At last!!! penantian untuk sambungan drama paling popular ni ke layar perak berakhir...hari ni seluruh Malaysia berpeluang menyaksikan kehebatan Nur Kasih di hampir 70 buah pawagam...eh, betul takn fakta nih?? correct me if Im wrong! tapi itu yang Izz dengar masa program Soal Jawab kat TV3 malam tadi...
Personally, saya sendiri menantikan ketibaan filem ni...lepas sanggup bertapa depan tv saban minggu untuk drama dia...huhu....so, agak teruja...apatah lagi Izz memang peminat filem-filem arahan Khabir Bhatia
teruskan membaca...
Ok lah, permulaan filem ni memang cantik....pertama sekali, cinematography dia memang kebiasaan yang kita boleh nampak dalam karya Khabir Bhatia...sangat cantik!! seyesly....Khabir sangat pandai bermain dengan warna-warna alam....entah kenapa, pada pandangan Izz, warna baju yang dipakai dalam sesetengah scene menonjolkan emosi untuk babak tersebut.....
10 minit pertama je dah mampu buat aku menitis ayor mato!! hahaha.....seyesly, dapat rasa kesedihan Aidil yang kehilangan Alia...paling jelas waktu si anak lelaki Aidil gusar dengan siapa ayahnya akan tidur pada waktu malam....keletah si Maryam pun comel sangat2!!
Tapi ada sedikit kelainan antara Nur Kasih dengan Sepi n Cinta......
Sesetengah babak dalam Nur Kasih disulam dengan konflik yang kita tak dapat jangka....erm, ada yang boleh dijangka tapi ada juga yang terlepas dari jangkaan....
Tertarik juga dengan skor muzik n lagu untuk filem ni...tapi ada sedikit kurenggg lah dari segi kualiti audio....masa dekat bawah pokok dalam permulaan filem, suara Aidil very the dalam gua!! tak 'selari' dengan video.....eh, betol ke?? huhu....tapi ada sesuatu yang pelik di situ....mungkin sebab proses dubbing kot, biasalah tu filem Malaysia.....
Dari segi mesej, sama je macam drama asal.....unsur kekeluargaan, kerohanian dan cinta sangat kuat dalam filem ni....disulam dengan sangat baik....ada masa kita ketawa dengan keletah anak-anak Aidil, ada masa kita dapat rasa kasih ibu oleh mak diorang, ada masa kita dapat tengok kekuatan perasaan antara Adam dan Nur....
Peringatan, bagi sesetengah orang mungkin tema Nur Kasih agak berat....tapi tadi panggung penuh...bukan setakat ada yang datang dengan keluarga, ada yang datang berdua dengan pasangan masing-masing...tapi ramai jugak budak-budak lelaki macam mat motor, budak-budak kolej area KL yang datang ramai-ramai....geng-geng perempuan pun mestilah ramai jugak....sebaris tu penuh dengan kaum kerabat dia je! huhu
Penghujung cerita memang ada elemen yang mengejutkan...tapi, since Adam sakit n watak Mamat pergi Health Screening department, Izz dah leh agak dari situ....n tekaan Izz tepat....
(^-^)
Actelli kan, air mata ni memang berderai laju je nak mengalir bila part si Mak Jah nih....Izz memang mudah tersentuh tengok orang-orang tua lagi2 kalau mak-mak nih.....watak ni antara reason kenapa Izz suka tengok Nur Kasih since drama....
Apa-apa pun, Nur Kasih the movie ada kekuatan tersendiri.....sebuah filem yang baik....kepada yang memang minat versi drama, better pergilah tengok kat panggung ye....
Eh, disebabkan kiri kanan ramai orang penuh satu hall, nak nangis pun susah la weihhh.....haha....terpaksa cover ok!! sedu sedan dalam diam je....kalau dah keluar dvd nanti nak beli...nak tengok sendiri kat rumah meraung2....even budak-budak laki yang datang berduyun-duyun pun boleh tangkap leleh, korang takkan lah keras hati batu sangat kot??
Hehehe....
4.5/5 bintang......