Followers

Tuesday, November 20, 2012

Faizal Tahir Lelong Semua Trofi Miliknya Untuk Gaza


Bukan setakat satu Malaysia, tapi satu dunia tahu konflik yang berlaku di Gaza. Dah berpuluh tahun tiada kesudahan. Apa yang membezakan konflik di sana dengan tempat lain ialah 'keunikan' keadaan di sana. Uniknya dari segi kejelekan dan betapa hodohnya perangai regim Zionis yang tak sudah-sudah membawa kesengsaraan buat rakyat Palestin.

Sememangnya bangsa yang tidak reti bersyukur! 

Kita masih boleh berbangga kerana Malaysia walau bertukar pemimpin tapi masih berpendirian tegas mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel. Kalau sebelum ini kita ada Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan kelantangannya sebagai antara pemimpin Islam yang tegas mengkritik Israel, kerajaan kita dan masyarakat Malaysia secara amnya masih berpendirian yang sama.

Artis-artis di Malaysia pun turut sama berkempen untuk memberikan bantuan kepada rakyat Palestin. Sebagai contoh, Faizal Tahir telah tampil dengan shocking decision untuk melelong trofi-trofi kemenangan beliau selama ini demi mengutip dana untuk Gaza.





Kita sememangnya patut rasa bersyukur dengan nikmat yang ada di negara Malaysia. Mari kita bantu rakyat Palestin dengan apa cara sekalipun. Doakan juga untuk kesejahteraan mereka. Amin.









8 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...