Followers

Thursday, June 5, 2014

JPO For The 2nd Time!


This was not  the first time pergi Johor Premium Outlet tapi still excited camne tah. Probably sebab masa first time pergi dulu boleh tahan syok kot sebab dapat sebat kasut yang terlalu suka dekat Pedro. Suka sangat sampai kat rumah selang 5 minit pergi jenguk kasut tu. Lol!

Tapi tapiiiii untuk second time pergi ni alamak punah segala jenis harapan nak shopping. Padahal bajet dah siap-siap letak tepi tu. Basically sebab tawaran diskaun dia tidak berapa nak best banding waktu pergi dulu. Sebab dulu pergi time tengah sale gempak gila dek Chinese New Year. This time datang sale dia macam biasa saja. Next disebabkan benda yang nak dicari tu tidak ada pulak. Kalau ada pun size pulak terlebih besar. So sad. Haihhhhhhh



Tidak apalah asalkan dapat spend time dengan Mama kesayangan. Waktu ni May 1st hari jadi Mama so kita jenjalan sikit. Tidak belikan hadiah time ni sebab dah bagi awal. Hadiahnya hari tu belikan tote bag DKNY, tapi awal gila beli masa Februari ke Mac entah. Tapi kali ni balik tetap bawak something lah, kaftan dress Rizalman Ibrahim for Zalora Malaysia. Sebab waktu tu pakaian tradisional for women online tengah murah dekat Zalora. So dapatlah beli daripada koleksi baju raya 2013 dorang tu. Untuk tahun ni koleksi baju raya 2014 boleh tengok dekat website diorang. Lagi best daripada sebelum ni sebab ada banyak artis terkenal jadi model dia macam Scha Alyahya, Dayang Nurfaizah, Amber Chia, Elfira Loy, Fara Fauzana dan ramai lagi! Nampaknya Zalora dah semakin diterima sebagai destinasi fesyen online terkini selepas dilanda kontroversi 'Zalora Penipu' sedikit masa dahulu.

What else boleh buat bila aktiviti shopping nya tidak menarik? Selfie lah! Mehmehmeh




Nah itu sahaja. Habiskan masa terluang dekat office before nak balik nih. So daripada duk check Twitter and Facebook je, update lah seketul blog post dekat sini. Jumpa lagi.

:)


1 comment:

  1. as salam izz... bule ajar x mcm mana nk buat banner ats tue.... tunjuk ajarku sifu <3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...