Followers

Showing posts with label RedMummy. Show all posts
Showing posts with label RedMummy. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Tips Dapatkan CPUV Campaigns Nuffnang



Hasil ketekunan dan kerajinan (*dibaca bebel) sebab lama dah tidak dapat buffered earning yang sekali gus datang 2-3 biji sekali harung, nahhhh hamek. Empat sekali! Terima kasih Allah atas rezeki ni. Syukur.


Nuffnang ni aku kenal dulu disebabkan Kak Redmummy si pencinta merah itu. Aku join mula-mula sebab nak mencuba saja. Aku memang minat blogging, plus dalam masa sama kalau dapat buat income pun ok jugak kan? Alang-alang seluk biar sampai siku. Haaaaaa ada ke peribahasa gitu? 

Dah dekat dua tahun join Nuffnang Malaysia. Nampak lah juga hasilnya. Walaupun income tidak seberapa tapi at least boleh nampak hasilnya. Kalau yang lain-lain tu dengar citer income lagi dahsyat tapi ada je masalah bila nak tuntut hasil. Betul ke? So tidak telus lah ye?

Dengan Nuffnang ni kita boleh nampak segala macam transaction bila kita dah daftar. Macam contoh, bulan ni berapa dapat CPUV or CPV and berapa CTR Bonus kita peroleh, or berapa ketul iklan melekat kat blog untuk CPUV bagai. 

Aku pernah join event Nuffnang dua kali untuk Maxis Blackberry Playbook n Movie Screening The Conjuring. Dua je?? Ok blame me lah sebab aku tidak update address. Aku duduk KL tapi letak alamat rumah dekat JB. Rupanya memang ada beri kesan ye!

Nasib baik aku pun rajin nak bertanya kenapa aku jarang dapat invitation pergi event bagai. Al-kisahnya disebabkan kebanyakkan events tu take place dekat Klang Valley area so keutamaan diberikan kepada blogger yang duduk area sini. 

Sentap aku.

Bila tukar je address terus dapat pergi screening filem The Conjuring dekat TGV One Utama hari tu. Syukur lah sebab Nuffnang ni rajin betul buat aktiviti untuk bloggers.




Kepada yang berharap NN dapat bagi korang ribu-riban duit income daripada blog tu tapi nan hado tidak ada? Macam ni lah pemikiran yang mudahnya 'Kalau tidak berusaha, kau hengat ada orang tabur duit suka suki depan muka kau?? Kau ingat kau model taraf antarabangsa??'

Haaaaaaa camtuh!

So berusaha lah.


Aku notice tips paling mudah untuk dapat buffered earning tu atau advertiser macam Digi, Ford, Celcom letak tepek iklan diorang dekat blog korang, RAJINKAN lah diri anda untuk update blog korang secara consistent. Bukannya update awal 2013, pastu hujung-hujung tahun 2013 lagi 2 hari nak masuk 2014 update lagi kali kedua dan berharap bila check acc Nuffnang terus 16 tempayan duit income blog korang banyakknya. Konsep apa nih?? Heh.




Rajinkah lah diri juga untuk join contest untuk dapat invitation pergi film screening semua tuh. Check je kat website Nuffnang Malaysia.

Kbye!






Tuesday, July 2, 2013

Zalora Malaysia & Koleksi Raya Hatta Dolmat RTW bersama First Lady



Zalora Malaysia bersama Hatta Dolmat, pereka fesyen terkenal Malaysia telah menjalinkan kerjasama untuk koleksi terbaru beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang diberi nama #Hattartw - Hatta Ready To Wear

Kerjasama ini turut melibatkan butik terkenal First Lady yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia dan Singapura. 

Majlis perlancaran yang bertempat di Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur itu berlangsung dengan jayanya! Congrats Hatta ;)


Haaaa kisahnya begini. Petang Sabtu 29 Jun hari tu dah plan awal-awal nak pergi ambil barang business Furla Candy Bag customer dekat area Wangsa Maju. TAPIIIIII sebab aku dari area Bukit Jalil n keluar rumah lambat so memang sedihhh lah sebab kena hadap traffic jam area stadium tu. Segala jenis manusia ada dari both negeri Johor n Kelantan. Macam-macam ragam ek orang-orang tengok bola nih. Meriah betul. 

