Followers

Monday, March 3, 2014

Tekka Market, Little India Singapore


AWAS!

Entry ni banyak gambar je sebab aku malas nak tulis panjang-panjang. Korang enjoy je lah tengok gambar ye :)






The famous Masjid Sultan of Singapore, kalau tidak silap nama dia.





Masa kat sini actually aku cari kedai-kedai yang selalu orang pergi amek gambar rupanya kat belakang dia ea? Aku lalu depan je. Sob sob









Ayam penyet yang I mentioned earlier in my previous post.





Kalau nak cari beg ni pergilah dekat Bugis Street. Cantik-cantik dekat sana. tapi few months lepas balik Malaysia baru nampak orang start jual design macam ni dekat area Sungai Wang.



Ni area Dobby Ghout MRT near Zalora's HQ



Cantik kan? Kalau lah office dekat KL macam ni redup penuh pokok warna hijau mesti tenang je rasa pergi balik kerja. Nak stress pun tidak jadi.



Kalau lunch sini lah pergi. Dekat je office dengan Plaza Singapura ni.




Chef Wan's 1 Market

Chef Wan punya ye. He's opening another branch dekat Cyberjaya kalau tidak silap. Bila tengok ada restoran anak tempatan gah dan cantik macam ni dekat negara orang rasa bangga bila tengok. Tapi jangan dengki pulak! Orang kita bukan nak ambil contoh atau motivasi atas kejayaan orang lain tapi lebih iri hati. Salah salah konsep ni ye!






Lepas balik kerja kalau rasa malas nak bersesak-sesak dalam MRT duduk lepak tepi dulu sesambil minum Kopi Sii dia yang kawwww sedap gila! 



Apple Pie tidak dilupa.



See?? tapi kan even ramai orang macam ni jangan risaulah kena tunggu sebab public transport diorang sangat efficient dan kekerapan dia sangat bagus. Belum sempat peluh kau kering dek berebut sambil mendengus berhimpit tiba-tiba kau dah melangkah masuk bergerak ke station seterusnya. 





Habis training hari Khamis tu tidak tahu nak buat apa. Kebetulan near my hotel ada pusat komuniti Islam. Try lah juga masuk tengok sebab tempat ni sentiasa ada orang bila aku perhati setiap kali lalu. 



Aku siap tunggu n ikut kelas dia ye. Diorang ada jadual kelas-kelas agama setiap hari dan boleh dihadiri oleh sesiapa pun dengan percuma kalau tidak silap. Bagi yang beragama Islam dan mahu mendalami agama sudah tentu ada. 



Apa yang menariknya kelas-kelas turut dibuka bagi yang bukan beragama Islam untuk hadir turut sama dengar dan dapatkan input informasi tentang agama Islam. Aku duduk sebelah budak lelaki India dan dia kata dia dah ikut kelas-kelas dekat Darul Arqam Singapore dah berminggu-minggu macam tu. 



dapat free choc!



Macam-macam kelas yang ada daripada basic macam ambil wudhuk sampailah yang sedikit advance. Ustaz dia bertutur dalam English dan Bahasa Melayu sikit-sikit juga.



Simple tapi macam cool gila!




Abaikan. heh.



Buat stock berjalan.




Pasar ni area Joo Chiat jugak. Hajat di hati nak belikan mama and nenek tudung tapi terpaksa abaikan sebab pilihan kurang menarik. Atau kadang-kadang design dia sedikit pelik stailnya yang aku sure diorang tidak nak pakai punya. haha





Jom kita ke Little India







Dekat sini baaaaaaaanyak kedai yang jual Nasi Beriyani. Aku beratur dekat sini sebab katanya Nasi Beriyani dia nombor satu dekat Tekka Market Singapore ni. Ramai ye beratur, tidak kira kaum. Macam dekat Malaysia jugak. But somehow I found kurang mesra berbanding Malaysia. Mungkin lah. Atau masing-masing tengah xde mood hari tu malas nak bercakap atau senyum pun dekat bangsa lain. Hewhew




Tapi ada a group of pakcik-pakcik India yang super friendly dekat situ bagi aku duduk dengan diorang. Dekat meja tu pun diorang ajak je orang-orang lain yang tidak dapat cari tempat duduk. Dari pemerhatian even dekat Malaysia pun, orang-orang yang lebih berusia macam umur atuk nenek kita selalunya diorang lebih mesra sesama orang bangsa lain. Budak-budak zaman sekarang je yang guna konsep 'orang aku bukan orang kau' atau 'aku bukan bangsa kau'. Kedengarannya racist tapi inilah yang berlaku. susah nak nampak a group of budak-budak muda atau remaja yang pelbagai bangsa dalamnya. Bukan tidak ada langsung, tapi jarang nampak. Bukan?



Meriah sebab masa ni tengah musim perayaan Deepavali kalau tidak silap. Maaf, trip pergi Singapore ni tahun lepas punya ye tapi baru nak upload dekat blog. Kot-kot ada yang terkebil-kebil confuse.









Pak cik ni ada dekat Tekka Market. Dia kurang sihat rasanya tapi rasanya orang-orang kat situ dah terbiasa dengan dia kot sebab ingore je dia marah-marah bebel. Aku? Cuba lari sebab takut apa-apa jadi kan. Dia tidak kejar tapi dia macam ikut sambil marah-marah siap panggil 'Hey you money boy! bla bla bla

Terkedu hamba mendengarnya hahaha





Meriah dekat sini. Korang boleh tengok barang-barang shopping untuk mereka yang menganuti agama Hindu. Bagi yang beragama lain kita tengok je lah tapi seronok tahu sebab kita boleh belajar satu dua perkara baru untuk pengetahuan lebih :)










hari tu aku post pasal kebersihan dekat Singapore yang tip top kan? tengok lah tempat buang sampah dia pun punyalah bersih! Tidak berbau tidak hitam melekit. Kau nak baring dalam tu pun boleh agaknya. Heh.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...