Followers

Thursday, February 7, 2013

Reject Perempuan Tidak Pandai Masak dan Buat Kerja Rumah!


Hamagawdd sucinya muka aku nampak walaupun realitinya?? hahaha ini berkat ihsan application Camera 360 ye. Jangan tertipu! ;p

Bila ada app best mudah digunakan macam ni lah kita patut rasa bersyukur sangat dengan kemudahan teknologi zaman sekarang. Tak perlu dah nak guna Photoshop bagai. Nak kena snap gambar pastu masukkan dekat dalam laptop, then bukak Photoshop edit bagai n save (kebiasaannya kadang-kadang Photoshop buat  hal hang pastu stop tetiba, tak sempat save then padanlah muka!) tak ke leceh? 

Sekarang ni snap je dekat hp memasing yang kualiti kamera sama taraf dengan kamera, pastu edit guna application pilihan terus boleh share/upload dekat FB, Twitter and Instagram. Eh korang ada Instagram tidak? Izz baru je buat, meh follow kat sini meh :)

Ok itu je iklan yang nak di'highlight'kan hehehe



Since dah kerja dekat tiga minggu ni memang tak pernah *kot* lagi turun dapur. Rindu nak memasak. Eh jangan ingat budak lelaki tak suka masak, most kawan-kawan lelaki aku yang aku betul-betul kenal memang suka masak....or at least makan (-.-)

Tapi diorang lagi terer lah wei banding dengan aku. Diorang siap boleh masak berjenis-jenis-jenis-jenissss lauk ok. Tak campur lagi dengan kuih-muih, biskut, kek bagai.

Aku reti masak biasa-biasa aje. Heh.

Contoh macam kat atas ni. Mudah, sedap tapi favourite namanya Spaghetti Ala Ku Campak Sajo. Kelas ke tidokkk ;p

Cuma potong bawang putih kecik dalam dua ulas, then campak dalam kuali dengan olive oil or butter/margarine ke apa then dah naik bau n perang-perang sikit masukkan spaghetti yang dah dicelur. Kemudian tambah lah garam n black pepper untuk seasoning dia sikit-sikit. Kalau suka makan sayur letak sekali carrot, tomato n celery. Tak perlu masak lama-lama, agak-agak dah ok hidangkan. Tabur sikit English Parsley n sprinkle cheese. Siap. 

So anak dara yang malas nak masuk dapur tu jangan bagi banyak alasan. Cuba resipi senang dulu. Korang duk naya laki ajak kahwin tapi?? Hantaran kemain mahallllll walaupun masak pun tak reti, kerja-kerja rumah malas buat, tidur pun bangun bila matahari dah terpacak atas kepala. Zaman nenek mak kita dulu, diorang bangun pagi siapkan sarapan semua ok. Ingat tuh! Jangan demand lebih tapi apa pun tak bolehhhh. Sedih.

Untuk lelaki pulak pastikan dah bersedia galas tanggungjawab biar bagi cukup serba-serbi barulah hantar rombongan pinang anak dara orang okayh. Jangan lupa juga untuk tolong apa yang patut bila dekat rumah. 

Sekian itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada saya.

(^.~)







18 comments:

  1. spageti ala ku campak sajo ? sedap nama spageti tu?? hewhew..
    apa yang izz cakap tu banyak yg betul laa.. kalau hantaran tinggi kemain kalau tak pandai masak dan x pandai buat kerja rumah tak boleh gak..

    tapi kan kalau perempuan tu tak geti buat semua kerja rumah, tak salah kalau die belajar lagi dari mak atau mak mertua diaaaa... hewhew. tak gitu?

    ReplyDelete
  2. ingat nanti nak kawen ngn janda la senang, hehe

    ReplyDelete
  3. aah ini semua poyo... :P

    nice entry bro :)

    ReplyDelete
  4. mohon share resipi spagethi yg macam maha sedapp tuh! heee....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorh ni baca ke tidak??
      ke terus lompat ke comment box?
      (>.<)
      huhu

      Delete
  5. post kali nie memang puas baca...lelaki pun pandai memasak n pompuan kena cuba dari yang mudah dlu..jangan nak hantaran mahal tp ap pun nan hadoo... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dalam Islam lelaki ke yang kena buat semua tu??..... ie. masak, kemas rumah, jaga anak, dan lain lain...... Kalau tak leh buat...kena employkan orang buat supaya isteri tak yah buat......

      By the way....hantaran bukanlah harga diri bagi seorang peremuan.... So please jgn ckp yg bayar mahal tapi satu benda pun tak boleh buat..... Ramai gaks lelaki islam kat malaysia nie yg pandai kahwin tapi tak tahu sebenarnya apa tanggungjawab sebagai seorang suami.....

      :):)

      Delete
  6. sedapnye spageti tu..boleh try nanti ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Hahaaa..reject je mana tak patut...btw , spageti tu nampak sedap je...persembahan hidangan yang baik , 10 markah tuk awak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...