Followers

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, December 13, 2013

(Review) Hobbit The Desolation of Smaug : Hebat atau Tidak Gah Mana?


Siapa minat tengok Lord of the Rings? Mesti korang suka juga tengok Hobbit kan? Well nak hujung 2013  ni makin banyak filem best-best tahu. Aku panggil bulan December adalah bulan pokai sebab duit banyak habis tengok wayang. Sob sob....



Hobbit The Desolation of Smaug dah keluar! Actually dekat Malaysia keluar December 12 2013 tapi kebiasaannya kalau filem yang besar macam ni mesti malam sebelum tarikh tu dah ada dekat panggung....and I was right!

Hari Rabu tu check dekat GSC and TGV memang dah ada. Showtime dalam pukul 8 ke atas. Paling kecewa bila banyak dah full. Merata sold out okayh! Last-last dapat dekat GSC The Gardens. Movie start pukul 11.45 pulak tuh. Oh redha je lah sebab esok pagi nak pergi kerja kan. 



Filem ni besar, itu sudah tentu. Tapi entah kenapa aku rasa ada elemen CGI untuk sesetengah babak macam 'cikai' atau tidak cukup cantik kalau nak dibandingkan dengan Hobbit yang pertama dulu. Sedangkan ada scene lain yang memang nampak usaha diorang untuk that particular scenes. Scene yang ada kaitan dengan Smaug the Dragon memang hebat!



Paling best kita dapat tengok watak yang sangat kita kenal macam Legolas. Tapi sayangnya Gimli tidak ada. Kalau tidak boleh tengok diorang bertekak. Haha



Ini adalah watak paling aku suka, Gandalf the Wizard. Nasib baik dia masih ada even waktu ni masih Gandalf the Grey bukan yang warna putih tu. Aku lagi suka yang warna putih sebab dia lagi power, cergas and cepat bertindak.


Oh at least ada pun watak bapa kepada Legolas ni, King of the Wooden Elf, King Thranduil. Suka gilaaaaa dengan watak dia ni. Sangat firm, garang, cold gilah! tapi dia ada aura yang memang ada pada seorang raja. 



Sebelum ni dalam LOTR kita nampak keturunan Elf yang sopan santun, baik-baik belaka dari hutan apa tu kan. Tapi Wooden Elf or Elf Rimba agak lain sikit sebab kurang cerdik, kadang-kadang too hasty buat keputusan and lebih merbahaya.


Overall it's quite a good sequel even ada yang tidak best macam sesetengah scene yang nampak macam cheap sikit tuh. Ending dia memang tergantung sangat macam filem pertama. Tengah seronok-seronok layan kerenah si Smaug mengamuk tiba-tiba habis.........

Tidak sabar nak tunggu yang seterusnya ;)


Rating : 3.5 bintang





Monday, September 2, 2013

(Review) Mortal Instruments : Biasa Saje!


Alhamdulillah. September bermula dengan berita gembira dekat tempat kerja. Syukur rezeki Allah bagi. Moga terus dikurniakan rezeki dan nikmatNya. Amin.


Btw last week ada pergi ke Pavilion, rasanya dah lama jugak tak pergi sana. So hujung minggu hari tu bila tak ada kerja dekat rumah kita ringankan kaki ke area Bukit Bintang sebab nak tengok Mortal Instrument dekat Pavilion.



Lagi pun dapat dua free ticket dekat office so kena guna before terlupa. 



Lama dah tidak makan Korean Cuisine dekat food court Pavi tu. Kalau dulu hampir setiap minggu pergi makan. Tapi entah kenapa kali ini kecewa sikit sebab macam dah tidak berapa nak sedap. Ke sebab dah terbiasa sangat makan?



Jalan-jalan dekat level 6 yang ada Tokyo/Japan Street tuh. Meriah sebenarnya dekat atas tu tapi kalau pergi pun sebab ada Daiso. 



