Followers

Sunday, January 6, 2013

Demi Cinta Dalam Hatimu ~~~


Pochi : Abang Bulu! selamatkanlah Pochi dari sangkar cinta ini wahai abang.

Bulu : Akan abang keluarkan kamu dari tempat ini. Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, ku tetap kau yang punya. Cehhh.



Pochi : Ahhhhhh Abang Bulu sungguh gagah berani panjat demi adinda. awwwww such a turn on!

Bulu : Kan abang sudah berjanji. Ini janji ditepati, bukan dicapati tahu.



Bulu : Eh terpeleot jatuh pula.

Pochi : Tidak mengapa Abang Bulu. Tiada siapa yang lihat. Manusia itu pun sedang leka mengunyah makanan tanpa henti.



Pochi & Bulu : Demi cinta dalam hatimu, ku yakin engkau untukku. Meski jejak pisahkan kita, cintakan bawa kembali padamu ~~~


Kehkehkeh. Cinta terlarang betul. Dorang buat drama ni dekat satu jam. 

Pagi waktu ni aku siap-siap berkemas nak balik JB. Kena balik sebab ada acara wajib dekat rumah nenek. Balik hari Isnin, esoknya ada majlis tahlil untuk arwah atuk. Balik semula ke KL hari Rabu. Kejap je.



Dah berapa tahun ni tiap kali depa buat majlis tahlil selalu aku tak dapat ikut sebab clash dengan jadual kerja. Tapi nasib baik kali ni dapat selit-selit sikit...hehe..lagipun ada Mak Lang balik dari Kedah. Susah wo nak jumpa kakak tersayang my mom ni sebab kat Utara sana dia duduk. Tapi walau jauh pun at least masih tahu tanggungjawab sebagai anak untuk sama-sama buat majlis ni. Mak Ngah pun ada dengan Dila. 

Nampak macam simple je majlis tahlil. Tapi kalau family kitorang yang buat hah selalunya sama besor scale persiapan macam untuk majlis tunang or kenduri kahwin...haha..nenek jenis yang sangat teliti setiap benda dia check ok. She has reputations to maintain. Pasangan nenek n arwah atuk boleh dianggap sangat famous dekat kampung-kampung terdekat situ. 

Apa yang kita harapkan majlis berjalan dengan lancar walaupun tak cukup kakitangan. heh.






7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...