Pagi sebelum pergi Konsert Siti Nurhaliza in Symphony dekat KLCC malamnya, bangun awal sikit pergi breakfast. Ini waktu sebelum puasa ye so jangan buat spekulasi. heh.
Itu antara gambar terbaru. Sekarang jarang ambil gambar sebab mengenangkan betapa ramai manusia akan dapat saksikan dimensi ketembaman kat muka aku sekarang. Makan non stop! Sekarang dah puasa pun bukan bermakna boleh kurus. Lepas berbuka mesti ada je hidangan-hidangan tambahan. Sighhhh. Nasib baik metabolism tinggi so tak mudah bambammm naik berat badan. Syukur.
Memandangkan lokasi konsert kali ni di tengah-tengah bandaraya KL so agak kurang cerdik lah kalau konsert start pukul 8.30 tapi korang nak pergi pukul 7 or 7.30. Konsert dah habis pun belum tentu korang jejak KLCC tu. hahaha
So we made the righ decission ever, I guess, dengan pergi awal. Btw thanks Epit sebab ambil Izz. Kitorang pergi sesama n plan jumpa dengan Kamal n rakannya dekat sana. Seawal pukul 5 lebih sikit kot pergi. Ye memang ada traffic jam merata ye. Lumrah hidup dekat KL ni. Tapi alhamdulillah dalam pukul 6 macam tu dah sampai destinasi.
Sesiap sampai terus jumpa Kamal and the gang, cucuk duit n berjalan mencari makanan. Lapor woiiiii. Konon sebelum pergi tu dah kenyang makan Mee Goreng Ayam dekat Q-bistro.
Gambar ni sebagai umpan whatsapp dekat si Dian untuk jumpa dekat Secret Recipe. Kemain kakak tu tengok Pee Mak sampai 6-7 kali!!!
Japanese Soba yang marvellous gilahhhhh. Cuma terlebih sayur so memang tidak ler aku nak makan semua. Kenyang woiii. Ko ingat aku ni rabbit TokTi nak bagi perhabis sayur mayur? haha
Kemunculan Dian menggamatkan suasana sementelah dia juga pemegang rekod antara makhluk UIA paling kelakar di abad ini. Terima kasih Dian kerana mengisi suasana dengan lawak jenaka anda. Kami sayang kamu. Gittuhhhh *mari kita berbicara melalui MATA, u know wuttt i mean* HAHAHA
Seat aku tak sama dengan diorang sebab waktu beli tiket tu tarikh masing-masing lain. Aku dapat box paling dekat dengan pentas. Haaaaaa memang mintak sedekat ini. Alang-alang membayar tiket kan. Daripada bayar RM200 lebih punya tapi duduk nuuuuuun belakang atau tepi better spend another RM130 macam tu untuk dapat tatap wajah cun Siti.
Permulaan konsert dimulakan dengan lagu Kau Kekasihku. Personally aku dah letih dengar Siti ulang-ulang lagu ni even terbukti ini antara lagu Balada paling mantap daripada dia. Tapi, aku terpaksa akur yang versi dekat MPO antara paling tak boleh dilupakan. Mungkin tahap 'oooopmhh' dia tu sama macam dekat Royal Albert Hall dulu.
Antara lagu fav aku sepanjang konsert tu :
Hanya Dia - suara dia merdu gilahhhhhh! Alahai terbuai dek kelunakan suara tu.
Lebih Indah - lagu baru yang ada dekat iklan perfume Simply Siti. Ye aku memang tak suka lagu ni mula-mula dengar dekat iklan tu sebab macam terlalu biasa sangat. Kononnya macam stok-stok buat iklan je. Sekali dengar pula versi live, aduhaiiiiii terus jatuh hati! Melekat dalam kepala melodi n lirik dia.
Purnama Merindu - ini antara paling aku nantikan. Ternyata berbaloi sebab she delivered it flawlessly with her mesmerizing vocals. Macam nak nangis lepas dia nyanyi. hahaha
Overall memang berbaloi tengok konsert ini. Prestasi Siti rasanya lebih unggul berbanding dekat RAH London dulu. Suara mantap, merdu dan lunak diselangi capaian notes tinggi. Aku cuma agak suara dia macam taraf buat segmen show Raya ye! Kerana mengenangkan lepas kahwin Siti dah tak berapa jaga suara. Dengan diet, jaga pemakanan n tak minum air manjangggg, ice cream bagai tambah pulak latihan mantap hanya sebulan dah boleh buat dia hit notes tinggi, maintain n sustain! Bravo!
Ini lah Siti Nurhaliza yang we have been missing for yearrrrrrsssss. Welcome back Siti :')
dan.....oh ye malamku pada 7 Julai itu diserikan lagi dengan RT oleh Siti Nurhaliza dekat Twitter. Macihhhh kesayanganku :)
No comments:
Post a Comment