Followers

Showing posts with label FoodLover. Show all posts
Showing posts with label FoodLover. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Sushi Zanmai Malaysia : Yummeyhhhh!



Aku sangat gilakan sushi! Ermmmm tapi tidak pernah hafal nama sushi atau jenis-jenis dia hahaha. Sebab tahu makan aje :')


Well sebenarnya suka makan sushi sebab wasabi dia tu kot. Orang lain kalau makan sushi banyak yang prefer letak lebih kicap dia tu kan. Tapi aku letak lebih banyak wasabi. Terbalik. Tapi terbalik yang sedap. Kalau tengah demam or selsema lagilah suka sebab boleh clearkan segala benda yang ada dekat hidung. Hihi

Selalu dengar nama kedai Sushi Zanmai. Tapi tidak pernah pergi sebab Pavilion dengan Times Square tidak ada kot. Fahrenheit maybe ada. Tapi sebab tidak selalu pergi sana so tidak pernah terjumpa. Kalau nak makan sushi memang pergi dekat Pavi. Ada dua, Sushi Tei dengan Ichiban Boshi. Kalau lepas keluar office ada rasa kempunan nak makan sushi yang paling and malas nak redah Bukit Bintang tu pergi je dekat Sakae Sushi Times Square.

Masalahnya orang Gemini macam aku ni kitorang senang bosan (yes, deal with it! haha) kalau asyik pergi tempat sama macam bosannyaaaaaa. Sushi King dekat KLCC tu pulak memanjang penuh. Sakae Sushi pulak makin lama macam makin tidak berapa nak 'kick' kualiti makanan dia. Ke sebab sudah banyak kali pergi? I donno lah.

But but....last week dapat pergi Sushi Zanmai dekat Avenue K. Baru tahu dekat sana ada Sushi Zanmai! *tepuk dahi* Sudah banyak kali sebenarnya nak try Sushi Zanmai tapi kalau dekat One Utama tu selalunya ramai gila orang. Nak tunggu pun kemain banyak yang beratur tunggu. 




So last week buat pertama kalinya dapat makan dekat Sushi Zanmai. Tempat dia best and cantik! Staff dia pun not bad, service bagus. Tapi paling penting kualiti makanan dia. Memang superb! Rasa puas gila!

Oh ye please jangan tanya apa nama yang aku makan ni semua. Aku tidak pernah ingat. Korang tahu kan aku punya perangai macam mana? HAHAHAHA makan je tahu. Nama makanan Melayu pun belum tentu lepas. So masa nak order ni main tunjuk je apa dalam menu.



Harga? Mehhhhh, again, aku fail bab nak compare ni. Kalau nama pun tidak ingat, apatah lagi harga nak masuk dalam memori kepala. But rasanya not bad kot. Tidaklah semurah Sushi King or Sakae Sushi. Lebih kurang macam Sushi Tei and Ichiban Boshi. Tapi quality wise nak dibandingkan dengan harga rasanya memang highly recommended!



Mungkin lepas ni boleh pergi lagi. Itu pasti! Mungkin hari ni? Mungkin sebab ayaq lioq dah jejeh-jejeh atas keyboard sambil tulis blog entry ni? Hikssssss. So kesimpulannya kalau korang nak makan sushi yang sedap, fresh dengan harga yang bersesuaian dengan kualiti dia why not go and try Sushi Zanmai! Nak tahu mana Sushi Zanmai's nearest outlet cuba layari aje website diorang!

Makanlah puas-puas!


Rating : 4.2 bintang




Sunday, August 4, 2013

[FoodLover] Cibiuk : Masakan Sunda Resipi Khas Indonesia


Walaupun Ramadan bagi orang Muslim adalah menahan lapar dan dahaga sewaktu siang hari kerana menjalani ibadah puasa kerana Allah, tapi bulan ini jugalah kita selalu rasa waktu untuk kita berpeluang dapat rasa makanan yang bukan setiap hari kita boleh jumpa.

Bazaar atau pasar Ramadan selalunya ada juadah yang tidak selalu kita jumpa dekat pasar malam biasa. Even orang bangsa pain pun turut serta memeriahkan pasar waktu Ramadan ni. 

