Hamagawddd excited nak ke Mid Valley for lunch n movie. Disebabkan saya adalah pengunjung tegar area Bukit Bintang so rasa mall kawasan lain macam Mid Valley tu asing sangat...hehe
Tak berapa suka pergi sana sebab the easiest way to reach there from my place is by KTM. Yes KTM yang super-siput, maha azab dan lambat itu. Walaupun dengar cerita dah ada set train baru yang cantik tapi kononnya sistem perkhidmatan masih seperti waktu jajahan British. Betul ke? Itu apa I dengar ler daripada rungutan kawan-kawan di Twitter dan Facebook.
Bersyukur sangat, alhamdulillah, dapat naik koc baru yang serba moden tak macam yang lama. Bersih itu pasti dan bagus. Tapi? ye memang yang tak bestnya we had to wait for more than 30 minutes. Ini rasanya ok lagi waktu nak pergi sebab mood masih segar bugar kan. Tapi bila nak balik malamnya haaaaa yang itu memang parah! Terpaksa lepaskan pergi satu train sebab penuh sendat dengan orang, so dengan muka sedih kena tunggu train lagi satu. Eeeeeee kena menunggu itu satu hal yang biasa, tapi dari segi masa itu memang mengundang marah. Bukan lambat tapi lembab.
Dah takmo spoil mood pasal KTM lagi, sudah cukup sudah hehehe jom kita ke Delicious! ;)
Aku suka pergi Delicious tempat untuk santai-santai makan dengan tenang. Keadaannya yang agak spacious but comfortable and warm itu menyenangkan. Sambil bergelak ketawa with our family or friends having nice cosy chat, best kan?
Cantik.
Pilihan cake dekat sini sangat best! Selain dekat menu, korang boleh tengok sendiri dekat bahagian display for cakes tu.
Masa ni amek Pavlova dengan Red Valvet Cake.
Nah hamek seketul Red Valvet nih...yummmyyy sedap kan? hihi favourite nih
Tak ingat pulak harga dia. Rasanya untuk Pavlova dalam Rm13 macam tu, ni pun lebih kurang sama kot.
Kalau belum pernah cuba, pergilah. Pasti suka. Delicious ada beberapa cawangan di KL ni. Cuba Google ;)

