Followers

Thursday, September 26, 2013

Bekas MB Kedah, Ustaz Azizan Meninggal Dunia


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Kedah pada pukul 11.15 pagi (26 September 2013).

Jenazahnya dikatakan akan disembahyangkan di Masjid Markas PAS kawasan Pokok Sena selepas solat Asar petang ini. Jenazahnya pula  akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum.

Seorang yang cukup disenangi baik daripada ahli partinya sendiri mahupun pihak lawan. Seorang lelaki yang cukup baik dan tentunya ahli politik yang cukup bagus dengan pegangannya sendiri. Beliau ketika hayatnya berjaya meyakinkan kepada semua bahawa permusuhan tidak sepatutnya berlaku walau berbeza pendapat politik dan fahaman. Malah tiada siapa mampu membenci beliau. Terbukti sewaktu beliau jatuh sakit ramai yang melawatnya dan menziarah bertanya khabar. Beliau akan terus diingati terutamanya oleh rakyat Kedah.

Takziah kepada keluarga dan teman rapat bekas Ustaz Azizan. Moga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman di sisi Allah. Amin. Al-fatihah.






1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...