Followers

Thursday, December 6, 2012

(Review) Wreck-It Ralph : Comel! Lucu!


Saja je pakai baju tu. Fefeeling bajet pelancong dari Indonesia baru sampai Kolumpo....hewhew

Minggu ni tak berapa nak jalan sangat rasanya sebab nak jimat duit. Banyak benda nak dibeli, plus dah ada plan untuk masa depan *gituhhh kalau tak simpan nanti habis macam tu je lah. Duit ni dah lah mengalir je macam air.

Tapi ada movies best dekat wayang. Ada Life of Pi, Wreck-It Ralph, Lagenda Budak Setan 2, Rise of the Guardians n macam-macam lagi. So jom kita pergi! hehehe

Plan asal memang nak tengok Lagenda Budak Setan 2. Teruja sangat sebab yang pertama dulu tengok dekat wayang. Agak ok lah. Suka sebab lagu tema memang sedap didengar, sinematografi cantik, itu yang menarik untuk filem pertama. Tapi disebabkan dah terpengaruh dengan review untuk filem kedua ni so tak jadi tengok. Ramai update review kata filem ni kurang best macam yang pertama. Alarhhhh sedih!

Last-last pilih tengok Wreck-It Raplh. Macam best tengok trailer dia. Malas nak ke KLCC n Pavilion, so tengok dekat GSC Times Square je. Selalunya tak ramai orang. Tapi disebabkan ini animation n tengah cuti sekolah, so bersiap sedialah berebut dengan budak-budak kecik hahaha

Bagusnya kali ini even panggung penuh dengan budak-budak, diorang sangat behave. Tak ada yang buat perangai nangislah, jeritlah. Bagus, tenang waktu tengok cerita ni.



Ok kita buat review seringkas boleh ye.

Filem ini boleh dikatakan wajib untuk ditonton bagi yang suka animation. Sangat menghiburkan! Penonton kanak-kanak malah yang dewasa pun turut ketawa tengok aksi lucu karakter dalam filem ini. 

Visual grafik yang berkualiti. Mantap sungguh hasil kerja diorang. Korang pasti kagum dengan 'kecantikan' dan 'kecomelan' dunia fantasi dalam filem berkonsepkan watak-watak game ni. 

Idea penceritaan yang sebenarnya sangat simple tapi tak pernah kita bayangkan untuk diolah sebegitu rupa. Like seriously! Pernah terfikir watak game yang selalu kita main tu sebenarnya ada dunia dimensi mereka sendiri, ada emosi? hihi

Karakter dalam cerita ni comel-comel belaka. Korang akan suka dengan watak macam Ralph, Felix n Vanellope dari game Sugar Rush.

Filem ini turut mengajar kita erti persahabatan walau berbeza latar belakang dan jangan pernah berputus asa dalam apa jua kita buat.


Rating : 4.2 bintang



Ini pula *candid* waktu dekat rumah. Muka happy sebab customer dari ILoveblogshoppe berpusu-pusu letak order...hehe alhamdulillah. Btw, nak update sikit yang Tabita dah habis stok. Nanti bila kita dah restock akan let you guys know. Tapi untuk Beutskin Essence n produk-produk lain semua masih ada. Sila contact untuk buat order. Terima kasih. 

:)


Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)


p/s : mohon agar berikan kerjasama dalam melakukan proses urus niaga. Nombor dan email yang diberikan hanyalah atas tujuan business semata-mata. Terima kasih.





4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...