Followers

Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Teater Tun Siti Hasmah Memukau!


"Bermadu dengan perempuan lain sakit rasanya,
tapi saya bermadu dengan rakyat peritnya ada nikmatnya pun ada." - Teater Tun Siti Hasmah

Ini sambungan kepada previous entry. Paginya kita tengok Istanbul Aku Datang, n malam kita get ready ke Istana Budaya tengok Teater Tun Siti Hasmah pulak. Kita naik cab je senang kan memandangkan kereta tak ada....huhu

Pak cik teksi tu stopped betul-betul dekat depan Istana Budaya. Ramai juga orang. Sampai-sampai je kita terus settled kan tiket dulu memandangkan kita beli tiket secara online, so kena collect tiket dulu. 

Kita sampai boleh kata on time jugaklah. Crowd penonton belum dibenarkan masuk lagi, semua masih menceceh happy amek gambar sakan...kami pun sama! hehehe

Dekat sini kalau ikut procedure, sebelum pementasan bermula kita kena masuk 15 minit sebelum show. Kalau datang lambat? Kena 'quarantine' dulu. Later bila masa sesuai baru diorang let us in dengan guide oleh pekerja-pekerja mereka.

Jangan risau kalau tersesat ke, tak tahu arah mana nak pergi terutama untuk first timer, juz tanya dekat pekerja-pekerja Istana Budaya they will assist you. Hanya ringankan mulut untuk bertanya, jangan malu kalau malu sesat jalan lerrr...haha

Pujian wajar diberikan kepada pekerja Istana Budaya sebab begitu friendly n sangat membantu.



Wanita-wanita UMNO di situ.




Ko boleh nampak tak ada Rafidah Aziz situ? haha



Kemunculan Syanie walau sekejap tapi dapat tepukan gemuruh wey! Lucu n soooo cute dia tuh.



Azizah Mahzan was superb lakonannya. Dia memang pelakon yang bagus.



Nazim Othman sebagai Tun Dr Mahathir sewaktu muda.



Esma Daniel pegang watak Tun Dr Mahathir dewasa. Magawddd lakonan dia sangatlah bagus. Ada kala nampak tenggelam sikit peranan Eja bila ada Esma Daniel.



Eja sebagai Tun Siti Hasmah. Rasanya ini kali pertama ea dia berlakon teater? tapi no doubt she's a very skillful actress. Cara dia berjalan, cara dia bercakap memang nampak cubaan dia untuk menghayati watak Tun Siti Hasmah itu. Btw, Lisa Surihani pegang watak Tun Siti Hasmah sewaktu muda. 



Erma Fatima sebagai pengarah. Manakala adiknya Umie Aida selaku penerbit.



Secara keseluruhannya Teater Tun Siti Hasmah tempoh hari di Istana Budaya adalah satu pementasan yang begitu mengkagumkan. Kredit harus diberikan kepada seluruh produksi yang terlibat.

Antara babak yang begitu memberi kesan adalah sewaktu,

  • Tun Siti Hasmah bertugas sebagai doktor muda, berbekalkan semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat beliau menggalas tanggungjawab walau berdepan dengan situasi sukar pada zaman itu.
  • Ketika Tun Mahathir dilanda kontorversi dan khianat mereka yang cuba menjatuhkan beliau dalam politik. Waktu ini kita boleh faham perasaan Tun Siti Hasmah sebagai isteri yang sentiasa ada bersama suaminya ketika susah dan senang.
  • Pemergian Tun Siti Hasmah ke Iraq atas permintaan suaminya yang mana memperlihatkan ketaatan beliau dan dalam masa yang sama kebijakan Tun Mahathir dalam merancang sesuatu.
  • Scene kemuncak adalah perletakan jawatan oleh Tun Mahathir sewaktu Perhimpunan Agung UMNO. Wow, aura dan penghayatan Esma Daniel waktu ni sangat hebat! Kita seolah-oleh 'melihat' peristiwa itu semula di depan mata. Apatah lagi, barisan pelakon yang dipilih 'sebijik' macam yang sebenar. Yang paling jelas watak Rafidah Aziz dan Shahrizat.



Tuesday, November 27, 2012

(Review) Istanbul Aku Datang! : Soooooo Sweet!!


Ini adalah kerja gila. Tak pernah dibuat dek aku. Dalam satu hari, dalam tempoh yang singkat terkejar-kejar ke sana ke mari. Waktu ni 14 November hari Rabu. Hari Isnin tu dah terbeli (terbeli ke??) tiket Teater Tun Siti Hasmah dekat Istana Budaya. Mudah je beli via online. Tak kuasa lah aku heh nak beli dekat kaunter mana-mana yang ada disediakan tu. Tak ada masa.

Waktu hari Rabu tu kita punya show pukul 8.30 malam, so waktu siang n petang tu boleh lah kita plan buat apa yang patut kan. Mula-mula ingat nak kemas rumah n masak segala sekali tiba-tiba idea gila plus mengada-ngada datang dalam kepala otak yang geliga ni...haha

Disebabkan termakan dek hasutan promosi filem Istanbul Aku Datang dekat tv n siap trending tiga hari berturut-turut dekat Twitter, aku terpaksa mengalah. So pepagi buta hari Rabu tu dah bangun awal. Dah check tiket n beli dekat website GSC. Show paling awal pukul 12pm kita terus beli. Dalam kul 11 pagi dah sesiap menuju ke Times Square.



Sempat usha tengok orang sebelah makan apa tuh sedapnyaaaaaa....



Gigit jari tengok akak tu pakai Galaxy Note! bestnyaaaaa....bb aku yang dah rosak tu masih belum repair lagi..sob sob :(



Hall penuh!! dah lama tak tengok filem Melayu ditonton dengan begini ramai. Last time tengok Zaiton Sameon alahaiii setakat 5 orang je. Sadis!

Aku memang suka dengan karya Bernard Chauly. Dia ada sentuhan 'urban' dalam filem-filem dia. Lihat saja Pisau Cukur dan Gol & Gincu, masih antara fav!



Too bad ramai yang memang expect Fazura berlakon dalam cerita ni, tapi takpelah Lisa Surihani best jugak. Dia bawa watak Dian dengan cukup baik sekali. Comel, cepat gelabah, jujur dan periang. Itu dah cukup buat kita suka dengan watak itu.



Watak Beto Kusyairy sedikit lebih menonjol daripada Tomok. Aku sendiri memang prefer watak Lisa tu di'kenen'kan dengan watak Beto. Nampak lebih serasi n comel. Not to mention, watak Tomok tu waktu klimaks nanti sangatlah annoying! haha 

Eh aku cakap pasal watak diorang dalam filem tu ye, bukan in real life...huhu

Secara ringkasnya, filem Istanbul Aku Datang mengajar kita beberapa perkara dalam hidup dan juga perhubungan. Ada masa orang yang kita rancang dan mahu bersama sejak sekian lama sebenarnya tidak layak untuk cinta kita. Sebaliknya ada orang lain yang lebih menghargai diri kita. 

Filem ini sangatlah sweet! 

(^.<)

Rating : 4 bintang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...