Followers

Showing posts with label Zalora. Show all posts
Showing posts with label Zalora. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

Bunga-bunga ZALORA Malaysia


Maaf.

Maaf sebab sudah lama tidak aktif tulis blog.

Eh dah berapa banyak kali maaf entah aku minta maaf since last year sebab lama tidak update.

Draft banyak gilaaaaaa. Tapi satu pun tidak publish sebab gambar semata-mata. Nak tulis? Bukan malas tapi tidak cukup masa.

Nah terimalah gambaq cheq paling recent since August.

Bersama bunga-bunga dekat office.

ZALORA Malaysia.




Monday, June 16, 2014

Koleksi Baju Raya 2014 ZALORA Malaysia


Memandangkan kurang daripada dua minggu sahaja lagi kita nak menyambut bulan Ramadan, so nak tanya soalan yang agak valid iaitu 'Korang dah buat persiapan Hari Raya?' 
haaaaaaa tidak kisahlah apa jawapannya sekali pun pasti korang akan dapati blog post kali ini akan disukai! Bagi yang sudah sesiap hantar baju raya dekat tukang jahit rasmi family tidak apalah anggap je entry kali ini tempat untuk korang lepas geram cuci mata sesaje atau paling tidak pun tempat menambah informasi terkini. Haaa gituh.

Bagi yang belum buat persiapan raya walau satu apa pun, macam aku, mesti banyak alasan dah kita sesiap karang untuk jawab dekat orang bila kena tanya kan? Walaupun secara azalinya kita terdiri daripada golongan yang kreatif, tetiberrr, dan selalu ada je jawapan nak dijawabkan balik tapi kadang-kadang penat juga nak ulang benda yang sama, betul tidak?

So nak tidak nak kenalah juga jawab dan rasanya paling mudah adalah dengan actually...buat persiapan tu. Alarh dik cari je lah apa je yang kau perlukan. Nak beli perabot baru untuk rumah? Call je Court Mammoth. Nak order kuih raya atau biskut raya? Whatsapp je kawan-kawan rapat secara berjemaah mesti ada yang tahu mana nak cari. Tapi bila bab nak cari baju raya ni rasanya paling mudah. Sebab apa? Kalau korang jenis malas nak pergi ke Jalan TAR atau shopping malls, boleh je beli baju raya terbaru secara online. YES, online! Lagi satu, kalau nak tahu website online shopping Malaysia yang paling popular iaitu Zalora Malaysia adalah destinasi fesyen online terkini yang utama bagi para pencinta fesyen. 

Di laman sesawang Zalora Malaysia korang boleh dapatkan pelbagai koleksi baju raya terkini dan juga koleksi eksklusif antara Zalora dan beberapa nama atau jenama terkemuka yang cukup popular.





Bagi peminat Jovian Mandagie korang boleh tarik nafas lega sebab dek kerana sambutan yang hangat bagi koleksi baju raya 2013 Jovian for Zalora, kini mereka kembali dengan kolaborasi yang lebih istimewa dikenali sebagai Chantilly. Kalau nak tahu inilah antara koleksi baju Muslimah online untuk raya yang paling laris dan kawan aku sendiri beli yang biru nombor dua tu bila sudah available dekat www.zalora.com.my. 





Semasa musim perayaan Tahun Baru Cina yang lepas Melinda Looi ada buat kerjasama dengan Zalora dan kali ini koleksi mereka lebih istimewa kerana memperlihatkan pembabitan artis terkenal untuk koleksi Diana Danielle X Emel By Melinda Looi. Dan untuk lagi sekali, ye, kawan aku beli yang warna hijau nombor dua yang ada dual tone tu. Gigih ye. Meriah raya korang tahun ni.





Koleksi Rizalman For Zalora untuk Hari Raya Aidilfitri 2014 adalah antara yang paling ditunggu-tunggu. Kenapa? Sebab branding 'Rizalman' itu sendiri kot. Semasa dilancarkan, koleksi baju raya Rizalman telah menerima pujian bahkan daripada para pengkritik fesyen. Menambahkan lagi elemen 'hype' kepada koleksi ini bila menampilkan ramai barisan artis popular seperti Scha Alyahya, Fara Fauzana, Amber Chia, Dayang Nurfaizah, Elfira Loy dan banyak lagi. Secara peribadi, aku rasa koleksi beliau adalah antara yang paling menarik sekali!






Untuk lelaki pun ada tahu siap dengan aksesori lain termasuklah sampin juga. Selain daripada itu ada banyak lagi jenama lain yang menawarkan pakaian Muslimah atau dress Muslimah untuk Hari Lebaran, apa yang korang perlu buat adalah rajinkan diri sahaja ke website Zalora Malaysia. Sebelum korang mula nak berangan makan segala jenis hidang raya macam lemang, ketupat dan rendang semua tu lebih baik pergi beli baju raya murah online daripada Zalora dahulu. Beli baju kurung, baju kurung moden, baju peplum kurung moden, baju peplum, kaftan, jubah dress, jubah moden, baju kebaya dan baju Melayu online. Serikan Syawal anda dengan koleksi baju raya 2014 terkini daripada Zalora!










Thursday, June 5, 2014

JPO For The 2nd Time!


This was not  the first time pergi Johor Premium Outlet tapi still excited camne tah. Probably sebab masa first time pergi dulu boleh tahan syok kot sebab dapat sebat kasut yang terlalu suka dekat Pedro. Suka sangat sampai kat rumah selang 5 minit pergi jenguk kasut tu. Lol!

