Followers

Monday, April 4, 2011

Anugerah Bintang Popular 2010 | Shaheizy Sam

Dengan undian sebanyak 126,128 berjaya melayakkan Shaheizy Sam untuk menang Bintang Paling Popular bagi edisi 2010. Siap bawak mak dia naik atas pentas untuk amik trofi lagi...kelas ko! tak pernah dibuat orang...haha...sempat berseloroh kat Dato' Siti Nurhaliza sebab undur diri...


1. Suka dengan gandingan trio Raja Azura, Sharifah Shahira n Zizan..lawak diorang menjadi walaupun kadang-kadang Zizan bukan main laju benor bercakap..agak kurang cool di situ, nerves kot....well done to the emcees

2. Macam biasalah kan, artis yang naik jadi penyampai trofi suka benor meleret-leret cerita baju ditaja itu lah, muka solekan ini lah, rambut buat khas kat situ lah....choiii!! kalo ada 20 trofi, 20 kali jugaklah agaknya kita nak tengok skrip yang sama ek???

3. Terima kasih kepada Aznil Haji Nawawi, sebab sound setepek masa terima anugerah...stop lah mention baju korang tu dibuat dek sapa!!! bravo Pak Nil

4. Persembahan dek 5 artis komedi tu memang jujurnya saya tunggu...tapi, macam agak hampehhh di situ...

5. Suka dengan persembahan Anuar Zain...siap jadi trend kat Twitter lagik!

6. Anita Sarawak, saya kagum dengan kesihatan anda..vogue giler diva nih!! 

7. Saat untuk diumumkan keputusan kemuncak, digamatkan dengan kemunculan Usop Wilcha n Abi Hurairah...waaaaaa...gamat!!! sumpah saya terbahak-bahak tengok...siap satu Arena of Stars follow trademark tangan si Usop...muahahaha....

8. Persembahan penutup yang saaaaangatlah cute daripada Dato' Siti Nurhaliza...Bukan Cinta Biasa dan Nirmala yang disusun semula arrangement muziknya mengikut beat K-Pop...n waktu lagu Nobody, sorakan penonton sangatlah riuh....haha....*nobody but chiuuuu





Senarai pemenang :~

Bintang Paling Popular : Shaheizy Sam

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat : Dato' Rosnani Jamil

Artis Komedi Lelaki Popular : Zizan

Artis Komedi Wanita Popular : Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular : Shahir

Artis Baru Wanita Popular : Ana Raffali

Artis Nasyid Popular : Rabbani

Artis Berkumpulan/Duo Popular : 6ixth Sense

Penyanyi Lelaki Popular : Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular : Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular : Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular : Lisa Surihani

Pelakon TV Lelaki Popular : Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular : Fasha Sandha

Pengacara TV Lelaki Popular : Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular :Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular : Fara Fauzana

Anugerah Artis Mobile : 6ixth Sense

Untuk penutup entry, meh kita layan persembahan istimewa daripada Siti Nurhaliza...
(^,~)

video

7 comments:

  1. Terbaik..!!! Datuk Siti Nurhaliza ld comel semalam..

    ReplyDelete
  2. suke usop wilcha :)
    tahniah sam !!

    do follow me (tengokunoai.blogspot.com)

    ReplyDelete
  3. yeap . tersangat lah comel siti punye persembahan . suke tengok . :)

    ReplyDelete
  4. yeap . tersangat lah comel siti punye persembahan . suke tengok . :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...