Seronoknya kerja dekat sini senang nak dapat makanan untuk dibeli. Bawah office pun ada cafe yang jual makanan sedap-sedap setakat selang dua tiga tapak je pun dari lif. Kalau ada yang kata 'Izz, I malaslah nak turun makan, tak larat' memang ini dasar nak kena sepuk dengan aku...haha
so hari tu ada date lunch *katanyaaa* dengan Dian dekat Anya Cafe bawah office so turun awal sebab kalau lambat memang for sure penuh dengan model-model mat saleh. Heh.
Tengah duk tunggu Dian order lah dulu Hot Camomile Tea sambil cuci mata tengok tabiat orang-orang keliling. What? We love doing this kan? Janganlah cakap korang tak suka buat aktiviti nih. hahaha bukan flirting no no no. Aku suka observe orang tengok style masing-masing on how they act, they talk etc.
Sambil tu aku godek hp tengok Twitter n Instagram semua reply those commented on my pics. Kadang-kadang diorang ni boleh hiburkan hati kita juga even tak kenal or tak pernah jumpa pun. Lol sangat!
Ada juga balas whatsapp atau sms yang mintak order untuk Tabita n barang-barang lain yang ada dekat blogshop tuh. Hari tu terpaksa turned down banyak order sebab barang tak ada ready stock. Dah serik sangat nak buat pre-order sebab realitinya ramai yang tak faham konsep belian macam tu. Kita dah cakap barang memang belum ada tapi kalau takut stock habis tak sempat order then confirm your order by placing some amount at least half of the price. Basically memang akan sampai lambat sikitlah kan? Tapi ada juga yang marah kata kita tipu bagai. Damn!
Tak apa. Aku sabar je. Dalam tengah sabar berderet-deret yang cakap terima kasih sebab order diorang dah sampai semua. Bukan puji kosong tapi diorang bagi kata-kata semangat untuk aku juga secara tidak langsung. Alhamdulillah. Kalau dunia ni penuh dengan orang-orang yang senang bertolak ansur dan sabar ni akan senang segala tugas kita. Terima kasih kepada yang banyak membantu bagi sokongan. Korang sangat ohsem!
Ouh btw, aku baru je order beberapa women handbags inspired from few well-known brands macam Zara n MNG. InshaAllah dalam esok atau lusa sampailah. Harga yang aku berikan sangat istimewa harapnya. Aku dah buat research memang aku akan bagi harga yang paling low dengan kualiti yang bagus hendaknya.
Kuantiti sangatlah terhad ye. So nanti aku akan shout dekat Instagram, Twitter n blog ni juga. Kalau rasa nak cepat dapat boleh buat COD area Cheras, Kuala Lumpur. Mudah :)
(^_^)
No comments:
Post a Comment