Followers

Thursday, May 5, 2011

Harga Minyak Naik Lagi, Kita Pun Mula Salahkan Kerajaan

Dalam banyak-banyak jenis minyak, minyak apa yang sangat sensitif bagi masyarakat bumi Malaysia?? terutamanya bagi kaum Melayu?? adakah minyak masak??



Atau minyak lintah untuk lelaki?? hikhik....memulihkan kekuatan batin woooo!!!

'


Mungkinkah minyak dagu bagi tujuan menundukkan wanita yang diingini?? sesuai untuk mereka yang player..banyak skandal boleh dapat dengan mudahnya...tapi rosak binasalah iman korang nanti sebab pakai mandrem merepek2 cenggini



Sudah semestinya minyak untuk kereta lorhhh.....

Sangat sensitif kan??

I do not own a car, yet....don have a license either, yet...


So mungkin tak faham dengan beban yang drivers tanggung atau rasa...






Setiap kali harga minyak dikhabarkan akan naik keesokannya, berbondong-bondong, berboyan-boyan, bersesak-sesaklah manusia terus ke stesyen minyak berhampiran pada malam diumumkan...


Macam funfair uols!! sanggup beratur panjang semata-mata untuk isi minyak dengan harga lebih murah selagi masih sempat...sambil mata memastikan jam belum pukul 12malam sambil tu lah sanggup berpusu-pusu tunggu giliran kat stesyen minyak sampai senak perut...


Elok-elok masa kuar rumah minyak kat paras tengah-tengah, last-last tinggal suku...


Hakhak...ok, ada exaggeration di situ....


Selain tuh, mulut terkumat-kamit duk geram....ada yang menyumpah seranah pihak yang menaikkan harga minyak...negara-negara pengeluar minyak?? pakatan?? ouh, tidakkk....sudah semestinyanyang disalahkan the ruler government of Malaysia, kerajaan dacing....!!


Kalau yang ada blog or suka join forum-forum tu, akan terus bantai maki hamun...laungan reformasi terus bergema!! huhu


Saya sememangnya tak tahu pasal minyak, ternyata bukan expert...tapi tertarik dengan mesej yang disampaikan dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah..rasanya berbelas juta rakyat Malaysia merasai fenomena Kak Limah dan Usop Wilcha kan? ramai duk ketawa terbahak-bahak sambil ulang tengok filem tu..


Tapi sayang, tak ramai yang selalu cari mesej yang tersembunyi...filem Mamat Khalid tu bukanlah filem komedi KOSONG dengan lawak-lawak TAK BERMESEJ...andai korang cuma senak perut tiap kali tengok Husin n the gang berlari bila Kak Limah muncul, sadis sungguh pemahaman korang....


Rakyat Malaysia terlalu bergantung kepada SUBSIDI...subsidi itu ini, subsidi dan subsidi...


Bila ditarik balik, ramai yang melenting...ramai marahkan kerajaan...sedangkan hakikatnya mereka sudah terlalu selesa dengan kebergantungan terhadap pelbagai subsidi yang diberikan...


Ada betulnya atau tidak??


Kita mungkin pernah diulit dengan kenyataan bahawa bawang di India lebih murah berbanding bawang di Malaysia, atau.....jangan bandingkan negara kita dengan negara-negara bukan pengeluar minyak, atau...Petronas untung berbilion ringgit tapi harga minyak tetap naik, atau...hari ini jadi kerajaan esok harga minyak turun 5o sen


Jadinya, pakat-pakatlah reramai pangkah roket yang menuju ke bulan demi keadilan rakyat bersama....dacing dah berat sebelah gamaknya...


Huhuhu...


Tapi sensitiviti ni lebih dipancarkan oleh kaum apa anak-anak?? *melayu....apa dia??tak dengar, *MElayu.....!!!


Okeyh!! kenapa ye?? sebab bumiputera bukanlah kaum pemegang kekayaan ekonomi yang besar...kaum apa ye yang menguasai ekonomi??


Tak nak cerita banyak, nanti racist katanya...


Subsidi minyak yang dikurangkan menyebabkan kenaikan harga minyak bagi kita...memang kita akan mengeluh...tahun ni je dah berapa kali kita kena hadapi benda yang sama kan? tapi bersyukurlah bila kita masih dibawah pemberian subsidi...bayangkan kalau subsidi tu ditarik balik 100% sepenuhnya??? rasanya satu negara jadi gila....


Kalau yang ada kata *aku sanggup pindah negara lain dari duduk kat Malaysia harga minyak asyik naik, @$%&*@#$$ lah kerajaan nih!!!


Pergilah...cuba jadi warganegara Singapore ke, Thailand ke, Jepun ke...kannnnn


Hakikatnya orang Thai n Singapore sanggup seberang border untuk isi minyak kat negara nih...


Jangan dek kerana nafsu amarah sebab minyak, rakyat buat tsunami masa Pilihan Raya Umum nanti....saya pun mungkin akan terpengaruh dengan janji kempen penurunan harga minyak, air percuma dan bermacam lagi....


RON 97 sayangku.....


(^.~)


sapa yang setuju, sila angkat tangan macam saya....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...