So entah macam mana pukul 5.30 pun masih belum nampak tanah Wangsa Maju tuh. Last-last terpaksa cancel sebab supplier pun kena bekejar kot buat kerja lain. Plus atas dasar simpati takkan aku nak hold activity dia kan so kita kautim  plan hari lain. 

But but.....tengah duk dalam stress layan sesak lalu lintas tu tetiba dapat tweet daripada Hatta invite pergi fashion show dia nih. Mula-mula macam ragu-ragu sebab sempat ke? Plus memang pakai cincai je petang tu makanya kalau nak pergi memang kena balik rumah tukar baju semua. 

To cut it short, even belum call no diorang untuk confirm rupanya dia dah sesiap saved two seats for me. Ok lah yukkkk kita pergi. Kita tukar plan untuk aktiviti petang n malam dengan attending fashion event itu. 

Plus I know my colleague mesti ada sebab Zalora Malaysia terlibat. hehehe


Meriah dengan orang dan makanan. Oihhhh sedap betul catered foods dia.


Ouh nampak tak that lady kat tiang dress merah ini? Siapa itu? Itulah the famous blogger jutawan Redmummy !! hehehe beliau antara reason kenapa aku decide untuk datang. sebab aku tahu dia turut ada untuk majlis nih. excited tahu nak jumpa dia sebab beliau adalah main reason kenapa aku kembali aktif berblogging waktu 2010-2010 dulu lepas hampir dua tahun tak menulis. 

Tak sempat bergambar, tak sempat berborak lama sebab....memang tak sempat. Dah banyak kali aim nak cuit tegur dia tapi dia tengah berborak dengan orang-orang lain so kena hormat ye idok. Tapi diberi kesempatan untuk terjumpa dengan dia dekat lif waktu nak balik. Terus aku grab nak salam tangan dia. 

Hye Kak Red!

Eh. Siapa ni ye?

Saya Izz, blog reader akak.

Izz? Izz mana ea? 

Pernah tweet kat akak before.

Oh Izz Latif??? uiiiiii comelnya kau. eh! Comelnya! 

Hahaha *tergamam tak tahu cakap apa* Ok kak jumpa lain kali ea.

Ok ok. Thanks!


Haaaaaaa hamek. Dipanggil comel oleh blogger idola. Tak sempat nak pengsan kat situ sebab manusia ramai sangat. Hahaha. Kalau Siti Nurhaliza kata aku macam tu? YA! Mahu demam seminggu agaknya. ;p


Dah agak akan terjumpa budak office. Met Ellinor there, orang yang in charge untuk Social Media for Zalora macam Facebook, Instagram, Twitter, Kakao Talk semua itu. Kitorang dalam department yang sama iaitu Marketing. 




Terima kasih Hazeman sebab teman pergi sini! 



Jom kita tengok koleksi terbaru Hatta Dolmat untuk Raya 2013 ini. Sorry ye, mintak maaf awal-awal, sebab gambar memang banyak yang blur. Mungkin sebab lighting n plus model tu bergerak so tak daya nak tangkap dengan imej yang sharp tapi korang boleh check koleksi yang marvellous meletop ini nanti dekat website Zalora Malaysia atau terjah ler butik First Lady yang terpilih.






Baju yang model ni pakai antara yang mencuri tumpuan. Sebab hasil kerja dan material yang digunakan sangat menawan hati. Serious.


Ada 4 jenis untuk koleksi ini iaitu Lady Sequin, Lady Galaxy, Lady Brocade n Lady Lace. Best tak? Lebih banyak jenis/koleksi maknanya lebih banyak pilihan ;)


Personally aku suka dengan koleksi Lady Galaxy nih. Ada warna lain jugak macam biru n hijau.





Eh tetiba pulak selit. Haha













Tahniah Hatta Dolmat! U did it again bro. Moga lepas ni lebih murah rezeki dan lebih berjaya. You are on the right track, keep on going forward!

