nih. Family Mak Ngah kaler biru cair ala2 Pkr....kihkih..nenek pulak warna purple xtahu team mana.
Kalau bercerita pasal makanan waktu Raya yang paling fames dah tentu ketupat, lemang, rendang, dodol kan? Yang ada bezanya setiap negeri ada masakan istimewa masing-masing. Sebab kita kan negara yang ada pelbagai kaum so budaya di setiap negeri tu pasti berbeza termasuklah makanan dia jugak.
Kalau keluarga kitorang, sejak arwah atuk masih ada selain juadah fames ada jugak Laksa Johor yang sentiasa jadi pilihan setiap tahun. Laksa tu my mom yang buat. Family belah atuk n nenek besarrrrrr. Laksa Johor family kami agak popular kayh. Kalau orang datang masa Raya pertama tuh ada yang memang datang dengan hajat nak makan laksa....muahahaha
Kalau Mak Ngah pulak dia fames dengan Ayam Percik special dia. Sedap! :)
Masa ni dah malam pun, tapi laksa masih banyak dekat dapur so apa lagi? Terkam ler buat penuh perut...hiksssss
Siap letak salad sikit dengan Rendang Daging mama. Salad tu bahan2 untuk Laksa Penang. Ouh ye, kitorang ada jugak buat Laksa Penang tapi tak banyak macam Laksa Johor.
Bila makan Laksa Johor time Raya teringat dengan arwah atuk kami. Lagi2 kalau makan dekat dapur rumah kampung tuh. Sebab atuk ada fav spot dia duduk kat meja makan. Kami rindu dekat dia. Sejak atuk tak ada banyak keadaan dah berubah. Sekarang ni setiap kali lepas sembahyang akan doakan dia tenang di sisiNya dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin!
TeamMerah jugakkk :)
ReplyDeletealarh nak jugakkkk!
Deletehahaha
;p