Ada juga orang kalau ada duit lebih sikit diorang pergi makan buffet Ramadan dekat restoran-restoran terkenal atau hotel. 

Macam aku? Knowing me aku ni jenis kuat makan, mesti ada je benda aku mengidam nak makan setiap hari...harharhar contohnya macam minggu lepas aku tiba-tiba rasa nak makan dekat Cibiuk. Ya, sila sebut betul-betul ye, Cibiuk. Restoran ni dekat Bangi kalau tak silap. Terkenal dengan hidangan masakan dari Indonesia resipi khas masakan Sunda




Apa yang menariknya dekat sini, ada satu macam 'pondok kecil' dekat tengah-tengah restoran menempatkan ulam-ulaman dengan pelbagai jenis sambal. Rasanya ada 6 jenis sambal kalau tak silap, nama-nama sambal tu please lah jangan tanya. Aku tak tahu (-.-)"




Ok aku tak ambil semua. Ambil yang suka kita makan je lah jangan tamak ye idok? Kalau korang tengok, ada 3 jenis sambal dekat situ. Ada yang ada mangga, ada yang ada tempe n ada yang sambal merah macam ala-ala dekat Ayam Penyet Wong Solo. Tambah menarik lagi, pembuka selera ni disediakan secara percuma. So korang boleh ambil sebanyak mana korang nak, ada pinggan kecil disediakan. Tapi macam aku cakap tadi janganlah ambil banyak sangat sampai tak termakan. Ingat-ingatlah juga dekat orang lain yang tidak dapat tuh.




Jus Alpukat atau jus avocado. Sedap. Memang fav ni. Paling suka minum dekat sini sebab dia tak ada tambah ice. So boleh dikatakan dia semata-mata jus dengan sedikit coklat. 



Kalau nasi putih atau nasi lemak dah terlalu biasa, apa kata korang cuba Nasi Bakar ni. Cara dimasak ala lemang pun ada. Tapi xde letak santan, malah ada sayur dan cili. So korang pasti akan expect nasi ni bukan tawar tapi ada rasanya sendiri. Sesuai untuk siapa-siapa yang suka makan pedas. 



Yeszaaaaa ini lah punca tarikan sebenar datang ke sini. Ikan Talipia Kipas! Konsep dia ala-ala dekat Bali gituuh. Puas betul lah makan ikan ni, daging dia lembut sangat. Ada sayur-sayur goreng kat tepi dia tapi tak nampak pulak dalam pinggan ni sebab dia belah kipas sana. hahaha kalau korang nampak kat depan tu ada tetiba sehelai sayur goreng tuh. Sedap sebab rangup, makan sekali dengan ikan memang yummyyyy.


Ada lagi yang kita order macam Teh Botol semua tuh. Total harga makan dekat sini dalam RM50. Bagi aku sangat berbaloi dengan kualiti rasa makan dekat sini. Serious! 


[FoodLover] Bonjour Garden : Sedap, Harga Sangat Berbaloi!


Kami ni nama je kerja under company besar yang sama n bawah bumbung yang sama tapi susah nauuu nak jumpa! Even company kitorang macam sisters/kazen company camtu tapi tak bermakna boleh jumpa har-hari. Kalau sebelum ni ye lah kot selalu jugak keluar lunch sama. Tapi sejak kerja bertambah-tambah memasing dah busy. 

So kami cuba plan untuk sahur atau berbuka puasa sesama. Kalau buka tu ok lagi tapi part sahur tu macam.....beratttt je nak dirancang untuk jadi kenyataan. hahaha

Hari tu plan nak gi shopping raya kononnya dekat JPO tapi lagi sekali tak ada masa so meh ler kita sekadar keluar di hujung minggu bersama.



Hari Ahad hari tu rasanya macam niceee je sebab masing-masing tak ada hal kan. Dian pun cancelled pergi JPO dengan kawan dia so kita plan berbuka bersama. Aku pilih Bonjour Garden dekat Kota Damansara sebab tempat ni sangat best dan cantik.