Personally, aku rasa Koleksi Raya 2013 daripada Hatta Dolmat antara paling aku suka dan yang penting, SESUAI untuk digayakan untuk tujuan itu. Sebab apa? Design rekaannya masuk dek akal untuk digunakan sebagai baju raya. Glamour, itu sudah tentu, tapi masih mengekalkan ciri-ciri Melayu dengan sentuhan moden yang lebih elegan. Mungkin ada yang nampak cukup ringkas tapi menepati tema dan tidak sarat dengan details yang melebih-lebih. Ini faktor kenapa Hatta Dolmat masih menjadi pilihan dan kekal dalam barisan pereka fesyen popular dan tersohor Malaysia.

Tahniah kepada team #HATTArtw , butik Hatta Dolmat dan pihak yang menguruskan majlis tersebut (^.^)





Wednesday, August 22, 2012

Beraya sakan dengan kuih muih !


Gambar pertama pada pagi Raya untuk 2012 ! Turun je bawah tengok2 mama n my aunty masih lom siap...fuhhhh gigih aku bersiap awal! haha

So macam biasa, masa untuk camwhore kata orang kan. Snap few pics untuk diedit dan di upload ke FB, Twitter, blog dan sebagainya. Untuk tatapan peminat katanya...kahkah

Sambil duk tunggu mama bersiap balik kampung, aku bukak tv tengok ada siaran langsung sembahyang Raya. Our PM was on tv with some of the ministers gak. Takkan duduk2 sesajer kan? Kuih atas meja depan tv kemain lebih 10 balang weyh takkan ditengok je. Haruslah dingappppp...hewhew



Konon ala2 kira food tasting di pagi Syawal lah ni heh..Tart yang ni aku beli dari Kak Ayu - http://www.mylovelytart.blogspot.com/ hasil dari promosi hebat Kak Redmummy. Tengok daripada gambar je nampak besar n gebu sungguh. Hasilnya? What you see is what you get. Kalau tengok pun dah menyelerakan, bila dimakan memang sungguh sedap! Sangat berbaloi dengan harganya. Yang dekat atas tu blueberry tart.



 Popia kecik2 ni memang fav! ;)





 This one kuih moden, nama hape entah aku tak tahu.





Yang ini sedap jugaklah. Macam choc cookies. Mama ada bawakkan satu bekas bawak balik KL...hehe



Sedap jugak kuih ni. Setiap tahun ada n saban tahun jugaklah bertukar bentuk. Dulu bentuk ala2 jejari masa tu nama dia Choc Fingers. 


Bila balik rumah nenek haaaaaa lagi bertambah2 jenis kuih dia. Semprit, bahulu gulung, kek lapis, kek kukus semuaaaaa ada. Raya tahun ni lebih meriah dengan kuih muih. Duit Raya? tsk tsk......koleksi kurang sikit tahun ni..eh ke kurang banyak? harharhar..takpe, rezeki tu syukur alhamdulillah.

Macam mana dengan Raya korang? best x? dalam pada bergembira jangan dilupa yang telah tiada. Berdoalah untuk mereka agar tenang mereka di sisiNya dalam kalangan orang2 yang beriman.amin.

(^_^)



Monday, October 17, 2011

Blogger Terbahekkkkk


*fuhhh fuhhhhhh

Berhabuk tebal lapanpulohenam inci blog aku ni kan.  Kalah bedak make up hadek2 berpeleseran catwalk depan Pavi tuh  *mati aku kena maki jap lagi....hehehe


Bukan sengaja tak nak update tapi bizi dengan kehidupan, pindah rumah segala.  Broadband aku ni memang semput jangan ditanya lagik.  Tinggal nak kena main lanting2 ke dinding je nanti.  Tapi tiba2 dengan magis nya pagi ni boleh pulak pakai...huhu


Then tengok followers macam makin bertambah je.  Terima kasih teramat sangat kepada yang baru follow atau join tu yek.  Rajin2 lah tinggalkan komen atau jejak, sebab blog ni ramai sangat silent reader nya.  Senyap sunyi je.