Sebelum movie kita singgah sekejap Bangkok Bistro or Chakri Palace pekena dessert dekat sana. 



Red Ruby....ermmm...tak ingat nama penuh. Hehe. Tapi sedap n fav!



Pulut Mangga diorang pun not bad, selalu makan jugak. Tapi mangga dia kali ni kurang manis. 



Mortal Instruments


Jalan ceritanya mudah. Keringkasannya dapat dipahami dengan plot yang terlalu biasa kita tengok dalam filem-filem Hollywood yang bergenrekan seperti ini. Tapi untuk meletakkan filem ini sebaris 'sejenis'nya macam Harry Potter, Twilight, Percy Jackson dan lain-lain rasanya belum mampu. Tunggulah kalau ada sambungan. I Am Number Four pun jauh lebih menarik. Aku mengharapkan watak-watak macam shadowhunter tu semua ada power yang at least menarik sikit tapi hampa bila ala kadar sahaja. Naruto lagi hebat! Heh.

Lebih berbaloi tunggu untuk download dekat torrent je.



Friday, August 2, 2013

(Review) The Conjuring : SERAM!


Knowing me, aku jenis yang lebih suka pergi tengok wayang daripada pergi melalak karaoke. Mungkin sebab aku memang bukan kaki karaoke. Sedor diri suara tak sedap so simpanlah suara takmo buat gegendang telinga orang lain yang mendengarnya pecah. Hahaha

Btw, 23 Julai 2013 yang lepas aku dapat invitation daripada Nuffnang Malaysia untuk premiere screening filem seram The Conjuring. Excited betul!

Sanggup ok join contest soalan depa dan alhamdulillah dapat terpilih. Dapat 2 keping tiket percuma. Lokasi? Di TGV One Utama. Lepas kerja balik rumah kejap mandi segala then terus ke sana.

Disebabkan traffic jam so tersangkut juga lah waktu otw ke OU tu. Macam biasalah kan, KL kot. Sighhhhh

So dalam kereta lagi aku dah buat plan sampai je sana terus cari tempat untuk berbuka. Siap Google kedai sushi kat sana sebab lebih mudah daripada makan tempat lain. 



Ye I was right. Sampai-sampai je dah pukul 7.15. Terus mencicit cari sushi yang berdekatan. Then jumpa ni, Sushi Q.


Last time makan dekat Paradigm Mall. Best tahu! Sebab korang just pilih je mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau walaupun diorang dah sesiapkan awal-awal tapi sushi dia fresh! Pelbagai jenis ada.


Yang atas sekali tu lobster mende tah. Lupa nama. Tapi basically macam sushi biasa cuma ada chunks of lobster kat atas dia. Sedap tahu! First time makan sebelum ni memang suka. Kali kedua datang ni terus ambil dua. Niat di hati tak nak kongsi dengan sesapa. hahaha

Habis makan terus ke TGV. Agak ramai orang dah beratur kat sana menunggu Nuffnies comel dan handsome datang untuk kita ambil tiket 



Me. Playing with the mirror kat situ. Hihi


Yeayyyy budak-budak Nuffnang dah sampai!



Dah collect tiket kita tunggu lagi sat sebab movie tak start untul 9.15. So kita pergi cari ice cream jap sementara mengisi masa lapang. 


Kemain si masa lapang sambil makan gelato?? Ye aku kuat makan ye. Btw ice cream tu tersangat sedap!

Review tentang The Conjuring ni, personally aku rasa filem ini antara filem seram yang berjaya buat aku tak senang duduk dekat kerusi. Filem ini tidak mengecewakan! Berjaya lepasi expectation aku. Tak macam Sinister, tak macam The Last Exorcism mende entah hari tu atau filem yang poster dia gambar tangan keluar daripada mulut budak perempuan. Damn! aku lupa tajuk cerita tuh. 

