Followers

Thursday, April 18, 2013

Datuk K Muncul Selepas Kemalangan di New Zealand


Datuk Khalid Mohd Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Datuk K, suami kepada penyanyi Dato' Siti Nurhaliza, telah muncul buat pertama kalinya kepada umum selepas terlibat dengan kejadian kemalangan motor di New Zealand pada penghujung 2012. 

Ramai mengetahui malah sentiasa menunggu perkembangan kesihatan ahli perniagaan itu. Dikhabarkan walaupun beransur pulih namun beliau masih perlu menjalani physiotherapy untuk tempoh paling kurang 1-2 bulan. Beliau mengakui masih mengalami kesakitan di bahagian pergelangan tangan dan leher, pergerakannya juga masih terbatas. Namun selepas berehat untuk kira-kira 5 bulan, beliau dikatakan sudah mula ke pejabat.

Hadir di sebuah majlis di Putrajaya bersama Siti Nurhaliza untuk Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara, beliau kelihatan ceria walaupun terpaksa memakai alat sokongan leher. 



Kita doakan semoga Datuk K beransur pulih sepenuhnya secepat mungkin. Amin.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...