See? Feeling-feeling oversea tempat dia



Bila suggest tempat ni dekat Dian, dia risau tempat ni panas tak ada air cond sebab tempat ni open. Tapiiii tidak ye. Sejukkk je rasa sebab banyak kipas n mungkin jugak sebab time ni cuaca agak windy. Angin sepoi-sepoi bahasa so tak ada lah rasa panas. Eh masa first time aku pergi sini dua bulan lepas pun waktu tu petang tak panas jugak.



Kita antara orang pertama sampai sini. Meja lain kosong lagi.



Ni menu breakfast ye actually. Kita boleh je order sbb style diorang all day breakfast punya menu so kalau rasa nak makan tu order je lah even waktu korang makan tu sebenarnya dah petang. Heh. Tapi memang tak rugi makan ni. Sangat sedap!



Ini aku punya 'hidangan utama'. Steak ni memang marvellous habis!!! Highly recommended plus whipped potato dia sedap sangat. Sebab apa aku panggil ni 'hidangan utama' sebab aku ada hidangan lain sebagai 'makan ringan-ringan'. hahaha macam contoh set breakfast tadi dengan Spaghetti Tomyam dia. Kalau korang mengidam makan spaghetti eh datang lah sini. Rasa sangat sedap dan berbaloi dengan harga. 


Itu cerita waktu berbuka puasa hari tu. Masing-masing order sangat meriah ye! Ada lagi yang lain kita order tapi gambar je tak amek sebab tak koserrr lah lapar sangat dah. Total bill RM170. Gambar bawah ni pulak waktu aku makan bulan Jun hari tu waktu sambut birthday dekat sana.



Yang macam pie ada kacang tu sangat sedap. Rangup tapi penuh dengan rasa.




Sangat refreshing!



Yummmyyy




Fav aku dekat sana antaranya Spaghetti Seafood Marinara. Aku dah cuba try dekat tempat lain masih belum ada yang mampu beat rasa dan kualiti dekat Bonjour Garden nih. Ada beberapa  cawangan tapi yang aku pergi ni dekat dengan Sunway Giza. Belakang dia je kot.

Try lah makan dekat sana :)



Thursday, August 1, 2013

[FoodLover] Restoran Sangdewi, Rozi Abd Razak PA Siti Nurhaliza


Actually dah lama teringin nak pergi ke restoran yang satu ini. Sejak daripada Ramadan tahun 2012 lagi. Waktu tu aku cuma order online satu je resipi istimewa diorang iaitu Sambal Hitam. Kelas kan zaman teknologi moden ni. Beli sambal pun via internet je. Heh. Baru tersedar betapa bertuahnya kita hidup dalam zaman serba canggih nih. Tak perlu drive susah-susah semata-mata nak dapat sesuatu yang kita ngidam. 

Tapi bila masa berlalu geram pulak tengok makanan yang ada jual dekat situ. Apatah lagi 'kemeriahan' lauk pauk dekat sana selalu digembar-gemburkan sebagai sedap dan lazat!

Alhamdulillah Ramadan tahun 2013 ni dapat juga ke sana. Ke mana kita? Ke Restoran Sangdewi lerrrrrr....hewhew

Terletak di Giant Taman Connaught Cheras. Sesiapa yang tak reti pergi sana sila-sila lah Google dulu ke apa ye sebab bagi korang yang tak biasa kat tempat tu mungkin boleh sesat. Sebab tempat tu macam terpencil.

Restoran ni terletak dekat bahagian belakang yang ada tempat letak kereta tuh. Ye memang agak gelap dekat sana siapa-siapa tak berani tu sila bawak kengkawan ramai-ramai. Kot-kot ada yang trauma tengok pak itam ke apa kan. hahaha

Oh ye, Restoran Sang Dewi ni sebenarnya milik kepada kakak ipar atau manager Dato' Siti Nurhaliza, iaitu Kak Rozi Abdul Razak :)

Jom jenguk-jenguk sikit. Eh eh cover sikit mulut tu jangan jejeh-jejeh ayaq lioqqq haha



Sebelah kanan atas tu yang warna hitam tu lah Sambal Hitam yang famous dekat kedai makan nih. Bawah dia pulak tu Ikan Bilis Tempoyak rasanya. 2 kali datang lepas tu berniat nak try tapi asyik tak ada je atau belum siap dimasak.


