Hurmmm...abang oi cepatlah naik. Lambat nau! Tazzzabar nak fly pergi Kota Singa nih!
Yeayyy dah sampai!
Dah lama tidak pergi sini. Last dulu zaman kecik-kecik kot waktu fasa umur yang memang kau tidak akan ingat apa-apa kecuali botol susu fav kau! hahaha. So maknanya it was sooooooo long time ago. Apa yang buat aku tidak sabar adalah : Macam mana agaknya rupa Singapura sekarang? Betul ke bersih? Haaaa lebih kurang itu lah.
Even Singapore tu cuma sekangkang kera je dengan Johor tapi ini first time kot pergi negara orang sendiri tidak berteman. Sedangkan dekat depan rumah sendiri pun boleh jadi macam-macam apatah lagi dekat tempat orang yang kita tidak biasa kan?
Tapi alhamdulillah semua baik-baik aja masa dekat sini. Bila fikirkan balik terus timbul perasaan macam 'Eh best juga kalau merantau cari kerja dekat sini kan?' hahaha almaklumlah dekat negara sendiri asyik kena ugut dengan pak-pak menteri yang hati kering ugut suruh pindah keluar negara bagai. Khennzzzzzz.
Tapi alhamdulillah semua baik-baik aja masa dekat sini. Bila fikirkan balik terus timbul perasaan macam 'Eh best juga kalau merantau cari kerja dekat sini kan?' hahaha almaklumlah dekat negara sendiri asyik kena ugut dengan pak-pak menteri yang hati kering ugut suruh pindah keluar negara bagai. Khennzzzzzz.
Masa dekat Changi Airport daripada waktu turun sampai nak amek cab semua urusan dipermudahkan Allah. Plus dibantu orang-orang dekat sana yang cukup peramah dan membantu. No kakak-kakak bertudung tapi muka mencuka bila kita tanya dia soalan and direction sebab kita kacau dia berborak dengan kawan sekerja pasal plot drama Akasia terbaru dekat TV3. *facepalm laju-laju!*
It's all about mentality dan culture. Orang dekat Malaysia yang bekerja dalam bidang customer care atau hal-hal berkaitan urusan dengan customer atau pengunjung rata-rata anggap kerja diorang membebankan dan tidak seronok. Lantas terdengarlah segala jenis aduan pelanggan tidak puas hati dengan layanan.
Satu lagi tentang adab dan perangai. Kebanyakkannya orang Islam yang kerja tapi adab dalam perbualan memang out. Sedangkan dalam agama setiap apa kita buat harus mengikut tata tertib adab. Even nak buang air kecil dekat toilet awam pun harus beradab - adab bersuci, adab penggunaan harta benda awam, adab kebersihan etc.
Betul tidak? Agama itu indah dan cukup sempurna tapi kita yang memeluk agama itu sendiri memang tidak sempurna penuh dengan cacat cela. Tapi kita harus atasi kekurangan itu.
Eh terbagi lecture pulak ;p
Btw dari airport nak ke hotel aku plan nak ambil cab je sebab senang kan. Kau masuk, bagi address pastu rilaks tinggal nak sampai je. Bila tengok jenis-jenis cab yang ada aku siap rasa macam nak ambil cab mewah or limo pulak kan. Over nau!! hahaha
Tapi nak jimat duit. Even company tanggung tapi tidak kan nak pergunakan kemudahan tu macam tu je kan. Tidak bertanggungjawab betul. Pekerja yang uruskan hal transportation tu nasihatkan aku ambil shuttle bus je. Sebab sama mudah tapi murah juga. $8 macam tu je kalau tidak silap. Shuttle bus dia sangat comel! Lupa pulak nak ambil gambar. Yang penting dia hantar betul-betul sampai depan hotel.
Sampai hotel lepas mandi manda, contact mama semua bagitahu dah sampai and dekat orang-orang company terus choww pergi jalan-jalan.
