Followers

Monday, March 18, 2013

Ralat Putar Belit Isu Lahad Datu, Abby Abadi dan Tun Mahathir Mohamad


Ini bukan tentang politik semata-mata. Aku bukan jenis tulis sumbat pasal politik dekat blog aku ni walaupun aku sendiri secara peribadi ada pandangan tentang hal politik Malaysia. Secara terang aku tolak segala jenis perkara yang mendatangkan musibah kepada agama, bangsa, negara dan rakyat baik dari segala segi sama ada ekonominya, budaya dan apa-apa saja. 

Tapi entri ni aku nak sentuh sikit perangai orang media kita sama ada yang dalam bidang hiburan, politik, berita semasa dan apa saja. Tidak kiralah orang dari pihak mana pun selalu aku tengok pasti ada 'ruang kosong' dalam menyampaikan perkara yang benar, dibuat-buat kononnya benar atau memang tidak benar dusta sama sekali. 

Sebagai contoh macam isu terbaru tentang Abby Abadi dan Lahad Datu. Tersebar kononnya bekas isteri pelakon Norman Hakim ni sekali lagi menimbulkan onar dengan mengutuk/memperli kedatangan Tun Mahathir Mohamad ke Lahad Datu Sabah meninjau perkembangan di sana. 

Secara logiknya mesti yang menyebelahi pihak bendera biru merasa panas dengan kenyataan di Twitter Abby itu dan pada masa yang sama mereka yang menyokong gerakan pakatan tertentu pasti tersenyum sinis dengan sindiran srikandi terbaru mereka itu.

So kita dah dapat mengagak reaksi macam mana yang kita boleh lihat. Dalam sekelip mata pelbagai jenis platform media update dengan isu itu dengan kebanyakkannya mungkin menyebut seperti ini 'Ustazah segera Abby Abadi sindir lawatan Tun Mahathir ke Lahad Datu' atau apa saja yang berkaitan. 

Jelasnya kita seolah-olah nampak yang 'Abby buat hal lagi!' 

Oh wait, tunggu........

Bila kita tengok macam gambar kenyataan Twitter kat atas, kitaboleh tengok dengan jelas Twithandle akaun tersebut bukan Abby punya. Kalau semak pun kita akan temui yang akaun itu hanyalah palsu atau parody sahaja. 

Tapi beberapa akaun yang pro bendera biru berterusan mengeksploit isu ini termasuklah beberapa akaun utama dan popular. Tidak sedar ke akaun itu fake? Tidak buat research dulu ke sebelum tulis? Tidak buat homework dulu sebelum yakin kebenarannya????

Sebaliknya segala jenis tuduhan maki hamun terus dilemparkan. Ini tidak perlu dan sepatutnya tidak terjadi. Mana pergi kredibiliti orang media di Malaysia. 

Tapi harus ingat, pihak yang satu lagu sering melaungkan 'hak kebebasan bersuara dan media' walaupun jika ditanya soalan-soalan panas hanya mengulang pakai kenyataan seperti 'Ini sandiwara pihak pemerintah', 'Ini fitnah orang-orang bendera keris' atau kini yang tengah trending 'U ulang, I saman U.

Heh.

Apa nak jadi? Kedua-dua belah pihak PERLU telus dalam menyampaikan atau membincangkan sesuatu isu. Jangan hanya menuding jari atau begitu mudah melemparkan tuduhan walaupun kebenaran itu hanya depan.

:)

Gambar-gambar lawatan Tun Mahathir ke Lahad Datu Sabah.











Kredit gambar : Google

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...