Followers

Thursday, March 10, 2011

Review : Hikayat Merong Mahawangsa


Hurm. Tengok daripada poster macam gah sangat kan? Apatah lagi dicanang sebagai filem epik Malaysia paling hebat pernah dihasilkan. Produksi yang besar dengan impian menggunung, sampai bersusah payah untuk ditayangkan ke 72 buah negara.


Hebat!! Memang ada cita-cita besar KRU Studio. KRU layak untuk menjadi kebanggaan negara. Maju lagi setapak industri perfileman Malaysia. 


Tapi macam mana dengan kualiti filem ni? Bermula dengan agak perlahan, pengenalan kepada watak Merong Mahawangsa itu sendiri. Tapi masa ni, semacam 'kurang' feel masa perutusan yang melibatkan dua kerajaan besar iaitu China dan Rom dalam mengeratkan hubungan diplomatik dorang. Visual memang cantik, kesan bunyi pun dah bagus.....


KRU berani datang dengan bajet yang sangat tinggi. Set memang lain daripada yang lain. Kalau filem Malaysia sebelom ni ada set yang ala kadar macam setakat letak daun-daun layu dan ranting-ranting reput...kali ni filem epik ni hadir dengan set-set yang besar dan boleh dikatakan setanding dengan produksi luar negara.


Skor muziknya bagus! Kalau tak silap ada mintak khidmat Simfoni Kebangsaan Malaysia ye?? Correct me if I'm wrong! Kualiti yang sukar dicari dalam filem-filem Malaysia.


Kesan khas?? Agak geli geleman tengok adegan lawan yang melibatkan darah terpercik sana sini. Hebat! Tapi ada yang masih boleh diperbaiki. 


Jalan cerita?? Sejujurnya kadang-kadang bosan uols nak menunggu scene seterusnya. Macam kata-kata semangat si Merong kepada orang-orangnya masa nak berperang dengan puak Garuda. Amekkkk ko!! Panjang berjela macam ceramah ahli politik nak bertanding kat pilihan raya. Ada masa jugak, dalam penonton diulit dengan bahasa-bahasa indah yang penuh kiasan tetibe rasa....'eh???bila nak habis cakap nih??'




Menguaplah beberapa kali....


Watak Merong bukanlah yang paling kuat atau berkesan. Pada masa nak berlagak macam hero yang cool ala-ala Legolas dalam Lord of The Rings, rasa menyampah tengok Merong yang kaki perempuan itu. Dialog Puteri Kerajaan China dan dayangnya tak berapa nampak real bila bercakap Bahasa Inggeris. Very da Malaysia moden punya style!! Berbanding watak puteri, lebih rela tengok si dayang yang kelakar tuh! Tahniah kepada Khir Rahman dan Dato' Rahim Razali atas pembawakan watak yang tenang dan penuh karakter.


Rasa-rasa berbaloi tak?? Bercampur baur...dengan penonton asyik kuar masuk lepas satu jam filem bermula, dan ada pasangan yang keluar terus tak masuk-masuk, filem ni sememangnya lain daripada yang lain. Satu saja yang perlu dipandang serius, iaitu jalan cerita dan pengisian plot....apa-apa pun, tahniah kepada KRU Studio atas usaha keras anda!! Kredit diberikan untuk itu.....

4 comments:

  1. ohhh.
    macam tuu ke.
    poster gempak. tp, yg blck&white lah.

    ReplyDelete
  2. best pe cte die..tapi up pada diri seseorang.. myb penuh kata2 indah kerana pada zaman itukan mmg bahasa dorg mcm tu..lebih nampak realistik.. n mugkin bole diperbaiki
    but i will give 5 stars!

    ReplyDelete
  3. gitu ek??
    tak kisah lar..
    nk p layan gak..
    =)

    ReplyDelete
  4. gitu ek??
    tak kisah lar..
    nk p layan gak..
    =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...