Followers

Tuesday, July 2, 2013

Zalora Malaysia & Koleksi Raya Hatta Dolmat RTW bersama First Lady



Zalora Malaysia bersama Hatta Dolmat, pereka fesyen terkenal Malaysia telah menjalinkan kerjasama untuk koleksi terbaru beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang diberi nama #Hattartw - Hatta Ready To Wear

Kerjasama ini turut melibatkan butik terkenal First Lady yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Majlis perlancaran yang bertempat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur itu berlangsung dengan jayanya! Congrats Hatta ;)


Haaaa kisahnya begini. Petang Sabtu 29 Jun hari tu dah plan awal-awal nak pergi ambil barang business Furla Candy Bag customer dekat area Wangsa Maju. TAPIIIIII sebab aku dari area Bukit Jalil n keluar rumah lambat so memang sedihhh lah sebab kena hadap traffic jam area stadium tu. Segala jenis manusia ada dari both negeri Johor n Kelantan. Macam-macam ragam ek orang-orang tengok bola nih. Meriah betul. 

So entah macam mana pukul 5.30 pun masih belum nampak tanah Wangsa Maju tuh. Last-last terpaksa cancel sebab supplier pun kena bekejar kot buat kerja lain. Plus atas dasar simpati takkan aku nak hold activity dia kan so kita kautim  plan hari lain. 

But but.....tengah duk dalam stress layan sesak lalu lintas tu tetiba dapat tweet daripada Hatta invite pergi fashion show dia nih. Mula-mula macam ragu-ragu sebab sempat ke? Plus memang pakai cincai je petang tu makanya kalau nak pergi memang kena balik rumah tukar baju semua. 

To cut it short, even belum call no diorang untuk confirm rupanya dia dah sesiap saved two seats for me. Ok lah yukkkk kita pergi. Kita tukar plan untuk aktiviti petang n malam dengan attending fashion event itu. 

Plus I know my colleague mesti ada sebab Zalora Malaysia terlibat. hehehe


Meriah dengan orang dan makanan. Oihhhh sedap betul catered foods dia.


Ouh nampak tak that lady kat tiang dress merah ini? Siapa itu? Itulah the famous blogger jutawan Redmummy !! hehehe beliau antara reason kenapa aku decide untuk datang. sebab aku tahu dia turut ada untuk majlis nih. excited tahu nak jumpa dia sebab beliau adalah main reason kenapa aku kembali aktif berblogging waktu 2010-2010 dulu lepas hampir dua tahun tak menulis. 

Tak sempat bergambar, tak sempat berborak lama sebab....memang tak sempat. Dah banyak kali aim nak cuit tegur dia tapi dia tengah berborak dengan orang-orang lain so kena hormat ye idok. Tapi diberi kesempatan untuk terjumpa dengan dia dekat lif waktu nak balik. Terus aku grab nak salam tangan dia. 

Hye Kak Red!

Eh. Siapa ni ye?

Saya Izz, blog reader akak.

Izz? Izz mana ea? 

Pernah tweet kat akak before.

Oh Izz Latif??? uiiiiii comelnya kau. eh! Comelnya! 

Hahaha *tergamam tak tahu cakap apa* Ok kak jumpa lain kali ea.

Ok ok. Thanks!


Haaaaaaa hamek. Dipanggil comel oleh blogger idola. Tak sempat nak pengsan kat situ sebab manusia ramai sangat. Hahaha. Kalau Siti Nurhaliza kata aku macam tu? YA! Mahu demam seminggu agaknya. ;p


Dah agak akan terjumpa budak office. Met Ellinor there, orang yang in charge untuk Social Media for Zalora macam Facebook, Instagram, Twitter, Kakao Talk semua itu. Kitorang dalam department yang sama iaitu Marketing. 




Terima kasih Hazeman sebab teman pergi sini! 



Jom kita tengok koleksi terbaru Hatta Dolmat untuk Raya 2013 ini. Sorry ye, mintak maaf awal-awal, sebab gambar memang banyak yang blur. Mungkin sebab lighting n plus model tu bergerak so tak daya nak tangkap dengan imej yang sharp tapi korang boleh check koleksi yang marvellous meletop ini nanti dekat website Zalora Malaysia atau terjah ler butik First Lady yang terpilih.






Baju yang model ni pakai antara yang mencuri tumpuan. Sebab hasil kerja dan material yang digunakan sangat menawan hati. Serious.


Ada 4 jenis untuk koleksi ini iaitu Lady Sequin, Lady Galaxy, Lady Brocade n Lady Lace. Best tak? Lebih banyak jenis/koleksi maknanya lebih banyak pilihan ;)


Personally aku suka dengan koleksi Lady Galaxy nih. Ada warna lain jugak macam biru n hijau.





Eh tetiba pulak selit. Haha













Tahniah Hatta Dolmat! U did it again bro. Moga lepas ni lebih murah rezeki dan lebih berjaya. You are on the right track, keep on going forward!

Personally, aku rasa Koleksi Raya 2013 daripada Hatta Dolmat antara paling aku suka dan yang penting, SESUAI untuk digayakan untuk tujuan itu. Sebab apa? Design rekaannya masuk dek akal untuk digunakan sebagai baju raya. Glamour, itu sudah tentu, tapi masih mengekalkan ciri-ciri Melayu dengan sentuhan moden yang lebih elegan. Mungkin ada yang nampak cukup ringkas tapi menepati tema dan tidak sarat dengan details yang melebih-lebih. Ini faktor kenapa Hatta Dolmat masih menjadi pilihan dan kekal dalam barisan pereka fesyen popular dan tersohor Malaysia.

Tahniah kepada team #HATTArtw , butik Hatta Dolmat dan pihak yang menguruskan majlis tersebut (^.^)





1 comment:

  1. panjangnyaa entry ni tapi tetap juga baca sampai habis..:)

    dapat front seat?seriously?best gilo. next time invite i puhliss~:)

    regards,
    AH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...