Followers

Thursday, August 23, 2012

Syawal Mulia, Bulan Bahagia



Tahun ni tema baju warna merah. Kalau tak silap few years back dah pernah warna merah tapi time tuh ala2 merah hati kaler gelap so tahun 2012 nih agak terang sikit. Malas nak fikir warna lain so pilih je lah kaler favorite nih :)

Tahun ni first time pergi Jalan TAR yang betol2 jalan punyer! Tahun sudah setakat jalan macam tu je tak ada nak masuk2 lorong dia setakat tengok dari luar then bila nampak ramai sangat manusia juz berlari ke Jakel...harharhar

Kali ni sanggup berhimpit2 semata2 nak tengok what actelli Jalan TAR can offer to get a nice smart Baju Melayu. Nak ke Jakel macam liat sikit sebab even variety dia macam2 n pelbagai tapi size tu selalu sangat tak kene dengan aku. Baju Melayu merah ni kiranya berbaloi dengan harga n sedap kain dia lembut. Samping takyah beli sebab pakai tahun lepas punya masih elok lagi!



Tahun ni rasanya Raya paling tak meriah bagi kami kot. Sebab ahlinya paling sikit dalam sejarah. Setakat nenek, family Mak Ngah kaler biru nih n Ucu (my mom) n me...sebab family Mak Lang tahun ni turn beraya kat Kedah.



Tapi yang seronoknya time bermaaf-maafan xdelah 'stuck' atau jam antara kami. Sebab tradisi kitorang akan make a big circle n salam nenek. So kalau ramai ahlinya makin lambatlah turn nak salam kan? Kali ni very the short one xsampai 10minit dah habis...hahaha



Family Mak Ngah tahun ni kaler biru muda.




 My beloved mama n nenek.



Aunty ku sayangi, Cik As n nenek.





Kuih muih dah terhidang. Namun tahun ni jumlah yang datang beraya macam kurang sikit. Sejak arwah atuk dah takde memang terus mendadak menurun yang datang beraya. Kalau dulu wuiiiii meriah yang amat sangat! belom sempat kitorang tradisi salam menyalam n amek gambar dah ada orang datang. Setiap jam memang penuh rumah dengan tetamu sampai ke malam. 

Dah masuk Syawal kelima. Harap2 Syawal akan datang lebih meriah. Semoga kita semua bersihkanlah hati dan sanubari daripada hasad dengki dan iri hati. Buang jauh2 perasaan tu semua. Kerana dari situ akan mulanya maksiat yang lain macam mengumpat, fitnah, caci maki dan sebagainya. Ingatlah ikatan  kekeluargaan dan persahabatan yang bahagia datang daripada ikatan silaturrahim yang baik dan ikhlas. Jangan pernah menokok tambah cerita semata2 nak nampak diri sendiri kononnya betul suci bersih dari kesilapan padahal????


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Izz. Kepada yang masih beraya atau dah nak pulang ke kota daripada cuti Raya sila berhati2 ye.

(^.<)




4 comments:

  1. huhu.. sempat dia me'laser' raya2 ni ek? >_<
    tp betul la izz, thn ni overall rata2 org kata kurang meriah sambutannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      tu bukan laser tu nasihat
      secara general atau umum
      hihi
      ;)

      Delete
  2. setuju.. this year raya paling bosan...=="

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...