Pastu tengok traffic untuk blog ni menjunam habis!!!!  Patutlah dah tak dapat buffered earning daripada Nuffnang lagik....huhu...nasibbbb...kalau Redmummy tu lain ler.  Tak update sehari dua pun traffic mencanak2 sampai RM30ribu earning dia.  Itu memang blogger terbaik, aku memang admire gila2 kerja blogging dia.  Love ya RM!! *hehehe


Insyaallah lepas ni kalau ada peluang n idea bernas, jari ni akan menari2 lagi di atas keyboard laptop ini...ngehhhh

(^.^)

Thursday, June 16, 2011

Follower Ke-555,555 | My Mom's Diary




Wahhh...555,555 lah??? berangan lebih kan Izz Latif nih?? even blogger famous macam Hanis Zalikha pun tak seramai itu follower dia!! hahaha...




Actelli entry kali ni agak istimewa sebenarnya ye. Kalau ikut plan asal, nak buat entry macam ni bila follower Izz mencecah seribu, tapi apa kan daya kita tak tau lagi bila lah nak dapat banyak cenggitu kan. Entah-entah lagi 5tahun baru dapat kot. Huhuhu.... so Izz pilih angka 555. Sedap jugak apa!








Tak tau lah kalau reader/follower ni bertuah atau apa, tapi ini sebagai tanda pernghargaan sebenarnya untuk pembaca Izz. Hehehehe....




teruskan membaca....



Thursday, May 26, 2011

Mari Sertai Blog Pilihan Malaysia

Hey readers blog Izz...!!


Actelli im joining a segment untuk Blog Pilihan Malaysia....


Eh, tau ke idak apa itu Blog Pilihan Malaysia?? kalau tak tau apa yg dibebelkan ni, meh klik link Blog Pilihan Malaysia ni untuk info lanjut...


Haaa.....sudah?? beresssss....so, dah tau sikitlah kan apa yang Izz nak bagi tau nih?? actelli diorang tengah buat undian untuk dipilih dalam kategori-kategori tertentu....ada macam-macam


Tapi untuk blog Izz nih, for sure lah hanya layak untuk masuk kategori Blog Personal Lelaki Pilihan...tak dapek lah nak masuk untuk kategori Blog Personal Suami Pilihan....calon tunang pun tak dek lagi....haha....untuk kategori lain pun memang tak lepas lah....after all, blog ni memang dikenali sebagai personal blog sahaja....







Ouh ye, bercerita pasal The Diary of Izz Latif nih actelli dah wujud since 2008 lagi....I have been blogging since I was in school...to be exact dalam pertengahan tahun 2008 macam tu....bermula setakat blog picisan yang cuma berkisar hal-hal peribadi je...lagi pun, memang itu target Izz, blog peribadi.....


Then ada juga terberhenti daripada update....boleh tahan lama juga...n jarang-jarang je update....tapi sejak November 2010, Izz mula aktif balik....n datang dengan new things n ideas untuk blog ni...daripada cuma bercerita pasal kisah seharian, Izz mula tambah dengan buat segmen untuk blog ni sendiri...


Macam contoh ada segmen untuk gosip atau cerita artis untuk Syok Sendiri....n Izz pun ada segmen untuk kongsi masalah atau cerita pembaca or teman rapat untuk Cerita Kita...korang boleh klik link masing-masing tu untuk tahu lebih lanjut macam mana.....


Sekarang ni, blog ni lebih banyak warna-warni berbanding dahulu....ada masa cerita pasal Izz, kadang-kadang kita selitkan dengan entry pasal isu semasa, review filem daripada Izz sendiri n macam-macam lagi.....


Tak ada siapa yang tolong ajar buat blog ni....sebab Izz buat sendiri semuanya...tapi kalau yang memberi inspirasi tu memang ada....sebagai contoh, Izz mula kembali aktif blogging bila mula jadi reader untuk blog Redmummy....sememangnya dia yang jadi inspirasi untuk Izz teruskan blogging nih.....


Pembaca blog Izz ni pun dari seluruh Malaysia n negara-negara lain jugak....sejak 2011, pembaca dari Indonesia, Singapore, Brunei, Japan, Korea mula jejak ke blog nih.....








Thanks!!


(^-^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...