Followers

Monday, June 16, 2014

Koleksi Baju Raya 2014 ZALORA Malaysia


Memandangkan kurang daripada dua minggu sahaja lagi kita nak menyambut bulan Ramadan, so nak tanya soalan yang agak valid iaitu 'Korang dah buat persiapan Hari Raya?' 
haaaaaaa tidak kisahlah apa jawapannya sekali pun pasti korang akan dapati blog post kali ini akan disukai! Bagi yang sudah sesiap hantar baju raya dekat tukang jahit rasmi family tidak apalah anggap je entry kali ini tempat untuk korang lepas geram cuci mata sesaje atau paling tidak pun tempat menambah informasi terkini. Haaa gituh.

Bagi yang belum buat persiapan raya walau satu apa pun, macam aku, mesti banyak alasan dah kita sesiap karang untuk jawab dekat orang bila kena tanya kan? Walaupun secara azalinya kita terdiri daripada golongan yang kreatif, tetiberrr, dan selalu ada je jawapan nak dijawabkan balik tapi kadang-kadang penat juga nak ulang benda yang sama, betul tidak?

So nak tidak nak kenalah juga jawab dan rasanya paling mudah adalah dengan actually...buat persiapan tu. Alarh dik cari je lah apa je yang kau perlukan. Nak beli perabot baru untuk rumah? Call je Court Mammoth. Nak order kuih raya atau biskut raya? Whatsapp je kawan-kawan rapat secara berjemaah mesti ada yang tahu mana nak cari. Tapi bila bab nak cari baju raya ni rasanya paling mudah. Sebab apa? Kalau korang jenis malas nak pergi ke Jalan TAR atau shopping malls, boleh je beli baju raya terbaru secara online. YES, online! Lagi satu, kalau nak tahu website online shopping Malaysia yang paling popular iaitu Zalora Malaysia adalah destinasi fesyen online terkini yang utama bagi para pencinta fesyen. 

Di laman sesawang Zalora Malaysia korang boleh dapatkan pelbagai koleksi baju raya terkini dan juga koleksi eksklusif antara Zalora dan beberapa nama atau jenama terkemuka yang cukup popular.





Bagi peminat Jovian Mandagie korang boleh tarik nafas lega sebab dek kerana sambutan yang hangat bagi koleksi baju raya 2013 Jovian for Zalora, kini mereka kembali dengan kolaborasi yang lebih istimewa dikenali sebagai Chantilly. Kalau nak tahu inilah antara koleksi baju Muslimah online untuk raya yang paling laris dan kawan aku sendiri beli yang biru nombor dua tu bila sudah available dekat www.zalora.com.my. 





Semasa musim perayaan Tahun Baru Cina yang lepas Melinda Looi ada buat kerjasama dengan Zalora dan kali ini koleksi mereka lebih istimewa kerana memperlihatkan pembabitan artis terkenal untuk koleksi Diana Danielle X Emel By Melinda Looi. Dan untuk lagi sekali, ye, kawan aku beli yang warna hijau nombor dua yang ada dual tone tu. Gigih ye. Meriah raya korang tahun ni.





Koleksi Rizalman For Zalora untuk Hari Raya Aidilfitri 2014 adalah antara yang paling ditunggu-tunggu. Kenapa? Sebab branding 'Rizalman' itu sendiri kot. Semasa dilancarkan, koleksi baju raya Rizalman telah menerima pujian bahkan daripada para pengkritik fesyen. Menambahkan lagi elemen 'hype' kepada koleksi ini bila menampilkan ramai barisan artis popular seperti Scha Alyahya, Fara Fauzana, Amber Chia, Dayang Nurfaizah, Elfira Loy dan banyak lagi. Secara peribadi, aku rasa koleksi beliau adalah antara yang paling menarik sekali!






Untuk lelaki pun ada tahu siap dengan aksesori lain termasuklah sampin juga. Selain daripada itu ada banyak lagi jenama lain yang menawarkan pakaian Muslimah atau dress Muslimah untuk Hari Lebaran, apa yang korang perlu buat adalah rajinkan diri sahaja ke website Zalora Malaysia. Sebelum korang mula nak berangan makan segala jenis hidang raya macam lemang, ketupat dan rendang semua tu lebih baik pergi beli baju raya murah online daripada Zalora dahulu. Beli baju kurung, baju kurung moden, baju peplum kurung moden, baju peplum, kaftan, jubah dress, jubah moden, baju kebaya dan baju Melayu online. Serikan Syawal anda dengan koleksi baju raya 2014 terkini daripada Zalora!










1 comment:

  1. Cantik2 baju dan pilihan di sana. kalau perempuan mesti syok shopping sakan online

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...