Jalan ceritanya mudah, senang untuk kita digest daripada awal filem itu berkisar tentang apa. Paling menarik perhatian aku, tahap lakonan pelakon-pelakon dia yang cukup cemerlang. Teriakan, rasa ketakutan, tangisan, rasa gusar cukup terpancar pada muka setiap pelakon. Korang tak akan dapat bad acting atau teriakan mengada-ngada pelakon dia bukan macam teriakan 'kosong' seperti dalam filem-filem seram pengarah ehermmmm dekat Malaysia nih.

Serious.

Kalau korang jenis minat cerita bergenre sebegini, pergilah tonton! Terima kasih Nuffnang Malaysia atas pemberian tiket tersebut

(^.~)


Sunday, March 24, 2013

(Review) The Croods : BEST Gilahhhh!! ;)


Ada orang tanya kenapa bila dah kerja makin kurang aktif update blog? Bila kita jawab sebab kekangan masa ok mereka faham. Tapi masih lagi tanya'Balik dari office sebelum tidur update lah kejap' 

Aku : dah seharian hadap laptop kat office memang cannot lah nak hadap lagi dekat rumah. 

hahahaha...ye! memang pun. Bila dah balik balik rumah, habis siap mandi makan semua memang bila tengok katil rasa nak terjun je terus tak mo dah bukak laptop. Leceh. Paling kurang pun sebelum tidur tengok handphone belek Twitter n Instagram. FB? Dah jarang sangat bukak weh. 

Plus, dekat office kerja tulis artikel bagai. Hari-hari kena perah otak keluarkan idea-idea bernas. Bila balik rumah nak update blog memang otak dah penat sangat nak fikir even sebaris ayat...hahaha

Kalau hujung minggu memang kurang keluar kecuali untuk shopping. Kalau tengok wayang pulak, selalunya after working hour depends dengan showtime jugak lah.



Last week sempat tengok cerita ni. Dah lama menantikan lagi-lagi bila dapat tahu yang OST untuk cerita ni ada featuring Yuna dengan Owl City. 

Alamak memang best lah citer nih. Animasi ni sama best macam Wreck-It Ralph n Rise of the Guardians tahun lepas. Sangatlah kelakar. Jalan ceritanya diisi dengan kejadian-kejadian lucu namun ada masa kita boleh nampak pengajaran atau moral yang disampaikan. Elemen kekeluargaan cukup jelas. Kasih sayang antara ahli keluarga The Croods pun digambarkan dengan cukup baik.

Elemen visual dan grafik? Perlu ke dipersoal lagi. Tengok trailer pun kita tahu kehebatan produk Dreamworks ni.



Ni hari tu punya. Aku memang agak hantu sushi jugaklah walaupun bukan semua jenis aku makan...hehe yang ini dekat Pavi but somehow I found, perhaps I would choose Sushi King over Sushi Tei.


Rambang mata tahu tengok pinggan-pinggan comel ni bergerak. Sangat! hahaha



Ini pulak Chicken Salad dekat Anya Cafe bawah office. Rm10 for this big bowl of salad, I would say memang berbaloi n of course sedap :)



Ok lah kita nak rehat dulu. Esok dah kena kerja balik tsk tsk tsk (>.<) Dah r tonsil bengkak n tekak sakit nih....haihhhh tak apa demi sesuap nasi n rezeki. Semoga dipermudahkan dan diluaskan pintu rezeki oleh Allah. Amin.

Btw, untuk yang bertanyakan produk terbaru dekat ILoveblogshoppe boleh check dekat blogshop tu atau dekat sini untuk produk kulit dan kecantikan. Untuk tempoh sekarang ni aku ada buat promosi dengan harga rendah dan penghantaran percuma.

(^_^)









Monday, March 4, 2013

(Review) Gangster Celop : Hanis Zalikha Menghiburkan


Ouh yeahh have been waiting for this movie since I saw someone or even it's Hanis sendiri tweet pasal cerita ni dekat Twitter. Daya penariknya sebab I guess it is Hanis Zalikha's first film ever kot. Eh betul lah kan? Kalau drama yang Mariam Kampung Putat kebende tu. 



