Followers

Sunday, April 3, 2011

Review : Just Go With It



Jujur katakan, tak konfiden dengan review filem ni pada mulanya...sebab apa? ia merupakan sebuah filem komedi romentik..takut hanya diisi dengan lawak-lawak slapstik yang tak berguna n membosankan...tapi ternyata, meleset...


(^.^)


Btw, ini hanya pandangan tidak professional saya ye...saya hanyalah penonton biasa yang gemar pergi ke pawagam menonton filem-filem baru..huhu...bermula dengan realiti bahawa sebenarnya watak bagi Adam Sandler tu berwajah hodoh dengan hidung yang besarrrr mahu berkahwin dengan seorang perempuan dengan perangai seperti slut...(oooppssSss)




Ternyata, wanita itu tidak jujur dan mengata keluarga Adam Sandler dibelakangnya..dengan kepakaran sebagai seorang doktor plastic surgery dia ubah muka dia bagi nampak hensem..since then, ramailah wanita yang menghampiri dia...


Watak Jennifer Aniston sebagai pembantu Adam Sandler di klinik agak melucukan...seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak...apa yang saya suka dalam filem ini, kedua-dua watak kanak-kanak itu, terutama si kakak...haha...berderai hilaian ketawa dalam hall menonton keletah n gelagat mereka...seriously, tak melampau jika dikatakan, mereka adalah antara tarikan dalam cerita ini..


berlakon sebagai sebuah keluarga untuk menambat hati Palmer

Adam bertemu dengan si cantik Palmer yang menyangka Adam dah berkahwin...so, dengan bantuan Jennifer, mereka berlakon sebagai suami isteri yang sedang dalam proses untuk bercerai...daripada seorang yang tidak berapa pandai bergaya, Jennifer transform kepada seorang wanita yang sangat cantik!




Lakonan mereka terseret sampailah percutian di Hawai (kalau tak silap)...lagi sekali, mereka terpaksa membantu Adam berlakon sebagai sebuah family...bermulalah, kejadian-kejadian melucukan sepanjang holiday tuh...sampai mereka bertemu dengan Devlin, watak bagi Nicole Kidman...





Pembawakan watak sampingan oleh Nicole berjaya menambah seri dalam filem ni...pecah perut menahan gelak bila tengok dia melawak dalam filem ni...haha...


Namun sebernarnya, Adam dan Jennifer baru sedar bahawa mereka sangat mengenali dan memahami diri masing-masing...keserasian yang sudah lama wujud melahirkan perasaan antara satu sama lain....


Yang pasti, saya enjoy menonton filem ini....walaupun tema dan jalan ceritanya kedengaran biasa dan seperti resipi ulangan tapi cara pengolahannya berjaya menambat hati...Malaysia ada tak filem komedi romentik seperti ini?? ermmm.....


4/5 bintang....

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...