Tapi tapiiiii untuk second time pergi ni alamak punah segala jenis harapan nak shopping. Padahal bajet dah siap-siap letak tepi tu. Basically sebab tawaran diskaun dia tidak berapa nak best banding waktu pergi dulu. Sebab dulu pergi time tengah sale gempak gila dek Chinese New Year. This time datang sale dia macam biasa saja. Next disebabkan benda yang nak dicari tu tidak ada pulak. Kalau ada pun size pulak terlebih besar. So sad. Haihhhhhhh



Tidak apalah asalkan dapat spend time dengan Mama kesayangan. Waktu ni May 1st hari jadi Mama so kita jenjalan sikit. Tidak belikan hadiah time ni sebab dah bagi awal. Hadiahnya hari tu belikan tote bag DKNY, tapi awal gila beli masa Februari ke Mac entah. Tapi kali ni balik tetap bawak something lah, kaftan dress Rizalman Ibrahim for Zalora Malaysia. Sebab waktu tu pakaian tradisional for women online tengah murah dekat Zalora. So dapatlah beli daripada koleksi baju raya 2013 dorang tu. Untuk tahun ni koleksi baju raya 2014 boleh tengok dekat website diorang. Lagi best daripada sebelum ni sebab ada banyak artis terkenal jadi model dia macam Scha Alyahya, Dayang Nurfaizah, Amber Chia, Elfira Loy, Fara Fauzana dan ramai lagi! Nampaknya Zalora dah semakin diterima sebagai destinasi fesyen online terkini selepas dilanda kontroversi 'Zalora Penipu' sedikit masa dahulu.

What else boleh buat bila aktiviti shopping nya tidak menarik? Selfie lah! Mehmehmeh




Nah itu sahaja. Habiskan masa terluang dekat office before nak balik nih. So daripada duk check Twitter and Facebook je, update lah seketul blog post dekat sini. Jumpa lagi.

:)


Sunday, March 30, 2014

Dress Muslimah Jovian Mandagie for Zalora MURAH!




Aku ada satu dress Muslimah daripada Jovian Mandagie for Zalora ni. Harga asal RM450 tapi aku boleh bagi lebih murah daripada tu. Size M. Sebab apa nak jual?  Kisah sebenarnya nak belikan untuk orang tapi size nan hado tidak muat pulak so daripada simpan berhabuk dekat rumah better jualkan dekat orang yang berminat. Condition dia tip top belaka tidak perlu risau. Kalau nak boleh contact : 0173054780

Tapi nombor itu hanya untuk tujuan BUSINESS macam Sparkling Skincare atua Bag Furla Malaysia sahaja. Nak flirt-flirt or mengada-mengada gedik tidak payahlah. Nombor itu untuk tujuan business sahaja. Lagi satu untuk yang SERIOUS sahaja  ye. Kalau nak dress ni silalah contact nombor tu. Design lain tidak ada, warna lain pun tidak ada. Hanya satu ni sahaja.

Sesuai untuk dijadikan dress Muslimah. Fesyen Muslimah terkini kan semakin popular sekarang kan so ramailah hijabista or perempuan berhijab dok tercari-cari baju Muslimah macam ni. Bagi yang berhijab boleh je padankan dengan fesyen tudung terkini atau shawl. Mesti nampak cantik nanti!

(^-^)



Wednesday, November 13, 2013

Breast Cancer Awareness Campaign by Zalora Malaysia



Zalora Malaysia , laman online shopping Malaysia terbesar telah menjayakan Breast Cancer Awareness Campaign pada 23 Oktober 2013 yang lalu dalam usaha memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama dalam kalangan wanita tentang perlunya pengetahuan mengenai penyakit membunuh ini.

Tiga orang pesakit kanser yang berjaya melalui saat getir ketika menghidapi kanser payu dara telah dijemput dan diberi 'make over' oleh styling team Zalora.



We got the chance to snap pictures with these three survivors. Nampak tidak 'Pink Power' tu? Kitorang kena tulis atas kertas macam interesting slogans untuk kempen ni and itu aku punya. Hehehe



We wore pink on that special day in support for the campaign too. Comel-comel masing. Ada yang selama ni nampak garang tapi muncul on that day with the brightest pink! Hahaha semua orang take part.



Behind the scene waktu photoshoot. There were 10 Zalorians yang dipilih untuk menjayakan moment ini. 








These three ladies sangat sopan and sentiasa tersenyum. Nanti tengok ye video interview mereka ceritakan pengalaman macam mana sebelum, sewaktu and selepas dapat penyakit kanser payu dara.








Then ramai-ramai kumpul buat bulatan untuk video pulak. Kali ni siapa-siapa yang pakai pink boleh join. 



Hampir semua team sama-sama buat untuk video ni.






Andddd ini lah Zalorian yang terpilih. Molek-molek belaka semuanya! hewhew


Elinor


Wen Dee


Sepi


Wacleus Chin


Kenzee


Syafiq


Stacy


Jun


Me lahh!! hahaha













Jom tengok video ni. Korang harus tengok apatah lagi yang perempuan. Mereka menceritakan saat-saat diorang struggle dengan penyakit tu, ada yang sampai bertahun-tahun tahu! Jadikan kisah mereka sebagai inspirasi untuk anda.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...