It's kinda hilariously funny. Serious. Mostly sebab dialog n pelakon-pelakonnya. Jalan cerita yang simple even ada twist sikit at the end to make it more interesting, even...hurmm tak apa next time kita harap penggiat seni kita would come up with more n moreeeeee interesting plot n jalan cerita kan. Tak apa teruskan support our local film industry.



Balik singgah kedai makan Chinese Muslim fav dekat Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Kedai sebelah dia ada jual Otak-otak. Kecik cekenot je stall dia letak, yang jaga Bangla pulak tu. Gigih dia kerja hantar satu bekas dekat setiap kedai. 

Dekat seminggu jugak bila asyik datang makan je mesti makan. Satu bekas ni RM4. Makan pun sebab memang suka. Kalau dekat Johor senang dapat nih. Dekat KL ni susah sikit nak dapat yang betul-betul sedap n murah. 

Tapi kan, sekarang ni dah tak ada jual. Mungkin tak dapat sambutan. Aku je kot pelanggan setia yang beli hari-haro (-.-)" sedih!



Ini lah budak dua ekor Si Aaron n Miko. Besar kan! Hehehe manja, nakalllll tapi sangat bijak si gemuk dua ekor nih. 

Harap-harap sihat lah korang berdua nih ye.

(^_^)






Thursday, December 6, 2012

(Review) Wreck-It Ralph : Comel! Lucu!


Saja je pakai baju tu. Fefeeling bajet pelancong dari Indonesia baru sampai Kolumpo....hewhew

Minggu ni tak berapa nak jalan sangat rasanya sebab nak jimat duit. Banyak benda nak dibeli, plus dah ada plan untuk masa depan *gituhhh kalau tak simpan nanti habis macam tu je lah. Duit ni dah lah mengalir je macam air.

Tapi ada movies best dekat wayang. Ada Life of Pi, Wreck-It Ralph, Lagenda Budak Setan 2, Rise of the Guardians n macam-macam lagi. So jom kita pergi! hehehe

Plan asal memang nak tengok Lagenda Budak Setan 2. Teruja sangat sebab yang pertama dulu tengok dekat wayang. Agak ok lah. Suka sebab lagu tema memang sedap didengar, sinematografi cantik, itu yang menarik untuk filem pertama. Tapi disebabkan dah terpengaruh dengan review untuk filem kedua ni so tak jadi tengok. Ramai update review kata filem ni kurang best macam yang pertama. Alarhhhh sedih!

Last-last pilih tengok Wreck-It Raplh. Macam best tengok trailer dia. Malas nak ke KLCC n Pavilion, so tengok dekat GSC Times Square je. Selalunya tak ramai orang. Tapi disebabkan ini animation n tengah cuti sekolah, so bersiap sedialah berebut dengan budak-budak kecik hahaha

Bagusnya kali ini even panggung penuh dengan budak-budak, diorang sangat behave. Tak ada yang buat perangai nangislah, jeritlah. Bagus, tenang waktu tengok cerita ni.



Ok kita buat review seringkas boleh ye.

Filem ini boleh dikatakan wajib untuk ditonton bagi yang suka animation. Sangat menghiburkan! Penonton kanak-kanak malah yang dewasa pun turut ketawa tengok aksi lucu karakter dalam filem ini. 

Visual grafik yang berkualiti. Mantap sungguh hasil kerja diorang. Korang pasti kagum dengan 'kecantikan' dan 'kecomelan' dunia fantasi dalam filem berkonsepkan watak-watak game ni. 

Idea penceritaan yang sebenarnya sangat simple tapi tak pernah kita bayangkan untuk diolah sebegitu rupa. Like seriously! Pernah terfikir watak game yang selalu kita main tu sebenarnya ada dunia dimensi mereka sendiri, ada emosi? hihi

Karakter dalam cerita ni comel-comel belaka. Korang akan suka dengan watak macam Ralph, Felix n Vanellope dari game Sugar Rush.

