Followers

Saturday, October 29, 2011

Fun Fair yang tak berapa nak Fun



Ini cerita few weeks ago punya.  To cut it short, area Padang Jawa ada fun fair.  Kalau dari arah Klang dekat tol tu korang boleh nampak I-City jelas gila kan? *kalau tak nampak tu memang aku tak tau nak cakap hape lagi dik!  sebelah lagi satu pulak korang boleh nampak ada satu tapak fun fair cahaya terang tak nak kalah dengan lampu I-City, siap ada lampu ala2 UFO lagik .  First time nampak pun ada orang dah cakap berhasrat nak pergi rumah hantu dan sejak itu memang asyik berzikir pasal fun fair selagi dia ada peluang *boleyh??  







Dipendekkan cerita lagi, satu malam tu aku pergi tapi hanya bertiga sahaja.  Eh? ada drama ke malam tuh? xda kot.  Rasanya malam tu bertiga saje sebab yang lain bizi mungkin.  Agak excited nak masuk rumah hantu tu kot2 lah momok dia jenis yang lahanad menakutkan2 orang kan!  Masa tu tak ramai sangat orang sampai berhimpit2 dalam citer Hollywood tuh juz ala kadar sajo.  Harga token sekarang mahal ya rabbi kot!  Kalau dulu kalau tak silap sekeping RM1 je tapi sekarang RM2 n nak masuk rumah hantu kena kasik dua token which means RM4 seorang.

Nyonya yang jaga pintu rumah hantu duk senyum2 tengok gelagat kitorang sebab nampak benor penakutnya memasing.  Siap tanya soalan2 tahap budak darjah dua *akak, hantu dia takut x? kejar kita x?

Yang paling penting + lawak yang menyebabkan aku hangin diorang berdua duk tolak sesama sendirik last2 aku kena jalan paling depan sekali kena tolak2 dengan dorang walaupun aku paling pendek  *puaka kan??hahaha  yang paling kelakar sekali bila Afiq jerit kata ada orang ikut dari belakang!! walhal itu apek penjaga rumah tuh.  Sah2 ler apek tu ikut sebab dia nampak semua stok2 penakut je masuk so dia teman follow dari belakang senyap2...hahaha...apek tu sendiri ketawa tersenyum2 tengok weolss

Tapi jangan dilupa hasilnya rumah hantu itu tahap puaka !!  membazir empat hengget aku setakat tengok patung duduk diam dalam 4bijik sangkar.  Mulut masing2 bebel tak berhenti sumpah seranah...hohoho...dem u!!





Toilet dia tahap zaman batu !! kotor nauzubillah


Sunday, October 23, 2011

Malam Minggu yg Semput !!


Malam minggu adalah hak milik remaja ye!  Statement ini diperkuatkan dengan berduyun2 kereta kat semua jalan area Kuala Lumpur nih.  Seperti yang dah dirancang sejak hari Jumaat minggu lepas lagik, aku keluar dengan kengkawan baru campur yang tak berapa nak baru...hehe


Ahli2nya adalah Izz Latif, Reez, Afiq dan Rafi.  Ye, kami cume berempat sajo lebih baik daripada tak ada langsung kan?  Daripada duduk rumah menghadap muka kucing2 aku tu takpun tengok ulang-tayang The Nanny or Ugly Betty kat laptop...oihhhhhh...mati kebosanan aku nanti..haha


Lagi pun beriya2 nak keluar sebab Rafi dah janji nak belanja  *kehkehkeh  so malam tu amek si Afiq balik kerja then bawak pergi rumah kitorang untuk bersiap.  Btw, sejak petang memang hujan sampai ke malam.  Pergi amek Afiq pun banjir!!  *boleyhhh??  mood aku dah mendung sikit masa tu  *rambut rosak ok kena hujan..hukhuk


Kitorang keluar rumah pukul 10.40.  Keluar awal sebab kononnya nak amik kawan kepada si kawan Rafi.  Dekat ceruk mana wo pu che tawwwww...memang kesilapan besar terhamattt amek budak itu sebab direction ke jalan rumah dia bagi memang ke laut dik!!!  Conclusion ni bukan datang daripada aku sorang yek tapi daripada kami semua.  Dia bagi direction macam kitorang ni mayor kat area rumah dia.  Rafi excited nak amik sebab dia ingat budak tu comel  *jadahnya???  tapi last2 dia sendiri naik hangin jugak sebab memang hanjjj ye keadaan masa tuh!

