Ini cermin mata untuk 3D. Mama dah ada tv yang ada feature itu ye. Jealous much! haha...seronok tengok movie dengan 3D kat rumah sambil bermalas-malas atas sofa empuk itu.
Lepas makan terus kuak lentang baring depan tv..muahaha
Kalau balik Johor memang tak sah kalau tak merasa makanan yang sedap-sedap dan yang dah lama diidamkan.
Ini kita pergi ke satu kedai yang agak fames dekat Pekan Rengit, Batu Pahat. Kalau tak silap nama kedai ni 'Milo' heh senang nak diingatkan? Kenapa nama dia Milo? Kalau tak silap itu nama panggilan tuan punya kedai. Nenek cerita mak kepada tuan kedai tu kawan dia, n dia pun kenal dengan the couple who runs the business. Bekas anak murid dia ke apa entah, xingat pulak...huhu
Yang bestnya dekat sini senang betul nak dapatkan kuih-muih yang pelbagai, sedap n murah. Sedap itu penting!
Ini kuih favourite aku kalau waktu bulan puasa. Nama dia 'Kuih Jongkong' mungkin. eh susahlah ingatan sangat tak kuat bab nama-nama ni, reti makan je...haha
Kuih ni macam ala-ala Lepat Pisang tapi pisang tu digantikan dengan limpahan gula melaka dekat dalamnya. So bila kita potong kuith tu gula melaka tu akan ooze out dengan cantiknya dan sedap! Ini kuih orang Jawa atau Bugis macam tu lah.
Sebab utama dtatang ke kedai 'Milo' tu sebab nak makan Soto nih. Seriously korang akan kagum dengan customers yang ramai-ramai datang ke sana just to get a bowl of hot Soto. Kuahnya itu walaupun pada aku plain simple, tapi sedap.
See? Customer dia bukan Melayu sahaja, tapi Cina raaaaaamai!! plus Indian too. Semuanya were happily enjoying their meals tanpa rasa kekok. Inilah uniknya kawasan luar bandar. Even tak kenal, bukan sama bangsa pun tapi bila kita berpandangan normally masing-masing akan berikan senyuman.
Kalau dekat KL ni?? Huh, memang kita elak pandanglah even sesama bangsa. Peluang untuk kau dapat jelingan tajam itu sudah pasti...hahaha
Salam , whoa bestnyer makan2 ..
ReplyDeleteBtw , nice to meet u here ..
Da lame miss carik wujudkah manusia yang bernama IZZ , bkoz i love that name ..
Happy blogging , kalau sudi visit mine back ^__^
bukan ramai ke orang nama Izz?
Deletehehe
;)
sedap lah pulak. haha
ReplyDeletememang sedap!
Delete;)
Sedapnya
ReplyDeleteLa orang Johor rupanya, ek! Akak kat BP gak tapi tak pernah pulak ternampak kedai/warung Milo nih...nampak sedaplah soto tu. Tetiba aje nak pack bag balik kampung!
ReplyDelete