Staff hotel siap bagi map and additional map and note diorang tulis sendiri bagi aku faham. Baik sungguh!
Tempat pertama aku tuju was Bugis Street. It's like our version of Petaling Street (kot) tapi lebih hype, bersih (of course!), more festive sikit. Banyak gila orang dekat sini n paling penting barang-barang untuk shopping kat sana super duper best!!
Pilihan barangan dia macam dekat Sungai Wang atau Times Square sebenarnya tapi lebih menarik daripada segi kualiti dan variety.
Meriah gila kedai jual air buah ni. Pelbagai jenis jus ada dekat sana.
Memang murah and or course kualiti dia not as good as big brands punya tapi macam meleleh air liur nak beli juga. Hahaha. Tapi end up tidak beli pun sebab dah sampai hujung baru terfikir nak beli. Nak patah balik macam....ermmm...issokey lah!
Honeydew dari Malaysia pun ada! Tapi aku beli strawberry tu buat basah tekak sementara usha-usha barang dekat celah-celah laluan dalam Bugis Street tu.
See?? Tengok harga dia and kualiti serta variety dia. LAWA gila beb! Dekat Malaysia pesen Kpop-tidak-menjadi yang bermaharajalela. Lepas tu design entah apa-apa dengan harga merepek.
Pada pendapat aku harga barang dekat sana lebih diterima akal berbanding Malaysia dengan kualiti yang bagus. Masa ni rasa macam nak rembat sehelai dua kan tapi tahan je rasa nak beli tu sebab takut nak spend dekat benda lain and now rasa menyesal tidak rembat aje....
Sob sob..
Berhenti kejap rehatkan kaki dekat McD tu. Lagi pun tu je tempat yang aku rasa tidak was-was untuk makan.
Malay Street, Singapore.
Alamak tidak ingatlah ni kawasan apa. Tapi dekat dengan Bugis Street and MRT. Kalau tidak silap dari sini boleh tembus tempat-tempat lain tapi maaf tidak ingat. huhu.
Tapi aku suka dalam ni. Ciri-ciri bangunan dia unik. Moden bertembung dengan klasik lama. Agak unik di situ.
Service untuk MRT dia memang tip top dan selesa.
BERSIH gila!!! Kalau kat Malaysia ada juga 'Bersih', tapi lepas habis berhimpun tinggal segala jenis sampah sarap bertan-tan. Ironi ke tidak? hewhew
Actually Singapore tidak sepanas Malaysia or Kuala Lumpur kot. Sebab dekat sana banyak gila pokok. Cuaca dia mungkin tidak menentu tapi rasa redup je sebab kat mana-mana ada pokok rendang yang jadi tempat berteduh. At the same time rasa lebih sejuk sikit dan bukan panas membahang. Ini serious.
Sebab tu diorang selamba badak je main buai, duduk dekat tepi tu waktu tengah hari.
Rakyat dia berdisiplin dan patuh dengan rules set by the government. Called as the Fine City, Singapore memang sangat mementingkan kebersihan. Tengoklah dekat segala jenis segenap pelusuk ada je kamera. Bukan setakat satu dua bijik tapi berbijik-bijik! Segala pergerakan kau memang diperhatikan gitu kaedahnya. Diorang dah terbiasa dan terbentuknya habit untuk patuh peraturan dan undang-undang. Lalu negara diorang memang sentiasa nampak cantik dan terjaga.
Kalau dekat negara kita? Tengah-tengah jalan pun orang boleh buang satu plastik besar sampah tepi jalan. Many Singaporeans buat macam ni bila masuk Malaysia atau Johor, yes true, tapi shame on Malaysians yang tidak reti jaga kebersihan negara sendiri. Kita marah orang buang sampah merata-rata tapi kita tidak tunjuk akhlak yang baik dekat negara sendiri. Kelakar kan?
Berehat sebentar bersama Chicken Roll & Cheese Sandwich before teruskan perjalanan tengok Merlion!
(^.^)
No comments:
Post a Comment