Followers

Tuesday, March 5, 2013

Yuna Tampil Kolaborasi Untuk Filem Animasi The Croods


Kita mungkin dah dengar macam-macam cerita kejayaan penyanyi bersuara unik ni di luar negara. Rezeki beliau semakin mencurah-curah sejak ditawarkan dengan pelbagai peluang. Bukan setakat semakin bagus dalam nyanyian dengan cara tersendiri malah kehebatan beliau dalam penulisan lagu sememangya dihargai peminat dan pencinta muzik.

Namun sedikit ralat bila Yuna mula 'jelajah' ke US untuk mengembangkan kariernya ada yang usik kata berita tentangnya agak sendu atau hambar walaupun sudah habis kejayaannya dikongsi media. 

Tak apa, rilaks, berikan peluang kepada Yuna. Inilah masa untuk dia berjumpa dengan orang-orang yang mampu memberikan dia tunjuk ajar sekali gus belajar lebih mendalam mengenai muzik di peringkat lebih tinggi. 

Terbaru Yuna dikhabarkan berkolaborasi dengan Owl City untuk soundtrack filem animasi The Croods yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Owl City pernah menyumbangkan karya beliau untuk filem-filem animasi berskala besar dan popular seperti Legend of the Guardians dan Wreck-it Ralph.





Dengarkan lagu mereka yang bertajuk Shine Your Way



Trailer filem animasi The Croods







2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...