Followers

Friday, October 5, 2012

(Review) Untuk Tiga Hari : Sangat Menarik! Kelakar!!




Kualiti gambar ni azab nauzubillah. Ini pun aku dah edit sikit-sikit. Maklumlah amek dekat dalam hall cinema kan. Dengan lighting malap. Btw, minggu ni sangat best dari segi kualiti masa yang diperuntukkan untuk tengok movie dekat wayang...hehehe

Sehari selepas tengok Hotel Transylvania, esoknya kita tengok filem Untuk Tiga Hari.

 Filem Melayu?? 

Yes, filem Melayu.

Best ke? Bazir duitlah, baik download je nanti.

Wuiiiiii ko! Jangan bersikap skeptikal, plus supportlah industry tempatan kita - gituhhhh kata-kata pujangga promote hasil seni anak watan.



 Sejujurnya aku memang tertarik nak tengok cerita nih. Sebab dengar cerita datang dari producer yang sama keluarkan Legenda Budak Setan n Ombak Rindu yek? Tapi tapi tapi, macam aku cakap jugak, aku belum cukup terpengaruh untuk tengok sebab yelah filem Melayu kan - mind set dunia ketiga (-.-) *tepuk dahi

Ada dua orang pelakon yang aku suka dalam cerita ni, Afdlin Shauki n Vanidah Imran. Tapi bila dapat tahu Afdlin Shauki yang direct filem  ni aku dah teruja sikit. Bertambah teruja bila ramai kata filem ni menarik untuk ditonton.

Ternyata filem Untuk Tiga Hari ni memang seronok untuk ditonton. Rasanya filem ni bukan dalam kategori yang 'too heavy' macam Ombak Rindu yang asyik merintih bersulam air mata sedu sedan bila kita tengok. Filem Untuk Tiga Hari ni lebih ringan malah cukup terisi dengan apa yang ingin disampaikan.

Lakonan yang bersahaja tapi sangat bagus daripada pelakon-pelakon filem Untuk Tiga Hari. Paling aku suka bila ada penampilan khas daripada Ogy atau Fauziah Ahmad Daud. Walaweihhh pelakon favourite aku tuh!!! Terkekek-kekek aku ketawa tengok telatah dia. Afdlin juga penyeri untuk filem nih. Vanidah berjaya sesuaikan diri dia dengan watak dia dalam filem nih.

Untuk Tiga Hari best!

Rating : 4 bintang


4 comments:

  1. Hmmm. Interesting. Tapi nanti nanti la tengok :P

    ReplyDelete
  2. nak tengok jugak, tapi stuck dalam mind set dunia ketiga, kegawatan ekonomi dan masa yang takde sebab busy dengan kelas..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...