Filem ini turut mengajar kita erti persahabatan walau berbeza latar belakang dan jangan pernah berputus asa dalam apa jua kita buat.


Rating : 4.2 bintang



Ini pula *candid* waktu dekat rumah. Muka happy sebab customer dari ILoveblogshoppe berpusu-pusu letak order...hehe alhamdulillah. Btw, nak update sikit yang Tabita dah habis stok. Nanti bila kita dah restock akan let you guys know. Tapi untuk Beutskin Essence n produk-produk lain semua masih ada. Sila contact untuk buat order. Terima kasih. 

:)


Sila email : iloveblogshoppe@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan 
atau hubungi : 0173054780 untuk tempahan dan pembayaran langsung
atau tinggalkan sahaja komen anda di sini :)


p/s : mohon agar berikan kerjasama dalam melakukan proses urus niaga. Nombor dan email yang diberikan hanyalah atas tujuan business semata-mata. Terima kasih.





Tuesday, November 27, 2012

(Review) Istanbul Aku Datang! : Soooooo Sweet!!


Ini adalah kerja gila. Tak pernah dibuat dek aku. Dalam satu hari, dalam tempoh yang singkat terkejar-kejar ke sana ke mari. Waktu ni 14 November hari Rabu. Hari Isnin tu dah terbeli (terbeli ke??) tiket Teater Tun Siti Hasmah dekat Istana Budaya. Mudah je beli via online. Tak kuasa lah aku heh nak beli dekat kaunter mana-mana yang ada disediakan tu. Tak ada masa.

Waktu hari Rabu tu kita punya show pukul 8.30 malam, so waktu siang n petang tu boleh lah kita plan buat apa yang patut kan. Mula-mula ingat nak kemas rumah n masak segala sekali tiba-tiba idea gila plus mengada-ngada datang dalam kepala otak yang geliga ni...haha

Disebabkan termakan dek hasutan promosi filem Istanbul Aku Datang dekat tv n siap trending tiga hari berturut-turut dekat Twitter, aku terpaksa mengalah. So pepagi buta hari Rabu tu dah bangun awal. Dah check tiket n beli dekat website GSC. Show paling awal pukul 12pm kita terus beli. Dalam kul 11 pagi dah sesiap menuju ke Times Square.



Sempat usha tengok orang sebelah makan apa tuh sedapnyaaaaaa....



Gigit jari tengok akak tu pakai Galaxy Note! bestnyaaaaa....bb aku yang dah rosak tu masih belum repair lagi..sob sob :(



Hall penuh!! dah lama tak tengok filem Melayu ditonton dengan begini ramai. Last time tengok Zaiton Sameon alahaiii setakat 5 orang je. Sadis!

Aku memang suka dengan karya Bernard Chauly. Dia ada sentuhan 'urban' dalam filem-filem dia. Lihat saja Pisau Cukur dan Gol & Gincu, masih antara fav!



Too bad ramai yang memang expect Fazura berlakon dalam cerita ni, tapi takpelah Lisa Surihani best jugak. Dia bawa watak Dian dengan cukup baik sekali. Comel, cepat gelabah, jujur dan periang. Itu dah cukup buat kita suka dengan watak itu.



Watak Beto Kusyairy sedikit lebih menonjol daripada Tomok. Aku sendiri memang prefer watak Lisa tu di'kenen'kan dengan watak Beto. Nampak lebih serasi n comel. Not to mention, watak Tomok tu waktu klimaks nanti sangatlah annoying! haha 

Eh aku cakap pasal watak diorang dalam filem tu ye, bukan in real life...huhu

Secara ringkasnya, filem Istanbul Aku Datang mengajar kita beberapa perkara dalam hidup dan juga perhubungan. Ada masa orang yang kita rancang dan mahu bersama sejak sekian lama sebenarnya tidak layak untuk cinta kita. Sebaliknya ada orang lain yang lebih menghargai diri kita. 

