Followers

Friday, August 29, 2014

KLIA2 ke Melbourne Airport ke Burwood!


First time jejakkan kaki dekat KLIA2. Wow. Besaq gilahh! Sampai awal gila. Flight pukul 1.40 petang macam tu tapi seawal pukul 9 pagi dah keluar rumah pergi Bandar Tasik Selatan ambil ERL dekat situ. Actually masa beli tiket dah ambil sekali Aerobus Air Asia yang ulang-alik dari KL Sentral pergi KLIA2 tu. Tapi rasa malas nak heret luggage naik train pastu tukar monorail bagai tu tebal nauzubillah. Sanggup bayar RM26.50 naik ERL. Senang. BTS pun dekat je dengan rumah so a better option lah.



Sampai awal sangat kaedahnya jalan-jalan lah dulu. Bagus juga awal sebenarnya sebab tidak terkejar-kejar. Lebih baik cepat daripada lambat naya!



Ramai member nasihat juga kalau pergi KLIA2 baik pergi awal sebab besar n jauh nak ke gate. Ok mula-mula tidak percaya. Kekonon macam 'Eleh how far could it be? Satu padang bola sepak? Tidak mungkin lah. Heh.'

Haaaa begitu.

Tapi sebab Tuhan nak tunjuk juga agaknya hikmah pergi awal tu memang ternganga lah mulut *hiperbola ye* sepanjang dekat dalam tu. Besorrrr nak dibandingkan dengan LCCT yang macam Terminal Bas Pudu before renovate dulu. 




Besar dan banyak kedai macam shopping mall. So kau yang first time pergi sana silalah datang awal. Baru kau nak jalan sikit, kau akan berhenti hendap segala macam tok nenek makanan, aksesori dekat sana. Kau jalan sikit, kau berhenti lagi tengok baju lah apa lah. Rambang mata!




Cantik gila. Tapi nak kata macam lagi cantik daripada Changi Airport dekat Singapore tu tidak sure pula. Sebab Changi macam lagi gah ke camne kot. Tapi KLIA2 memang best!




Dan iya. Mereka betul. Daripada selesai check in nak ke gate hoi jaaaaaaaaaaaaaaaaaauhhh gilaaaaaaa!

Nasib baik dekat dalam tu banyak kedai dan paling penting toilet dia bersepah dan banyak. So bila nak terkucil tidak perlu kau berlari-lari anak menggagau cari toilet. So nak kill the time sementara nak boarding tu berborak lah dengan passengers lain sesambil main hp n selang-seli dengan baca buku.



Sejujurnya kan, nervous sangat nak pergi ni. Sudah lah jauh ke negara kangaroo sesorang. Pastu ala-ala trauma pasal dua berita sedih yang melanda MAS. Well definitely semua orang tahu pasal apa kan. Tambah pula tahun ni bukan setakat MAS, insiden melibatkan kapal terbang pun terjadi dekat airliner yang lain. So rasa risau tu memang ada. 


Even ada sedikit problem masa nak boarding yang agak mencemaskan sebab agen yang buat visa terletak nama pendek aku n boarding pass tapi semua settle dengan bantuan staff Air Asia. Ok lah setakat ni n sebelum ni naik AA tidak pernah ada masalah, staff dia semua agak helpful n friendly. Disebabkan diorang takut aku kena hantar Malaysia semula bila sampai Australia dengan kastam dekat sana so cecepat diorang selesaikan masalah tu. Gigih. Ye sangat gigih dan helpful gila. See? Siap ulang dua kali ni. Bukan seorang dua tapi lebih 5 orang lah yang attend dengan orang immigration ke kastam sekali. Alhamdulillah, thanks again korang!



Eh perasan tidak ni ada dua meals? Ok memang sengaja ambil. Bukan sengaja sangat lah haha sebab waktu beli tiket tu memang terus beli dua sebab takut lah tidak cukup beli satu je. Sebab flight 8  jam kot. Nak beli dekat dalam flight mahal sikit n kena ada cash so malas. Sebab bila nak keluar bukan bawak banyak nauu cash ringgit.

Nasi Lemak Pak Naser Air Asia memang wajib sebab sedap. So untuk second meal ambil Vege Biryani Mix. Ok ini menyesal sikit sebab tidak berapa berkenan. Btw aku maximize setiap meal so dapat air kotak n coklat kek. Ok lah tidak menyesal sebab sedap. 

Pergi balik ambil dua meal so tetap 4 meal sama dengan RM90. Hurmmmm okayh.


Yeayyyyyy dah sampaiiiiii! Alhamdulillah. Ini dekat Southern Cross Station.

Daripada Melbourne Airport ada bas pergi station ni namanya Skybus. Harga pergi balik $30. Kalau beli return ticket pastikan simpan ye tiket tu.



Sampai sana pukul 11.30 malam. Ikut plan aku kena tunggu dekat Hungry Jack's situ sebab member akan ambil pukul 5.30 pagi. Sebabnya train hanya ada pukul tu. So nak tidak nak memang kena tunggu. Hungry Jack's ni ala-ala Burger King gitu lah.

Tapi dia buat surprise tetiba terus muncul haaaaaa nasib baik!!! hahaha so kitorang duduk lepak dekat situ tidak makan tidak minum pun sebab tidak halal. Sambil tunggu pukul 5.30 pagi tengok movie dekat laptop. Sambil juga tengok orang sana ke hulur ke hilir.



Nasib baik bawa sweater hitam ni sebab sangat berguna. Sejuk oi!

Sudah pukul 5.30 terus topup kejap kad Myki untuk train n tram dalam $40 kot. Myki tu macam ala-ala RapidCard kita lah. Now daripada city kita pergi ke Burwood rumah member. 




Begini rupanya.





So plan dia sekarang pergi ke Burwood, tidur-tidur kejap n mandi pastu keluar balik ke Melbourne City.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...