Followers

Tuesday, November 26, 2013

Nasi Daun Pisang Devi's Corner, Bangsar


Seronoknya kerja tempat sekarang ni bila flexible waktu bekerjanya. Bila masa nak keluar ke apa terpulang asalkan kerja siap! So last week kitorang ramai-ramai plan ke Devi's Corner dekat Bangsar.

Sangat famous kedai ni sebab uniknya diorang hidangkan makanan atas daun pisang. Konsep ala-ala tidak pakai pingganlah camtu. 

First time aku pergi situ. Eh bukan aku sorang, even Jun the Chinese girl kat atas ni pun xpernah datang sini. Memasing excited!



Bila pekerja dia mula susun daun pisang n letak benda-benda macam kat atas ni muka memasing nampak excited gila! 




Lepas tu diorang bawak pulak empat biji bekas dalam dia ada isi pelbagai jenis kari kalau tidak silap. 

I was just being curious sebab first timer kan, cuma tanya 'Ini apa ye?'

Dia tuang wooshhhhhh terus kuah atas nasi. Muka masing-masing macam 'What the??' Hahaha

Aku tanya lagi 'Ouh yang ini apa pulak ye?'

Woooshhhhh dia tuang lagi. Aku terus 'oh ok, ok, cukup untuk saya'

Semua ketawa. Kalau aku tanya lagi mesti dia tuang lagi yang lain-lain. Heh.



Raaaaamaiii gila! Tidak boleh duduk lama-lama sebab kesian orang lain tidak dapat duduk



Bila ramai, susah jugaklah nak order. Apa kita order pun ada juga tidak sampai. Stress jugaklah.



Masa untuk membayar. Ini problem jugaklah sebab kita ramai kan so kena meeting macam mana nak bayar. 




Total ni berapa ea, lupa lah. Dalam RM7 ke Rm14 macam tu kot.

Sedapppppp gila. Kalau yang macam cili tu boleh makan macam tu je. Krapp krupppp rangup je.



Lepas habis terus masing-masing bergegas balik ke office. Eh eh tapiii? Kita ter'stuck' dekat Bangsar Village sebab berjalan sekejap before nak ke parking. Hahaha. Sempat tengok baju lah itu lah kan.

Tidak campur lagi dengan traffic jam all the way from Bangsar ke office. Lambat jugaklah sampai ke office. Tapi bukan selalu kan? Kerja pun masing-masing make sure siap before balik rumah so tidak ada isu lah balik dari lunch lambat. We had fun makan luar sama-sama even tidak semua dapat join, bergelak ketawa, hilang kejap stress pasal kerja. Satu jenis terapi jugak lah. hahaha



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...