Filem ini sangatlah sweet! 

(^.<)

Rating : 4 bintang





Monday, November 26, 2012

Ayuh! Kita Pulang Ke KL :)



Akhirnya lepas tiga hari kita pun pack barang sesiap balik ke KL. Supposedly balik on Sunday, tapi lepas kita check jadual kerja eh ada peluang untuk balik on Monday pulak. Bagus! Dapat terus manjakan diri dengan makanan yang banyak dekat rumah mama...harharhar

Mama n Cik As dengan baik hatinya sanggup hantar kitorang ke Melaka, n dari sana amek bas. Actually jimat masa n duit juga. Sebab dari Melaka ke KL kejap je pun, plus ke Melaka dari Johor naik kereta pun sekejap je kan. All thanks to them...hehe

We stopped at the RnR near Machap for breakfast. Dekat situ ada satu kopitiam yang agak sedap roti dia.



Sebelahnya ada playground kecik, ada ramai budak-budak kecik ni main kat situ. Dari tadika mana entah, pergi rombongan kot. Riuh diorang main, so comel :)



Kita berhenti breakfast dekat Kaya Kopitiam. Dulu waktu datang sini sedap foods dia. Roti dia yang sedap, sebab lembut n favourite nenek.

Tapi ada drama tak best pulak dekat sini waktu ni. Semuanya sebab tukang waiter macam sengal sikit. 



Alamak, roti dia kurang sedaplah kali ini. Memasing complain roti dia keras tak macam dulu. Eh diorang je makan, aku tidak sebab tak sihat. Demam. Tapi nampak sedap kan? Actelli roti tu je yang kureng sikit sedapnya. 






Heh ini lah punca dramanya. Hanya demi segelas Chinese Tea...haha..budak yang amek order tu datang without tulis dekat kertas macam pelayan normally buat. Kitorang siap dah ingatkan dekat budak tu untuk tulis takut dia lupa. But still dia refused. Kita ingatkan lagi, sebab tak nak nanti order salah pelik-pelik but still dia snob sikit lah, berlagak kata boleh ingat. Ok.

Sekali tiba-tiba datang?? haihhhhh ni yang buat aku naik hangin.

Aku order dengan jelas mintak hot Chinese Tea tapi yang datang iced. Oh tadi kata boleh ingat ea? Sib baik aku menahan nak marah, tapi mama yang bising 

'Tadi confident sangat kata boleh ingat order?'


Haaaa kan dah kena. Actelli perkara kecik je tapi sebab aku demam n selsema teruk time tu so aku memang nak air panas n agak emo sikit lah time tuh....hehe..apa? korang kalau tengah demam bersin manjang sebab flu mesti mood swing sikit kan? aku pun gitu lah.

Inilah masalah pelayan-pelayan kat Malaysia. Korang kalau kerja kena layan customer macam dalam bidang F&B ni pleaseeeeee hormat customer n kerjalah leklok. Macam aku pernah complain pasal orang-orang dekat Chicken Rice Shop, sepatutnya diorang kenalah maintain good quality of service baru customer happy n suka datang kan.

Tapi kalau ada yang lalu highway dari JB nak ke Melaka or KL tu kalau berhenti dekat RnR Machap tu try lah makan dekat Kaya Kopitiam. Over all makanan dia sedap jugak.



Disebabkan tak sihat, langsung tak kesah nak buat rambut ke apa. Pakai baju terus masuk kereta tidur n sedut inhaler untuk hidung tu. Serabai pun biarlah tetap ada orang nak tengok eh *kbyeee

Bersin je all the way dari Johor-Melaka-KL 


:(


Monday, November 19, 2012

Pontianak VS Orang Minyak Akan 'Menggila' Menghiburkan Anda!