Hah pilih pilihhhhhh


Yeszaaaaa ini dia yang kita cari
(^-^)


Tempat tak cukup letak lauk sampai kena letak atas meja makan lain. Betul-betul meriah! Dalam masa yang sama aku daripada awal puasa tercari-cari Siput Sedut Lemak Cili Padi tu. Dapat pulak dekat sini memang sedap! 


Korang boleh check menu dia. Menu-menu Istimewa Sangdewi antaranya Patin Pahang Masak Tempoyak, Rendang Pahang, Sambal Hitam Kuala Lipis dan Ayam Goreng Berempah.


Konsep kedai ni simple je tapi menarik hati dengan juadah yang ditawarkan. Waktu aku sampai ni dalam pukul 5.30 macam tu. So yang duduk makan waktu tu of course ler bukan Malay atau Muslim pun. See? Even bukan Melayu pun suka makan sini.


Ambil gambar itu sudah tentu! hihi



Kuih muih dia pelbagai. So kita try sikit-sikit amik 2 biji je untuk setiap jenis yang rasa nak makan :)


Rebung Masak Lemak ni ambil agak banyak sebab baunya sedap. Tapi nasib baiklah tak membazir langsung sebab kita habiskan time tu jugak waktu berbuka. Sedap! Udang dia pun tak adalah jenis spesies yang kecik cenonet. Senang kata, berbaloi.


Siput Sedut Lemak Cili Padi. Tak ada satu pun tinggal. Semua kita sedut. Hehehe


Patin Masak Tempoyak. Sangat popular. Popular sebab rasanya memang lazat! Tak rugi pergi sana untuk makan lauk ni. Mungkin a bit expensive sebab lauk ni memang dikenali terkenal sedap sampai ada orang makan satu pinggan dekat beratus kot. Dulu pernah baca dekat Mastika.

Highly recommended bagi yang nak mencuba


Sambal Hitam Sangdewi ni memang fav aku dari tahun lepas. Beli daripada Kak Rozi thru FB dia je. Bayar then dia poskan. Beli agak banyak sebab untuk makan sahur sekali. Tapi baru pukul 9 malam dah tinggal sikit sebab makan dengan roti. hewhew


So kalau berminat cuba pergilah ke Restoran Sangdewi ini. Kalau bernasib baik dapat jumpa Kak Rozi sekali sebab dia rajin turun tengok kedai dia. Nasib aku tak baik sebab dah berapa kali pergi sana tak terjumpa pun. Bila check Instagram Kak Rozi rupanya dia duk busy uruskan adik ipar dia pergi event bagai. Sob sobbb


Psstttt...kalau ada masa pergi sana jangan lupa mention dapat info daripada blog ini. Korang pun komen share lah tempat makan yang best-best :)



Tuesday, June 25, 2013

[FoodLover] Daging Salai Lemak Cili Padi Paling Sedap Di Raudhah Seremban



Dalam dua minggu ni sangat busy ye. Macam-macam kena buat dekat office. Betulkan itu lah, update system lah, KL Fashion Week, koleksi Raya or Lebaran Collection lah bagai. Memang orang lain in charge tapi kerja macam ni kalau sorang tak jalan, the whole team pun susah jugak. Semua orang ada part masing-masing even kecik tetap perlu. So korang kalau kena kerja dalam situasi yang memerlukan bantuan setiap insan yang ada dalam satu group atau department, tolonglah jangan selfish macam melambat-lambatkan kerja kerana orang lain menunggu ok. Faham? 

Minggu lepas masa dihabiskan dengan banyak benda. Even dekat rumah pun kena siapkan kerja. So entah macam mana dicelah-celah kesibukan yang menyesakkan itu (kononnya lewww) sempat juga pergi Seremban. Semata-mata nak cari Daging Salai Lemak Cili Padi

Hamboi hamboi hamboiiiii.

Jauhhhh betul pergi. Terpaksa, sebab kempunan. Hahaha. Pergi pun sekejap je. Dalam pukul 1 lebih sampai, kul 3-4 macam tu dah balik ke KL semula. 

Itu lah first time kot pergi Seremban. Sebelum ni tak pernah rasanya, atau pernah tapi tak ingat sebab lalu macam tu je, mungkin lah.

