Followers

Monday, February 21, 2011

Cerita Kita : Malang Dalam Bercinta


Cerita Kita adalah satu segmen baru dalam blog ini....bercerita mengenai pengalaman atau masalah sesiapa sahaja...pembaca boleh menghantar cerita anda melalui emel ke izz_latif@yahoo.com atau hantar ke FB Izz di inbox ye....


Sejak blog ni ada post mengenai kisah cinta sejak dari awal-awal dulu, entry mengenai ini antara yang selalu dapat traffic yang tinggi....so, Izz assume ramai lah yang suka baca pasal cinta cintun ni kan? haha....


Ada masa jugak, Izz post entry yang more personal pasal Izz....kadang-kadang tu jugak Izz bercerita hasil daripada pemerhatian sekeliling...


Kelmarin masa duk godeh inbox kat FB tu bertanya pasal perfume, business , blog sume...Izz terbaca mcg daripada sorang budak perempuan...siapa?? tidak pulak ku kenal...mcm sedih menyayat hati jugaklah cerita dia tuh...bayangkan aku tak kenal dia, tetibe hantar mcg cenggitu....


Rupa-rupanya dia pembaca blog Izz....no wonderlah, masa tu kalau tak silap Izz baru lepas post entry mengenai lagu Sepi kot...dah lama da mcg tu rupenya, tp unread lagi....budak itu bercakap pasal kisah cinta dia


Jadi, ni lah tugas Cerita Kita....CK akan berkongsi apa jua kisah pembaca dan sesiapa sahaja untuk dikongsikan di sini ye....jangan risau, nama semua akan kita rahsiakan...tidaklah nama sebenar akan kita paparkan dengan gambar sekali kan....don worry ye! 


Berbalik kepada gadis bertudung biru tu, mengkikut ceritanya, dah 4 kali dia bercinta....dah 4 kali tu jugaklah terputus sebab orang ketiga, masalah dalam perhubungan dan macam-macam....ada sekali tuh, dia dah hampir bertunang, tapi terpaksa dibatalkan sebab pihak sebelah sana dah ada pengganti baru katanya....


Ish.....menyayat hati jugak nih...sampai betul-betul memberi kesan mendalam dalam hidup dia...makan tidak kenyang, mandi tidak basah....senang cerita, hidupnya serba tidak kenalah...tertanya-tanya adakah sebab salah sendiri?? dia akui dia tak sempurna...lagi pun, orang bongkak je ckp dia sempurna kan!


Baiklah...pada pendapat CK lah kan....memang semua orang buat silap Cik Gadis Bertudung Biru...jangan terlalu dibebani dengan perasaan emosi yang mengganggu perasaan...kalau salah awak, cuba ubah kesilapan tu...anggap itu peluang untuk memperbetulkan silap anda...tapi kalau punca mcm orang ketiga datang daripada pihak sebelah sana, CK nasihatkan...ABAIKAN saja kak oi!! tak perlu menangis sedu sedan panjang sgt lah....kalau untuk dua tiga hari tu tak pe....great life is waiting for u ahead, dear....jangan cepat mengalah ye!


Readers, ada idea lain?? Komen ye.....


Salam Cinta Sayang daripada Cerita Kita......
(^^)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...