Followers

Thursday, February 7, 2013

Gaya Terbaru Siti Nurhaliza Sejak Bertudung



Selepas penyanyi popular ni buat keputusan untuk mengenakan tudung sepenuhnya rasanya ramai terkejut terutamanya dalam kalangan 'pemerhati' yang selama ini mengkritik penampilan beliau ketika berselendang. 

Malah ramai yang menyambut baik berita tersebut. Walaupun tidak sempurna, tapi siapa yang  dapat menidakkan imej baru tersebut begitu memberi impak positif kepada Dato Siti Nurhaliza? Sekurang-kurangnya apa yang diharapkan oleh peminat-peminat beliau menjadi kenyataan :)

Kelihatannya, pereka fesyen kegemaran beliau iaitu Rizman Ruzaini bersungguh-sungguh membantu dan bekerjasama untuk menaikkan imej dan pakaian Siti. Sentuhan mereka nampak begitu cantik dan bersesuaian dengan Siti Nurhaliza. 

Dengar cerita juga sebelum ini, Dato Siti Nurhaliza sedang dalam perancangan untuk menaikkan semula karier nyanyiannya seperti dulu di Malaysia dan Indonesia. Harapnya beberapa projek album beliau juga terlaksana dan disukai peminat.



Kredit : Rizman Ruzaini Instagram dan Twitter 




6 comments:

  1. Cantik.. Harap2 ct terus bertudung dan menutup aurat.. :)

    ReplyDelete
  2. pasal header tu, nak tulis ape ek kat situ? "Izz Latif" or "The Diary of Izz Latif"?

    tagline tu nk letak ape? nak gantikan dgn url pun boleh.

    ReplyDelete
  3. ok, aku dah siap buat header tu.. tmpt tagline tu aku letak url je senang. tagline ko tu boleh tahan panjang. [header blog kat sini]

    ReplyDelete
  4. aku rse mcm header tu besar sgt je.. ce ko bagi ko punye entire blog width.. nnt buatkan yg ikut size width blog ko.. boleh check width kat template designer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...