Izz n Afiq dah tertahan2 nak gi toilet dengan keadaan sejuk bagai.  Last2 dalam pukul 12.15 jumpa jugak itu pun lepas kami yang tetapkan jumpa dekat satu tempat area situ.  Boleh bayangkan tak yang kami memang duk carut maki hamun dia sepanjang menunggu tuh??  Last2 dia sampai jugak.  


Mood makin jatuh kedaung sebab jem dekat area KL.  Dan sesampainya kami dekat tempat nak makan minum, budak tu boleh buat ala2 berlagak  *statement kami bersama  sebab dia tak follow kitorang pun tapi dia ikut kawan dia yang dah tunggu dia kat situ.  *eh, biadap x?? ko hengat kitorang ni taxi semata2 menjemput kau kat celah hulu pastu kau pergi ikut kawan kau?? dengan kami pun kau tak reti nak bersalam!


Kitorang pun tanpa fikir panjang ditch biarkan je dia.  Kitorang semua dah fikir nak pergi toilet je sebab dah menahan nak kencing sampai tahap batu karang!! 


Yang tak best nya, da rest of the night jadik tak menarik disebabkan mood masing2 dah tak ada.  Ada one of us jugak yang tarik muka masam mencuka nak balik bagai...hadoiiiiii yaiiii... tapi ada kawan Reez yang join kitorang so menjadik penyelamat suasana jugak masa tuh.  Ada jugaklah motif untuk bergelak ketawa lepak2.
   

Pengajarannya, jangan amik kawan kepada kawan yang duduk celah ceruk yang korang sendiri tak kenal waktu korang sendiri tengah rushing in the middle of something ok!! Sedihhhhhhh!!

Thursday, October 20, 2011

Review : The Sorcerer and the White Snake ....cerita cinta yg terlalu mementingkan diri?



I watched this movie with my new house mate last week.  Eh? dah ada bdk rumah baru ke? hehe...itu nanti kita citer yek

Personally itu memang first time ever Izz tengok citer Cina dekat wayang.  Suka citer kungfu2 ni tapi lebih suka tengok dvd sebab entahlah banyak filem macam ni kadang2 terlalu klise or dah biasa ditengok aksi2nya. 

1. Permulaan cerita ni agak 'biasa' saja. Tak banyak sangat twist dalam plot dia. 
By the way, aksi/ilmu/teknik or whatever they called it were super cool !!!  Serius ternganga tengok.  Agak kreatif bila watak2 tu guna  kuasa masing2.  Kungfu atau aksi dalam filem ni tak terbatas dengan hanya bermain pedang or tumbuk2 tampar tepis pipi ye!  Kuasa masing2 macam teknik dalam Naruto...hahaha


2. Visual yang menarik ditambah dengan aksi tanpa henti sememangnya memberi hiburan kepada yang menonton *skema habis ayat aku kan! (>.<)

Aksi2 pertarungan di penghujung filem antara dua adik beradik demon dengan Jet Li memang best.  Tapi yang tak berapa sedap untuk penonton Muslim bila ada part kena mengena dengan Tuhan Buddha.  So, kepada adik2 yang menonton jangan terlalu taksub atau percaya ye.  

