Followers

Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Inilah Bae Saya...



My Bae, Sam Sam Galbi

Korang ada bae jugak ke? Aku pun ada. Tapi aku punya hadir dalam bentuk makanan. Muehehehe

Eh ko pehal gelak lebih? Mesti nak kata aku lonely khennnn. Hahaha

Nak ada bae dalam bentuk manusia tidak kemampuan sebab tidak ada orang nak, so mampu untuk ada bae ni je lah. So very kesian kan. Tidak apalah asalkan puas lepas sumbat masuk dalam perut. Kenyang pulak tuh! Yang penting bae aku sejenis yang import punya datang dari Korea. So redha je lah jodoh tu dari negara bermata sepet.

I love you, bae!




Wednesday, October 15, 2014

Sushi Zanmai Malaysia : Yummeyhhhh!



Aku sangat gilakan sushi! Ermmmm tapi tidak pernah hafal nama sushi atau jenis-jenis dia hahaha. Sebab tahu makan aje :')


Well sebenarnya suka makan sushi sebab wasabi dia tu kot. Orang lain kalau makan sushi banyak yang prefer letak lebih kicap dia tu kan. Tapi aku letak lebih banyak wasabi. Terbalik. Tapi terbalik yang sedap. Kalau tengah demam or selsema lagilah suka sebab boleh clearkan segala benda yang ada dekat hidung. Hihi

Selalu dengar nama kedai Sushi Zanmai. Tapi tidak pernah pergi sebab Pavilion dengan Times Square tidak ada kot. Fahrenheit maybe ada. Tapi sebab tidak selalu pergi sana so tidak pernah terjumpa. Kalau nak makan sushi memang pergi dekat Pavi. Ada dua, Sushi Tei dengan Ichiban Boshi. Kalau lepas keluar office ada rasa kempunan nak makan sushi yang paling and malas nak redah Bukit Bintang tu pergi je dekat Sakae Sushi Times Square.

Masalahnya orang Gemini macam aku ni kitorang senang bosan (yes, deal with it! haha) kalau asyik pergi tempat sama macam bosannyaaaaaa. Sushi King dekat KLCC tu pulak memanjang penuh. Sakae Sushi pulak makin lama macam makin tidak berapa nak 'kick' kualiti makanan dia. Ke sebab sudah banyak kali pergi? I donno lah.

But but....last week dapat pergi Sushi Zanmai dekat Avenue K. Baru tahu dekat sana ada Sushi Zanmai! *tepuk dahi* Sudah banyak kali sebenarnya nak try Sushi Zanmai tapi kalau dekat One Utama tu selalunya ramai gila orang. Nak tunggu pun kemain banyak yang beratur tunggu. 




So last week buat pertama kalinya dapat makan dekat Sushi Zanmai. Tempat dia best and cantik! Staff dia pun not bad, service bagus. Tapi paling penting kualiti makanan dia. Memang superb! Rasa puas gila!

Oh ye please jangan tanya apa nama yang aku makan ni semua. Aku tidak pernah ingat. Korang tahu kan aku punya perangai macam mana? HAHAHAHA makan je tahu. Nama makanan Melayu pun belum tentu lepas. So masa nak order ni main tunjuk je apa dalam menu.



Harga? Mehhhhh, again, aku fail bab nak compare ni. Kalau nama pun tidak ingat, apatah lagi harga nak masuk dalam memori kepala. But rasanya not bad kot. Tidaklah semurah Sushi King or Sakae Sushi. Lebih kurang macam Sushi Tei and Ichiban Boshi. Tapi quality wise nak dibandingkan dengan harga rasanya memang highly recommended!



Mungkin lepas ni boleh pergi lagi. Itu pasti! Mungkin hari ni? Mungkin sebab ayaq lioq dah jejeh-jejeh atas keyboard sambil tulis blog entry ni? Hikssssss. So kesimpulannya kalau korang nak makan sushi yang sedap, fresh dengan harga yang bersesuaian dengan kualiti dia why not go and try Sushi Zanmai! Nak tahu mana Sushi Zanmai's nearest outlet cuba layari aje website diorang!

Makanlah puas-puas!


Rating : 4.2 bintang




Wednesday, May 14, 2014

Nando's :)


Sudah lama sangat ni sebenarnya kejadian ni berlaku. hahaha. Waktu ni pergi ke Nando's area Bangsar untuk meraikan birthday salah sorang colleague dekat sana, Ellinor. Selain tu celebrate Zainor's last day of internship jugak. Disebabkan dah lama benda ni tapi try jugaklah selit sebab dah lama tidak update blog kan ;)



With birthday girl, El.



JR on the left and Nadia.


I had this. Kurang sikit enjoy Nando's sebenarnya sebab portion dia tidak besar sebab tu jarang nau pergi. Tapi bila mengenangkan betapa sedapnya sos peri-peri dia tu terus lembut hati. Muehehehe



PR girl, Stacy and from the Partnership team, Wendee.