So kita pergi satu kedai ni yang katanya memang terkenal dengan lauk-pauk yang sedap. Oh my. It's soooo true! Banyak gila lauk kat situ. Terlalu rambang mata tak tahu nak pilih yang mana untuk makan. Ini serious. Tapi disebabkan hujung bulan, so harus berbelanja dengan berhemah. kihkih.


Ulam. Ini kombinasi fav. tapi kalau ada yang daun apa entah tu rasanya lagi sedap. Ini  pun cukup. Kita amek sikit je buat penambah rasa. Boleh camtuh? ;p


Telur masak lemak kot. tak tahulah telur ayam ke, itik ke, angsa ke kan. tapi......bukan macam telur biasa. Amboih bunyiknya lain macam. Sedap lah kiranya. Aku jarang suka makan telur kuning walaupun memang makan tapi jarang minat. Faham tak? Heh.
Bahagian kuning dia sangattt....gebu? penuh? bulat? berlemak?...eh entahlah tak tahu nak describe macam mana tapi bila makan akan rasa 'full' betul. Korang akan order semata-mata nak makan telur kuning je. Hebat tak? Sangat sedap! 


Ini Kerabu Campur ke apa tak ingat. Ok lah not bad. Ada pedas n masam sikit.


Jeng jengggg ini lah dia yang ku cari-cari.
Daging Salai Lemak Cili Padi
Masa sampai tu terus mata meliar cari lauk ni. Bila jenguk dalam kawah dia my first impression was 'Hekelehhh macam ni je? Tak nampak inviting untuk makan je?'
Sebabnya nampak kurang berseri, macam tak ada bahan lain selain kuah kaler hijau dengan ketulan daging.
Masa ceduk tu duk terbayang macam mana agaknya rasa dia ek?
Tapi bila dah makan, amboi, tak boleh berhenti. Sedapppppppp sangat sebab daging dia sangat lembut! Tak perlu pakai Poliden untuk makan ni. Highly recommended! 


Agak besar tempat ni. Kitorang pilih untuk duduk dekat bahagian ber air-cond. Mentel betul budak-budak zaman sekarang tak boleh makan tempat panas-panas. Heppppp takmo outdoor sebab jerebu lah.



Tadi ada kata kan kat sini banyak lauk? Even kuih-muih n hidangan untuk breakfast pun ada. Lepas habis makan terjah pulak dekat meja luar ambil benda ni. Corn flakes je pun makan dengan susu. Yang penting amek dua mangkuk. Kbye.


Lempeng Pisang. tengah dia ada kelapa. Sedap tahu. tapi aku tak makan sebab allergic kan. Mula-mula nak rasa sebab ingat bukan pisang tapi bila dah tahu pisang terus keluarkan balik tak sempat telan pun. Kalau tak mahunya ada kat situ tengok muka n mata aku bengkak ingat aku buat freak show. heh.


Bubur Kacang ni sedap. Eh penatlah cakap sedap, tukar 'lazat' pulak. Ya memang makanan dekat Restoran Raudhah ni enak belaka. Datanglah sini kalau ada masa. Mention sekali korang dapat info daripada blog ni kayh. Hahahaha

Kalau nak pergi meh tengok sini blog Restoran Wadi Ar-Raudhah. Chef Wan pun pernah pergi sana tahu!



Kredit : blog Restoran Wadi Ar-Raudhah


Ini alamat dia.

No 1, Jalan Sri Rahang 1, 
Taman Seri Rahang, 
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel No : 019-3508426





Sebelum balik kita pekena sat ice cream dekat Ice Room nih. Rm7.90 je tapi mangkuk kemain besar! Puas makan. Masuk je dalam kereta terus bantai tidur. Hahahaha buruk betul perangai. Btw, terima kasih Haze (bukan jerebu) tapi Hazeman sebab tolong bawak pergi Seremban pekena makanan dekat sana. Terima kasih juga to your mom yang peramah layan dekat sana. Lawa betul rumah aunty. Paling penting, kucing-kucing dia comel sangat. Nak culik, tak bawak beg, kalau ada pun tak muat sebab gebu sangat budak-budak tuh. (-.-)" hihihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...