Sayang, I know we both belum mandi n masih awal pagi kul 7 but plisss help me jom kita amek gambar untuk blog entry baru. Senyum sikit, yes good boy:)
Demand sangat Si Bulu nak kena pujuk. Dia ni moody sikit. Kena ikut angin dia, kalau baik memang manja betul. Ke mana kita pergi pun dia follow. Kalau tak, baru panggil nama pun dia mencicit lari. Heh.
Btw, how you guys have been doing? Ok tak untuk awal tahun 2013? tak ok tak pe ada masa lagi untuk fix. Kalau yang ada tanam impian untuk tahun baru tu teruskan bersemangat, jangan cepat putus asa. Buat apa duk pung pang pung pang kecoh update azam 2013 dekat FB n Twitter tapi hasilnya tiada. Paling keji kalau kau tak ada inisiatif pun to achieve the target. Kan?!
Tak tahulah sejauh mana blog ini dan penulisannya mampu mempengaruhi pembaca tapi apa yang aku tulis semuanya datang daripada apa yang aku nampak dan faham. Banyak dah yang bagi respond dekat Twitter n FB pasal entries sebelum ni. Ada yang suka pasti puji bagi semangat, kalau anonymous terkutuk hanya pandai komen menghina tanpa nama sebenar *eh sorry tertembak pula. Apa pun terima kasih kalian :')
Sekarang ni budaya masyarakat kita dalam adab sopan makin menipis. Percaya atau tidak, tengok ajelah orang keliling kita.
Si anak marah orang tuanya dengan tengking, budak kecik guna perkataan kesat-kesat, strangers dekat shopping malls main siku rusuk kau semata-mata nak potong barisan kat cashier counter, taxi driver tak nak amek penumpang semata-mata destinasi kau tak berapa jauh, pekerja butik pandang kau nambelas kali sampai sakit tengkuk sebab perli ingat kau tak mampu nak beli, pak guard jelir-jelir lidah dalam lif sebab nak flirt *eeuwwwww ini seram, pekerja concierge tak nak layan dongak muka pun tak nak semata-mata sebab kau Melayu n orang sebangsa dia datang layan macam dorang tu superstar, orang tak nak tolong tekan button lif sampai kau tersepit. Sedih much.
Ada banyak lagi contoh insiden kebiadapan orang Malaysia ni. Mana perginya budaya adab sopan n tolong menolong?
Dunia makin canggih tapi otak makin tak berfungsi. Berapa banyak dah kena hadap dengan orang-orang yang tak reti beradap dekat FB n Twitter. Ada yang without saying hello pun main terjah je marah-marah tak tentu hala sebab tak setuju dengan pandangan kita. Plus, reaction kita yang pertama 'eh engkau sapa tetiba nak marah-marah??? tak kenal!' Gila.
I have once witnessed sekumpulan budak Melayu yang belum habis sekolah pun, langgar baldi mak cik tukang sapu yang tengah mop lantai. One of them accidentally/purposely sepak baldi tu sampai tumpah. Dorang cursed mak cik tu dengan macam-macam perkataan tak elok. Sampai mak cik tu tertunduk malu orang lain tengok. Mak cik tu dah tua sangat, boleh dipanggil nenek. Bayangkan orang buat mak atau nenek kamu macam tu depan orang ramai. Kesian mak cik tu.
Sedangkan budak sekolah pun dah berperangai macam tu apatah lagi yang lebih berusia.
Kematangan datang seiring dengan usia. Tapi sesetengahnya tidak mampu berfikir sewajarnya macam mana nak berkelakuan seiring dengan usia yang makin meningkat itu.
Belajar hormat orang lain walau berbeza agama, bangsa dan budaya. Tak salah untuk kita bantu orang lain sedangkan kita tahu dalam sesuatu keadaan tu kita boleh menolong mereka yang memerlukan. No one has ever become poor by giving help to others.
Walau muka handsome atau cantik stylo pandai bergaya *kononnya tapi perlakuan tak serupa manusia yang berakal tak menjamin kamu dipandang mulia dan elok di mata orang lain. Jaga adab.
“Even the smallest act of caring for another person is like a drop of water -it will make ripples throughout the entire pond...” ― Jessy and Bryan Matteo
(^.~)
yes! agreed. im counselor in the making kadang-kadang terfikir, jalan yang bagaimana harus diambil untuk kesedaran. takutnya nak berdepan dengan studnt bila praktikal ti (dakmiey)
ReplyDeleteSelamat maju jaya!
Deletehehe
Assalamualaikum. . Bismillah. . Sory to say, bagi sy sesetengah budak Melayu tak ada adab. . Kekadang tak sopan langsung . . Penuh dengan sifat dengki. . Kerana kesombongan dan bongkak, tak reti nak hormat org lain. . Sy lagi respect bangsa lain. . Cthnya, family sy y mix chinese n iban lagi pandai beradab sopan. . Melayu ni suka berlagak dan kurang didikan drpd ibu bapa tentang bgaimna nk hormat dan beradab dgn org lain sejak kecil lagi. . Sedangkn dlm islam pon ajar untuk beradab dan hormat org lain. . Kpd kaum Melayu, maaf jika komen ni mengundang sensitiviti. . Bukan nak kutuk org Melayu. . Sy pon Melayu juga tapi Melayu celup je. . :D
ReplyDeleteyeap
Deletesesetengahnya, tidak semua tp tetap kenyataan
manusia kan .. berubah mengikut keadaan semasa .. kadang2 keadaan memaksa mereka menjadi semua itu ..
ReplyDeleteada masa boleh terima,
Deletetapi ada masa apa yg kita buat kita kena tahu elok buruknya
As'salam..
ReplyDeleteManusia sekarang sebenarnya mudah lupa daratan. senang skit, kaya skit dan pandang org lain sebelah mata. klu yg msh sekolah belum apa2 lagi dah rasa diri tu besar sangat. kdg2 kesian tgk bangsa sendiri boleh jadi sampai mcm tu. klu bab kutuk megutuk ni dlm twiter, blog, FB usah ler cakap... mmg biadap. tak pernah tpk ke bila kita nak jumpa balik org2 yg pernah kita sakiti tu utk minta maaf. klu tak dpt jumpa mereka. nampaknya jumpa ler mereka tu kat akhirat ntn yer...
wa'salam....