Letak lagi? Motifnya sebab tengah lapar ni dekat office. Kecur air liur tengok (-.-)



siapa tu? Oh ye, Kevin. Alamak dia dah chow already. Waktu tu dia intern under El. Hahahaha see? Memang lama sangat dah ni waktu new year kalau tidak silap. Sebelahnya ada Lionel and Victor our Web Master. Then the girls tidak berapa nak nampak mukanya Jun, Lilian and Anna. 

Sudah kata kan memasing datang sini sebab sos dia je. Kau tengok tu dekat meja kami je berapa biji botol sos kitorang amek. haha



Elinor, Zainor and AJ. AJ pun sudah tidak ada. Baru je berhenti recently meneruskan hidup kekdahnya di company baru. Haaa gituh.




Ini baru half of the marketing ye. Baaaaaaanyak lagi yang tidak ikut join. Moh ler amek gambar reramai before balik.



Gambar ini khas untuk group Pulau Bidadari kami sahaja. hahaha.

Sebab dekat office untuk area Marketing kami ada few kelompok of meja membahagikan setiap team dengan team yang lain under department kami. So antara penghuni group yang sama kami ni lah. We call it as 'pulau'. So inilah kami dari Pulau Bidadari yang didiami oleh orang yang baik-baik sahaja. Hikssss



Monday, April 7, 2014

Budak Kecil Datang Melawat Office!


Yeayyyyy tengok ni siapa datang office! hehehe budak ni dah lama duk tunggu-tunggu hari tu dia datang juga. Putra ni anak budak office, nama adik dia Anggun kecik lagi so ayah dia tidak bawaklah waktu nak ambil mak dia balik kerja. 



COMEL gila kan???



Macam nak picit-picit je pipi tu kalau boleh heh. Masa ni dia tengah 'terkejut' first time masuk office tengok ramai orang kan. So dia belum 'panas' lagi. Terkebil-kebil orang-orang tarik dia nak ajak bergurau.



Bila nak balik tu bawak pergi area depan jalan-jalan sikit nak warm up katanya kan. Kasi dia duduk dekat area sofa tu hah terus dia nak mula berjalan. 






Haaaaa bila enjin dah cukup panas n selesa baru dia mula gurau-gurau ketawa. Budak ni jadi perhatian masa tu. Semua orang daripada department Marketing sampailah ke Customer Service semua kejar dia. Kalau aku ada anak sedara comel macam ni hari-hari selit dalam beg bawak pergi office. Bukan untuk tayang dengan niat 'tengok aku ada anak buah gila cute, kau aderrr??' semata-mata tapi boleh jadi pengubat stress bila tengok serabut kerja. Hahahaha



Before dia mula nak berjalan-jalan tuk kasi makan popcorn daripada Planet Popcorn order daripada Foodpanda Malaysia dulu. Sejenis umpan lah kan. Budak-budak bila kita nak tarik perhatian mesti kasi something, ye idok? Masa tu pertama kali beli daripada Foodpanda. Order online ramai-ramai masa ni tidak sampai 40 minit kot terus sampai. Sekejap boleh tahan kan? Padahal mula-mula dia kata satu jam. Buat snek makan kudap-kudap dekat office tu. Pelbagai jenis flavour kita beli daripada choc, caramel, green tea sampai ke wasabi. Wasabi tu aku punya n sedap gilaaaa! Tidak menyesal beli. Kalau nak tahu Foodpanda ni tempat untuk kita order makanan secara online tahu. Macam-macam jenis makanan daripada pelbagai restoran atau kedai boleh kita beli bergantung dengan kawasan kita. Cakap je daripada Chinese food, pizza, Chatime, popcorn, sushi, Starbucks semua ada lah. Kalau tidak percaya pergi tengok! ;)

Monday, March 3, 2014

Tekka Market, Little India Singapore


AWAS!

Entry ni banyak gambar je sebab aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang enjoy je lah tengok gambar ye :)






The famous Masjid Sultan of Singapore, kalau tidak silap nama dia.





Masa kat sini actually aku cari kedai-kedai yang selalu orang pergi amek gambar rupanya kat belakang dia ea? Aku lalu depan je. Sob sob









Ayam penyet yang I mentioned earlier in my previous post.





Kalau nak cari beg ni pergilah dekat Bugis Street. Cantik-cantik dekat sana. tapi few months lepas balik Malaysia baru nampak orang start jual design macam ni dekat area Sungai Wang.



Ni area Dobby Ghout MRT near Zalora's HQ



Cantik kan? Kalau lah office dekat KL macam ni redup penuh pokok warna hijau mesti tenang je rasa pergi balik kerja. Nak stress pun tidak jadi.



Kalau lunch sini lah pergi. Dekat je office dengan Plaza Singapura ni.