3. Dalam cerita ni memang banyak aksi tapi basically plot dia mengenai demon atau raksasa *shud I call it setan/jin instead??  yang jatuh cinta dengan manusia tapi terhalang sebab status masing2.  Tambah pulak, Jet Li dengan sami2 lain selalu buru demon untuk dibunuh atau ditangkap.  Dan kurang best untuk cerita ni bila demon white snake tu terlalu taksub dengan cinta dia sampai sanggup korbankan nyawa ramai orang demi suami dia.  Dia sanggup tenggelamkan satu tempat dengan kuasa ala2 tsunami sebab nak amik suami dia *walhal orang2 tu tolong suami dia yang kena rasuk dengan makhluk jahat...boleyh???

Apa2 pun, penamat cerita ni sangat sedih atas nama cinta yang tak kesampaian....





ni lah white snake demon tuh


aksi2 yang lain daripada lain dek kehebatan CGI

Wednesday, October 19, 2011

Need samwan....a friend??



Personally I don think im a good son to my mom, a good fren to others or even a good person myself....


Sampai sekarang Izz masih tercari2 sesuatu.  Teman untuk berkongsi hampir semua benda, cerita suka duka.  Is there samwan out there willing to be my fren with a real value of friendship??  Izz perlukan orang yang matang yang boleh bagi nasihat, pendapat dalam hampir apa saja. 

Haihhhh......*sigh

Tuesday, October 18, 2011

Bayi MANUSIA dimasak/direbus ???



Sangat JIJIKKKKKKKK !!!  dan biadap teramat sangat....




First of all, Izz dapat pic ni dekat FB.  Cant even recall sapa yang post ni tapi masing2 duk share gambar nih which shows bayi manusia or may be they called it fetus from its state.  Correct me if im wrong perhatian kepada pakar2 kesihatan di luar sana.  Sama ada bayi tu dah diperingkat bayi atau masih fetus, yang mana rasanya peringkat fetus selalunya peringkat yang diorang buat pengguguran tu kan??


Rasa sedih dengan keadaan bayi tu dibuat sekian rupa.  Masak dengan cara direbus. Weyhhh korang sampai hati tak nak masak anak sendirik??  




Tengok cara masak tu herbanya macam cara masakan Cina. Entahlah...hurmmmm.....



Monday, October 17, 2011

Blogger Terbahekkkkk


*fuhhh fuhhhhhh

Berhabuk tebal lapanpulohenam inci blog aku ni kan.  Kalah bedak make up hadek2 berpeleseran catwalk depan Pavi tuh  *mati aku kena maki jap lagi....hehehe


Bukan sengaja tak nak update tapi bizi dengan kehidupan, pindah rumah segala.  Broadband aku ni memang semput jangan ditanya lagik.  Tinggal nak kena main lanting2 ke dinding je nanti.  Tapi tiba2 dengan magis nya pagi ni boleh pulak pakai...huhu


Then tengok followers macam makin bertambah je.  Terima kasih teramat sangat kepada yang baru follow atau join tu yek.  Rajin2 lah tinggalkan komen atau jejak, sebab blog ni ramai sangat silent reader nya.  Senyap sunyi je.


Pastu tengok traffic untuk blog ni menjunam habis!!!!  Patutlah dah tak dapat buffered earning daripada Nuffnang lagik....huhu...nasibbbb...kalau Redmummy tu lain ler.  Tak update sehari dua pun traffic mencanak2 sampai RM30ribu earning dia.  Itu memang blogger terbaik, aku memang admire gila2 kerja blogging dia.  Love ya RM!! *hehehe


Insyaallah lepas ni kalau ada peluang n idea bernas, jari ni akan menari2 lagi di atas keyboard laptop ini...ngehhhh

(^.^)

Thursday, October 6, 2011

(Gambar) : Jijik Perangai Orang Gugurkan Kandungan n Buang Anak



Dalam 2hari lepas kecoh pasal isu orang campak bayi dari tingkat dua ye??  First of all Izz nak tujah muka yang buang tu begitu BIADAP lagi TAK BERTAMADUN punya manusia yang buat tuh.  Kau dah lah buat dosa berzina *(kalau betul dia bukan mangsa rogol etc) !!  Dah puaskan nafsu pastu bila ada benih terlekat mulalah gabra.  Lepas tu main campak sana sini bayi hasil nafsu serakah kau tuh.