Pengarah : Afdlin Shauki
Tarikh Tayangan : 22 November 2012
Genre : Komedi Seram
Durasi : 1 jam 43 minit
Syarikat Penerbit : Ismail Holdings & Vision Works Sdn. Bhd
Promosi & Pengedaran : Alternate Pictures

Pelakon :

Nabil : Ponti / Sirun
Johan : Omi / Ketiak
Sharifah Shahirah : Ratu Syaira
Sharifah Amani : Maria
Afdlin Shauki : Pak Rejab
Harun Salim Bachik : Lembaga Hitam
Black Kopi O (Raja Lawak) : Dr Romi
Lana Nordin : Ruminah
Khir Rahman : Sudiro
Adibah Noor : Saodah
Isma Hanum : Bunga Cinta Melor
Nur Atirah Rahani : Bunga Cinta Kasturi
Fizz Fairuz :  Hentak
Tepet Raja Lawak : Pakok

Penampilan Istimewa :

Fara Fauzana
Noh Hujan
Dr. Azizan
Vanidah Imran
Dira Abu Zahar
Ozlyn Watie
Mak Jah


Sinopsis :

Pontianak VS Orang Minyak mengisahkan pergolakan hidup dua ekor hantu yang baru saja berkecimpung di dalam dunia kehantuan. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula seekor orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain yang ditugaskan untuk  menunjuk selok belok menjadi seekor orang minyak kepada beliau. Walaubagaimanapun, ujian terakhir mereka merupakan cabaran yang sangat hebat apabila mereka dihantar untuk mencari mangsa di sebuah kampung yang dipanggil Kampung Puaka. Malangnya Kampung Puaka ini dipenuhi oleh orang-orang yang tidak takut akan hantu. Mereka ini tergolong daripada golongan pawang, bomoh dan juga hantu-hantu yang telah bertaubat. Kampung Puaka juga telah dipasang “pendinding sakti” dimana semua hantu tidak dapat masuk ke dalam kawasan kampung itu.  





Kampung Puaka menerima penduduk kampung yang baru iaitu Saodah dan dua orang anak perempuannya, iaitu Bunga Cinta Kasturi dan Bunga Cinta Melur. Ponti dan Omi merancang untuk menyerang kedua – dua anak perempuan Saodah, tetapi, sebaliknya, mereka telah jatuh cinta kepada mereka. Ponti jatuh cinta dengan Bunga Cinta Kasturi, manakala, Omi pula jatuh cinta dengan Bunga Cinta Melur. Ini membuatkan mereka mengambil keputasan untuk menukar rancangan mereka, Ponti akan menyerang Bunga Cinta Melur dan Omi akan menyerang Bunga Cinta Kasturi. Tetapi, mereka berdua telah dihalang sesama sendiri dan menyebabkan mereka berdua bertelingkah.








Dalam pada masa yang sama, terdapat perebutan kuasa untuk menjadi ketua Kampung Puaka antara ketua Kampung Puaka dan adik iparnya sendiri, Sudiro. Tetapi, oleh kerana Pak Rejab adalah seorang yang lebih berpengalaman, Sudiro terpaksa mengikut cakap Pak Rejab. Ini membuatkan Sudiro tidak puas hati dengan Pak Rejab, dan telah membelot kampungnya sendiri  dengan membuat perjanjian dengan ketua Orang Minyak, dan Ratu Pontianak. 

Apa akan terjadi kepada nasib penduduk Kampung Puaka? Yang lebih penting, apa akan jadi kepada Ponti dan Omi? Adakah mereka berdua akan menjadi hantu yang sejati? 


Filem ini turut menampilkan penampilan istimewa beberapa selebriti terkenal. Menarik bukan? :)

Jangan ketinggalan untuk 'menggila' bersama filem arahan Afdlin Shauki ini di pawagam pada 22 November 2012!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...