Chef Wan's 1 Market

Chef Wan punya ye. He's opening another branch dekat Cyberjaya kalau tidak silap. Bila tengok ada restoran anak tempatan gah dan cantik macam ni dekat negara orang rasa bangga bila tengok. Tapi jangan dengki pulak! Orang kita bukan nak ambil contoh atau motivasi atas kejayaan orang lain tapi lebih iri hati. Salah salah konsep ni ye!






Lepas balik kerja kalau rasa malas nak bersesak-sesak dalam MRT duduk lepak tepi dulu sesambil minum Kopi Sii dia yang kawwww sedap gila! 



Apple Pie tidak dilupa.



See?? tapi kan even ramai orang macam ni jangan risaulah kena tunggu sebab public transport diorang sangat efficient dan kekerapan dia sangat bagus. Belum sempat peluh kau kering dek berebut sambil mendengus berhimpit tiba-tiba kau dah melangkah masuk bergerak ke station seterusnya. 





Habis training hari Khamis tu tidak tahu nak buat apa. Kebetulan near my hotel ada pusat komuniti Islam. Try lah juga masuk tengok sebab tempat ni sentiasa ada orang bila aku perhati setiap kali lalu. 



Aku siap tunggu n ikut kelas dia ye. Diorang ada jadual kelas-kelas agama setiap hari dan boleh dihadiri oleh sesiapa pun dengan percuma kalau tidak silap. Bagi yang beragama Islam dan mahu mendalami agama sudah tentu ada. 



Apa yang menariknya kelas-kelas turut dibuka bagi yang bukan beragama Islam untuk hadir turut sama dengar dan dapatkan input informasi tentang agama Islam. Aku duduk sebelah budak lelaki India dan dia kata dia dah ikut kelas-kelas dekat Darul Arqam Singapore dah berminggu-minggu macam tu. 



dapat free choc!



Macam-macam kelas yang ada daripada basic macam ambil wudhuk sampailah yang sedikit advance. Ustaz dia bertutur dalam English dan Bahasa Melayu sikit-sikit juga.



Simple tapi macam cool gila!




Abaikan. heh.



Buat stock berjalan.




Pasar ni area Joo Chiat jugak. Hajat di hati nak belikan mama and nenek tudung tapi terpaksa abaikan sebab pilihan kurang menarik. Atau kadang-kadang design dia sedikit pelik stailnya yang aku sure diorang tidak nak pakai punya. haha





Jom kita ke Little India







Dekat sini baaaaaaaanyak kedai yang jual Nasi Beriyani. Aku beratur dekat sini sebab katanya Nasi Beriyani dia nombor satu dekat Tekka Market Singapore ni. Ramai ye beratur, tidak kira kaum. Macam dekat Malaysia jugak. But somehow I found kurang mesra berbanding Malaysia. Mungkin lah. Atau masing-masing tengah xde mood hari tu malas nak bercakap atau senyum pun dekat bangsa lain. Hewhew




Tapi ada a group of pakcik-pakcik India yang super friendly dekat situ bagi aku duduk dengan diorang. Dekat meja tu pun diorang ajak je orang-orang lain yang tidak dapat cari tempat duduk. Dari pemerhatian even dekat Malaysia pun, orang-orang yang lebih berusia macam umur atuk nenek kita selalunya diorang lebih mesra sesama orang bangsa lain. Budak-budak zaman sekarang je yang guna konsep 'orang aku bukan orang kau' atau 'aku bukan bangsa kau'. Kedengarannya racist tapi inilah yang berlaku. susah nak nampak a group of budak-budak muda atau remaja yang pelbagai bangsa dalamnya. Bukan tidak ada langsung, tapi jarang nampak. Bukan?



Meriah sebab masa ni tengah musim perayaan Deepavali kalau tidak silap. Maaf, trip pergi Singapore ni tahun lepas punya ye tapi baru nak upload dekat blog. Kot-kot ada yang terkebil-kebil confuse.









Pak cik ni ada dekat Tekka Market. Dia kurang sihat rasanya tapi rasanya orang-orang kat situ dah terbiasa dengan dia kot sebab ingore je dia marah-marah bebel. Aku? Cuba lari sebab takut apa-apa jadi kan. Dia tidak kejar tapi dia macam ikut sambil marah-marah siap panggil 'Hey you money boy! bla bla bla

Terkedu hamba mendengarnya hahaha





Meriah dekat sini. Korang boleh tengok barang-barang shopping untuk mereka yang menganuti agama Hindu. Bagi yang beragama lain kita tengok je lah tapi seronok tahu sebab kita boleh belajar satu dua perkara baru untuk pengetahuan lebih :)










hari tu aku post pasal kebersihan dekat Singapore yang tip top kan? tengok lah tempat buang sampah dia pun punyalah bersih! Tidak berbau tidak hitam melekit. Kau nak baring dalam tu pun boleh agaknya. Heh.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...