Deyyyyy ramai pasangan suami isteri yang sah kat luar tuh tak bernasib baik tak dikurniakan anak.  Diorang tu bersungguh2 nak ada zuriat ok.  Tapi kau bila dah diberi walaupun atas sebab terlanjur tapi tak reti bersyukur n tambah dosa dengan bunuh pulak bayi tuh.


Manusia zaman purba pun jaga baby diorang tau sungguhpun tamadun masa tu tak moden macam sekarang.  Kalau pun tak nak baby tu macam lah tak boleh letak dekat tempat elok sikit macam masjid atau rumah orang sekalipun.  Bukan dicampak, dibaling ke dalam longkang,bakul sampah tu sume. 


Yang dekat atas tu pulak lebih kurang sama dahsyat.  Dengar citer itu lah cara pengguguran bayi.  Sungguh sadis dan menyayat hati !

Wednesday, October 5, 2011

Edisi Lucu : Spider Man selamatkan anak2 itik


Entah dekat mana lah gambar ni dibuat.  Tengok gaya kampung tu macam kat Malaysia or Indonesia jek kan.  Tapi sungguh kelakar gambar nih, cute pun ada tengok anak2 itik berderet2 tuh...hehehehe...*tulun tulun kitaaa ada van nak langgar*awww macihhh Spider Man muncit!!

Entry pendek je ni buat stok ringan2  (^.^)

Monday, October 3, 2011

Chef Wan bidas Wedding MeyMan ( Memey & Norman )


Sumber sama mcm entry lepas ye kredit to BeautifulNara,FeelFreeToFly n pokcik Google jgk   :)



ni baju Vera Wang harga RM500ribu tu ke? ke 5ribu? 


Entry yang lepas ada cerita pasal wedding MeyMan yang dicanang2 sebagai Wedding of the Year katanya???  Walaupun title tu datang daripada sponsor sendirik n bukan orang ramai n dengar khabar sebelum wedding tu berlangsung pun.  Macam mana tuh?


Yang penting berderet2 sponsor untuk perkahwinan MeyMan sampai tak cukup tangan nak menerima ye.  Paling tak boleh blah dengan fakta perkahwinan ni bernilai RM12juta.  Sila baca betul2 ye, JUTA!! Bukan ratus ribu dan bukan jugak ribu....haaaaa..kau hado x??  Seingat Izz dulu Siti Nurhaliza kahwin pun tak sampai  cecah harga tu.  Kau memang meletop lah MeyMan!!


Walaupun ditindas, ditindih dan dihempap dengan segala kontro-basi pun diorang tetap tak jatuh terduduk.  In fact terus gah dengan perkahwinan mega nih (-.-)"  walaupun dulu *aku mcm pernah dgr ada statement yang diorang tak ada hubungan lepas kena tangkap khalwat dulu n macam abang n adik saja.  Norman kununnya cuma nak tolong Memey dalam industri hiburan sebab masih baru walaupun berbakat besar.


Tapi perkahwinan MeyMan telah diselar oleh tukang masak no 1 Malaya iaitu Chef Wan.  Sapa tak kenal Chef Wan? bermakna dia bukan rakyat Malaysia...huhuhu...bukan setakat pandai masak makanan sedap2 lagi pedas berapi tapi Chef Wan pun boleh tahan popular dengan statement2 terbakar-nak-mati.

Chef Wan siap letak dekat FB pendapat dia pasal perkahwinan Memey dan Norman.  Memang berani mati seyhhh







berapa harga kasut ni ek? ada siapa2 tau x


tapi aku suka pic ni..nampak simple but yet nice!! chomel Memey


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...